window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru

Faisal · Dec 14, 2020 05:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 01

Memandangkan Proton Saga sekarang adalah model yang diubahsuai daripada generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2008, ia kelihatan lebih tua daripada usianya.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 02

Proton Saga sekarang yang masih diasaskan model tahun 2008

Menurut standard industri, Proton Saga baru sepatutnya dirasmikan lagi 3 tahun. Malah pembangunannya sudah patut berada di fasa pertengahan.

Namun begitu, Proton Saga sekarang akan terus beransur memandang belum ada sebarang keputusan mengenai pembangunan generasi seterusnya.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 03

Rintangan utama untuk pembangunan Proton Saga baru ialah kos dan jumlah jualan yang tidak mencukupi. Walaupun kewangan Proton kini jauh lebih baik berbanding dahulu, perancangan yang rapi perlu diutamakan.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 04

Jika Proton Saga hendak menerjah pasaran di Thailand, mereka perlu mendapat tempat di kalangan model mereka

Untuk maklumat anda, sambutan kereta segmen A makin berkurangan. Malah di Thailand, insentif cukai untuk Eco Car didominasi oleh kereta segmen B sama ada melalai enjin 1.0L turbo (Nissan Almera & Honda City) ataupun enjin 1.2L aspirasi natural (Toyota Yaris Ativ – Toyota Vios dengan enjin yang lebih kecil).

Memandangkan Honda telah menghentikan pengeluaran Brio Amaze, hanya Mitsubishi Attrage sahaja yang tinggal.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 05

Sebagai kereta buatan Malaysia, Proton Saga yang dijual sebagai model import di Thailand dan Indonesia terlepas daripada potongan cukai seperti yang dimiliki oleh kereta Jepun yang dipasang di sana. Disebabkan itu, sukar untuk ia menjadi laris. Maka itu, Proton Saga hanya laku di Malaysia.

Tidak seperti Proton X50 dan X70, Proton Saga baru perlu dibangunkan dari bawah memandangkan model Geely untuk kereta permulaan (Vision) sendiri merangkumi kereta-kereta yang lama.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 06

Perkara ini memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi. Sebagai perbandingan, Proton Saga sekarang memakan kos sehingga RM 150 juta ketika dibangunkan. Itupun dengan menggunakan platform Saga generasi kedua.

Sekiranya Proton mahu menjenamakan semula kereta Geely, tidak semestinya ia murah. Sebagai rujukan, Proton perlu belanja sebanyak RM 808.3 juta untuk berkongsi model Geely seperti Proton X70, Proton X50, dan Proton V70 yang akan datang tidak lama lagi. Sekiranya dibahagikan, setiap model memakan belanja sehingga RM 269 juta untuk dikeluarkan.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 07

Platform BMA pada Proton X50

Rancangan yang asal ialah untuk membangunkan Proton Saga dan Persona berdasarkan platform BMA (platform Proton X50) yang diubahsuai. Masalahnya, platform ini tidak murah. Dengan Proton Saga yang perlu mengekalkan harganya di antara RM 30k hingga RM 40k, agak mustahil untuk menggunakan pendekatan ini.

Walau apapun, kedudukan Proton Saga dalam segmen permulaan untuk 3 ke 4 tahun ini tidaklah tergugat.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 08

Dengan polisi automotif dan insentif cukai eksais di negara kita, pembeli hanya mempunyai dua pilihan untuk sedan segmen permulaan iaitu Proton Saga dan Perodua Bezza.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 09

Untuk pengetahuan anda, Perodua Bezza yang dilancarkan pada tahun 2016 hanya akan menerima generasi baru menjelang tahun 2024. Pada masa yang sama, kami menjangkakan pelancaran Perodua Axia baru pada tahun 2023.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 10

Daihatsu A-Concept 2011. Selepas itu, Daihatsu Ayla/Toyota Agya dilancarkan pada tahun 2012, diikuti dengan Perodua Axia pada tahun 2014

Memandangkan syarikat Perodua hanya boleh melancarkan 1 model baru setiap tahun, Perodua nampaknya perlu menyusun giliran untuk melancarkan pengganti model yang sedia ada.

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru 11

Konsep untuk Daihatsu Ayla/Toyota Agya (kembar Perodua Axia) generasi baharu dijangka membuat debut di Gaikindo International Motor Show pada Mei 2021 di Jakarta.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda