window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sebanyak 180 unit Honda Civic RS e:HEV 2022 diserah di Malaysia, dan inilah pemilik pertamanya!

Faisal · Dec 16, 2022 04:00 PM

Sebanyak 180 unit Honda Civic RS e:HEV 2022 diserah di Malaysia, dan inilah pemilik pertamanya! 01

Honda Malaysia baru-baru ini mengadakan sebuah majlis di MH Prestige Auto Sdn. Bhd untuk menghargai pemilik pertama buat Honda Civic RS e:HEV iaitu Encik Chin Kok Fung.

Sebagai tanda penghargaan, beliau menerima Honda Accessories dan Official Honda Merchandise yang bernilai RM 4,000 dari Honda Malaysia.

Sebanyak 180 unit Honda Civic RS e:HEV 2022 diserah di Malaysia, dan inilah pemilik pertamanya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, “Kami amat berbesar hati dengan pelancaran varian ini. Inilah kali pertama Civic diperkenalkan dengan trenkuasa e:HEV 2.0L dan untuk Honda Malaysia, ini adalah batu loncatan buat usaha kami dalam menawarkan teknologi hibrid canggih ke pasaran Malaysia. Setakat ini, sudah 180 unit telah diserahkan dan hari ini, kami menyambut detik istimewa ini dengan pemilik pertamanya iaitu Encik Chin Kok Fung”.

Sebanyak 180 unit Honda Civic RS e:HEV 2022 diserah di Malaysia, dan inilah pemilik pertamanya! 01

Dalam majlis itu, Encik Chin Kok Fung berkata, “Saya memang meminati kereta berprestasi tinggi. Apabila Honda memperkenalkan trenkuasa ini, saya betul-betul kagum dengan teknologi dan prestasi yang ditawarkan. Saya amat teruja untuk merasai pengalaman memiliki trenkuasa e:HEV dan menguji potensi kereta tersebut”.

Sebanyak 180 unit Honda Civic RS e:HEV 2022 diserah di Malaysia, dan inilah pemilik pertamanya! 02

Bagi anda yang belum tahu, Civic RS e:HEV mempunyai kuasa tertinggi dalam kelasnya iaitu pada 184 PS dan 315 Nm tork. Angka penggunaan petrolnya pula serendah 4 liter/100 km sahaja.

Jadi, untuk yang berkenan, sudahkah anda membuat tempahan?

Juga bacaHonda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda