window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia

Mersita · Mar 27, 2022 08:00 PM

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 01

Kehangatan trend crossover telah tiba di Malaysia dan setiap pengeluar kereta mahu mengambil bahagian dalam pasaran panas ini. Segelintir daripadanya menambahbaik model sedia ada dan menambah perincian plastik di badan kereta sebagai satu strategi jimat kos untuk menyertai trend ini.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 02

Proton Iriz Active adalah salah satu daripadanya – hatchback crossover yang cuba untuk menarik minat pembeli yang mahukan kereta berupa lebih lasak berbanding hatchback biasa. Walaupun ada diantara anda yang menganggap Iriz Active hanyalah sekadar Iriz ‘mekap’, daya tarikannya tetap ada bagi sesetengah pembeli di luar sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 01

Lain-lain hatchback crossover yang dijual di pasaran luar negara

Tapi, apakah sebenarnya titik permulaan trend bagi hatchback ‘mekap’ ini dan model apakah yang mula-mula sekali mencetus pasaran niche tapi kian berkembang ini?

The Eagle sudah mendarat

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 02

Bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan di atas, kita harus imbas semula zaman 1970-an apabila Land Rover memperkenalkan Range Rover pertama. “The Rangie” ditakdirkan untuk menjadi kenderaan berevolusi apabila ia berjaya menggabungkan aspek mekanikal ‘off-road’ serbaguna dengan perincian elegan dan keselesaan mewah.

SUV moden ini pun mula terbentuk namun di AS, satu pengeluar kereta dipanggil American Motors Corporation (AMC) mahu menjadikannya lebih hebat lagi dengan menggabungkan badan kereta biasa dengan sistem pacuan empat roda (4WD). Dengan ini terhasillah AMC Eagle yang dianggap ramai sebagai crossover sejati pertama.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 03

Eagle mudah dikenali menerusi rekaan sasanya dan ia boleh didapati dalam bentuk station wagon, sedan, hatchback, malah juga convertible. Walaupun ia tampak seperti kereta biasa dan dibina di atas chassis 4x4, Eagle tidaklah semampu Jeep jika dipandu mendaki batu dan permukaan ekstrem.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 04

Namun, ini kemudiannya menjadi batu loncatan kepada penghasilan kereta biasa ‘jacked-up’ yang lain namun berbeza dengan AMC Eagle, ada diantaranya mampu meredah permukaan ekstrem. Model-model seperti Subaru Outback, Volkswagen Golf Country, dan Fiat Panda 4x4 memperkenalkan pembeli kepada konsep kacukan menarik ini yang sebenarnya bentuk-bentuk awal kepada crossover yang kita kenali sekarang.

Trend ‘soft-roaders’

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 05

Pada masa ini, rupa bentuk SUV yang lasak dan serbaguna menjadi lebih lembut dan mesra keluarga yang duduk di bandar. Toyota RAV4 mengorak langkah bagi crossover moden dalam pelbagai cara selain daripada menjadi kereta harian bagi kebanyakan warga Jepun.

Baca juga: Toyota RAV4 2021 digugurkan dari laman rasmi Toyota Malaysia, model facelift bakal tiba?

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 06

Mini MPV + 4x4 = Renault Scenic RX4

Trend SUV mula memuncak pada era 90-an dan 2000-an. Pada masa ini jugalah kita melihat banyak jenama bereksperimen dengan pelbagai segmen dan penggayaan badan kereta. Tak lama selepas itu, rupa bentuk SUV mula ‘cross over’ atau melarat ke hatchback. Namun, berbeza dengan Panda 4x4 dan Golf Country, hatchback crossover ini cuma ada gaya tapi tiada kebolehan ‘off-roading’.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 07

Hatchback crossover ‘moden’ pertama ialah Rover Streetwise, diperkenalkan oleh satu pengeluar kereta dari Britain pada 2003. Memandangkan Rover berdepan masalah kewangan pada masa itu, tak ramai yang masih ingat akan Streetwise, namun rekaan ‘urban on-roader’nya akan membuka jalan bagi kejayaan jenama-jenama lain.

Polo ‘mekap’

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 08

Setahun selepas Streetwise dilancarkan, Volkswagen melancarkan Polo Fun. Pembuat kereta dari Jerman itu mahu menghasilkan hatchback ala-SUV bersaiz kecil dalam cubaannya untuk membuat keuntungan daripada trend SUV yang semakin berkembang.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 09

Polo Fun dibina berdasarkan Polo generasi keempat namun ditambah dengan perincian plastik di sekeliling bahagian bawahnya, perisai bawah badan ala-aluminium, dan rel bumbung. Volkswagen menaikkan ketinggian Polo Fun dengan menambah 41 mm jarak lega bumi berbanding Polo biasa.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 10

Polo Fun selepas itu menerima satu facelift dan diberi nama baharu pada 2006 – CrossPolo. Setahun kemudian, Volkswagen Malaysia memperkenalkan hatchback crossover ini ke pasaran Malaysia. Cuma satu varian ditawarkan dan ia dikuasakan oleh enjin 1.6 liter EFI yang menjana 105 PS dan 153 Nm.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 11

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan yang memacu roda hadapan. CrossPolo sepatutnya menjadi hatchback premium yang ranggi dan unik. Dari pilihan warna yang menarik dengan stail crossover yang unik, ia sepatutnya boleh menarik perhatian pembeli masa kini. Namun, selera pembeli 14 tahun lalu agak berbeza dan tak ramai yang meminati hatchback crossover ini.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 12

Dijual dengan harga bermula dari RM 108,888, CrossPolo merupakan hatchback crossover yang bukannya mampu-milik, namun ia bukanlah satu-satunya hatchback crossover yang ada di pasaran pada 2007. Malah, ada satu lagi pesaing yang dijual dengan harga lebih murah, kurang daripada RM 100,000.

SX4 – Muncul terlalu awal untuk kecap kejayaan?

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 13

Kembar SX4 dari Itali yang kurang laku, Fiat Sedici

Suzuki SX4 mungkin datang bertopengkan lencana S, namun ia juga dilencanakan semula sebagai kereta Fiat. SX4 merupakan hasil daripada kolaborasi antara pembuat kereta dari Jepun dan Itali berkenaan. Pada mulanya, ia hanya ditakdirkan untuk pasaran Eropah.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 14

Akhirnya, ia dijual di pasaran luar negara dan walaupun SX4 ada pilihan pacuan empat roda, kita di Malaysia hanya mendapat model pacuan roda hadapan. Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, SX4 hanya boleh didapati dengan enjin 1.6 liter M16A yang dikongsikan dengan Swift Sport namun ditala semula kepada 102 PS dan 140 Nm.

Baca juga: Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k – baik beli ni dari Myvi atau Iriz?

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 15

Enjinnya dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan dijual pada harga RM 90,000 pada tahun 2007. Walau dengan harganya yang kompetitif, SX4 tidak sepopular crossover yang datang selepasnya walaupun ia dan CrossPolo tiba dahulu di Malaysia.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 16

SX4 Sedan

14 tahun lalu, sedan masih menjadi pilihan utama bagi pembeli walaupun muncul trend sementara untuk MPV. Akhirnya, Volkswagen tidak meneruskan generasi seterusnya bagi CrossPolo mana Suzuki kekal bertahan dengan SX4 dengan menggayakannya kepada sedan yang berupa agak aneh dalam rangkaian tawaran mereka sebelum memperkenalkan pula SX4 S-Cross generasi kedua.

“Style” untuk orang kebanyakan

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 17

Apabila SX4 S-Cross memasuki pasaran buat sementara waktu, demam SUV crossover telahpun tiba di Malaysia dan Honda HR-V mampu menarik minat ramai.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 18

Hatchback crossover ini kembali dan mencapai tahap populariti yang agak tinggi hasil pengaruh daripada Mazda CX-3 dan X156 Mercedes-Benz GLA di pasaran premium. Ini kemudiannya melarat ke pasaran kereta mampu-milik apabila Perodua melancarkan Axia Style pada 2019.

Baca juga: Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya?

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 19

Walaupun ada banyak kekurangan pada Axia Style seperti tiada sambungan Bluetooth dan macam-macam lagi, crossover ini cukup popular dikalangan pembeli. Banyak Axia meluncur bangga di jalan raya dan walaupun perincian trim tambahan dan ketinggiannya hanyalah gimik semata, beberapa pemilik Axia cukup berani membawanya ke jalan berlumpur dan mencabar.

Baca juga: Tiada Myvi GT, dapat bayangan Perodua Myvi Style pun jadilah?

Akhirnya, ada ura-ura mengatakan yang ‘abangnya’ dan ‘king’ jalan raya Malaysia, Perodua Myvi, juga akan menerima penggayaan badan “Style”.

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 20

Bagaimanapun, Protonlah yang pertama sekali membawa gaya ini di pasaran dengan Iriz Active. Berbeza dengan Axia Style, Iriz ‘mekap’ ini ialah varian tertinggi dalam barisan Iriz, didatangkan dengan 6 beg udara dan arahan suara.

Baca juga: Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada!

Sebelum Proton Iriz Active, CrossPolo dan SX4 pernah cuba mulakan trend ‘rare’ di Malaysia 21

Adakah penambahan baru ini akhirnya akan membawa tuah kepada legasi hatchback Proton yang penuh cabaran? Agak terlalu awal bagi kita untuk menjangkakan hasilnya memandangkan jualan otomotif sedang dalam fasa pemulihan. Namun, beberapa pengedar telah mendedahkan yang minat orang ramai terhadap Iriz Active adalah jauh lebih tinggi daripada Persona. Dengan maklumat ini, kita mungkin boleh jangkakan sambutan yang memberangsangkan.

Baca juga: Sumpahan trio hatchback kecil Proton – Kenapa Tiara, Savvy dan Iriz tak laku?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda