window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux!

Haris · Aug 18, 2021 03:00 PM

Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux! 01

Ford Ranger

Ke mana sahaja tentera AS berada untuk menyebarkan dakyah 'demokrasi' dan membebaskan rakyat yang tertindas, pasti akan diikuti dengan kehancuran dan kesengsaraan. Terbaru, Afghanistan menjadi antara negara-negara yang menerima manfaat daripada "pembebasan" AS seperti Iraq dan Syria.

Apabila Taliban menguasai kembali Kabul, kebanyakan media yang menghubungkan Taliban dan Toyota telah muncul kembali sekali lagi. Ini sebenarnya suatu topik yang sangat sensitif untuk Toyota.

Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux! 02

Kakitangan media yang berpengalaman akan memberitahu anda bahawa topik yang berkaitan dengan Afghanistan atau Taliban adalah dilarang untuk disoal kepada pasukan perhubungan awam Toyota. Malah, topik ini dianggap sebagai 'pantang' oleh orang Jepun yang menganggapnya sebagai soalan yang sangat kasar untuk diajukan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini sama sahaja sekiranya anda pergi ke pusat Volkswagen di Wolfsburg dan bertanyakan kepada orang Jerman di sana mengenai Hitler. Lebih parah lagi untuk Toyota, mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan Taliban.

Jika anda merasakan naratif yang disampaikan media lain itu benar, kira jumlah Ford Ranger dan Toyota Hilux dalam klip video ini.

Toyota memang tidak melakukan sebarang perniagaan dengan Taliban tetapi tak ada apa yang dapat dilakukan jika Toyota Hilux dan Land Cruiser curi ditemui di Afghanistan.

Kaitan naratif antara jenama Toyota dan Taliban terlalu serius sehingga memaksa Toyota bekerja dengan Jabatan Perbendaharaan AS untuk menentukan dari mana sumber kenderaan Toyota untuk Taliban ini, walaupun secara sukarela.

Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux! 01

Toyota, mungkin dulu

Toyota juga aktif dalam memperkenalkan beberapa langkah terperinci untuk rantaian bekalannya di Timur Tengah. Hal ini bagi memastikan bahawa tiada kenderaan Toyota atau alat ganti yang dijual kepada organisasi atau individu yang berkaitan dengan pengganas atau kumpulan separa tentera.

Langkah paling baharu, pembeli Toyota Land Cruiser 300 generasi baru di Jepun perlu menandatangani perjanjian bahawa kenderaan tersebut tidak akan dijual semula dalam tahun pertama.

Toyota turut memperkenalkan sistem keselamatan pengesahan cap jari yang baru, berikutan Toyota Land Cruiser menjadi kenderaan curi No.1 Jepun, kebanyakannya pasti berakhir di Afghanistan.

Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux! 02

Pengesahan cap jari pada Toyota Land Cruiser 300

Langkah-langkah ini nampaknya berjalan dengan baik. Walaupun masih banyak media yang mengaitkan Taliban dengan Toyota Hilux, rakaman terbaru dari Afghanistan menunjukkan sebaliknya.

Pejuang Taliban kini dilihat memandu Ford Ranger! Bukan Ford Ranger generasi T6 sekarang tetapi model generasi kedua sebelum.

Sebilangan besar Ford Ranger tersebut dilihat dengan cat warna kuning atau hijau tua yang menyerupai pasir gurun. Berkemungkinan besar, kenderaan ini telah dicuri dari pasukan awam / keselamatan Afghanistan yang kini sudah runtuh.

Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux! 03

Bukan Hilux tetapi Ford Ranger

Laporan daripada Forbes bertarikh 30-Jun melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 270 unit Ford Ranger yang dimiliki oleh tentera Afghanistan telah jatuh ke tangan Taliban.

Keadaan ini menjadi bertambah rumit kerana Ford adalah sebuah syarikat Amerika, dan bukan syarikat kecil!

Walaubagaimanapun, kenderaan penumpang di Afghanistan masih didominasi oleh Toyota Corolla dan Toyota Hiace namun kenderaan ini hanya digunakan oleh orang awam. Mungkin, naratif media turut mencampur-baurkan sudut ini.

Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux! 04

Keadaan di Afghanistan sangat menyedihkan. Lelaki yang berputus asa telah berpaut pada kapal terbang untuk melarikan diri dari negara itu, sementara wanita dan kanak-kanak ditinggalkan untuk membela diri.

Dengan pemergian AS, Afghanistan kini bergantung kepada China - satu-satunya kuasa asing yang tidak memerangi Taliban - membuka kepada perbincangan diplomasi yang lebih mesra dengan pendekatan yang berbeza, tanpa campur tangan ketenteraan untuk memastikan bahawa Taliban mampu mengekang 'keganasan' di dalam sempadannya sahaja.

China 'mengumpan' pengiktirafan antarabangsa oleh kuasa asing, satu pengiktirafan yang sangat diminati oleh Taliban, ditambah dengan bantuan pembangunan. Sebagai balasannya, China mahu Taliban bersikap seperti kerajaan yang sah. Ideologi dan bagaimana ia menjalankan negara itu bukan urusan China, selagi puak pelampau tidak sampai di wilayah China. Mungkin pendekatan yang lebih lembut dan lebih pragmatik ini akan berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan oleh senjata dan bom.

Baca: Takut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda