Sebuah lagi jenama automotif China bakal menyusul, Kedah jadi hub pemasangan kenderaan elektrik?

Haris · Jan 7, 2021 02:00 PM

Sebuah lagi jenama automotif China bakal menyusul, Kedah jadi hub pemasangan kenderaan elektrik? 01

Go Auto Group, konglomerat automotif yang terkenal sebagai pengedar rasmi jenama Haval dan Borgward serta beberapa kenderaan komersil dilaporkan bakal membuat pelaburan di Kedah.

Pelaburan yang dilaporkan bernilai RM 1.5 bilion tersebut merupakan projek kendalian Go Auto Group bersama-sama dengan Flumen Holdings Sdn Bhd.

Sebuah lagi jenama automotif China bakal menyusul, Kedah jadi hub pemasangan kenderaan elektrik? 01

Sumber: Facebook Rasmi Muhammad Sanusi

"Kedua-dua syarikat ini merupakan pemain utama dalam industri kenderaan cekap tenaga dan teknologi hijau serta terlibat dalam pembekalan peralatan pertahanan dan teknologi informasi," ujar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebuah lagi jenama automotif China bakal menyusul, Kedah jadi hub pemasangan kenderaan elektrik? 02

Selain daripada itu, Go Auto turut mempunyai kilang pemasangan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd yang bertempat di Gurun, Kedah.

Go Auto adalah pengedar eksklusif untuk GWM (Great Wall Motor) dan Haval dari kilang pembuatan mereka selain daripada kemampuan mereka sebagai pengilang kontrak bagi jenama automotif lain dari China seperti trak Dong Feng, trak ringan Mian Yang Jinbei, ATV untuk Adly dan lain-lain lagi.

Sebuah lagi jenama automotif China bakal menyusul, Kedah jadi hub pemasangan kenderaan elektrik? 03

Go Auto juga mengeksport 30% hingga 40% pengeluaran kenderaan mereka ke negara-negara ASEAN seperti Kemboja, Brunei dan Batam, Indonesia.

Pelaburan tersebut bakal menyaksikan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat negeri Kedah.

Sumber: Astro Awani

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru