window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya

Faisal Ā· Sep 26, 2022 11:30 AM

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 01

  • Tiga enjin 1.5L ditawarkan ā€“ i-VTEC NA, VTEC Turbo dan hibrid e:HEV
  • Malaysia satu-satunya dalam dunia (setakat ini) yang menawarkan HR-V dengan 3 opsyen enjin

Kalaulah diberi pilihan, jurutera sesuatu produksi pasti nak hasilkan satu model sahaja, dengan varian solo dan warna yang sama. Maksud kami di sini adalah variasi spesifikasi model dalam landasan produksi akan memanjangkan lagi masa untuk melengkapkan pemasangan. Secara tidak langsung, kos memasang juga akan bertambah.

Buat jurutera-jurutera produksi, konfigurasi spesifikasi yang pelbagai akan membuatkan logistik dan pengurusan produksi menjadi jadi lebih rumit. Malah, kecenderungan untuk tersilap juga lebih tinggi.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, landasan produksi sebenarnya berkait rapat dengan memori otot seseorang pekerja. Dengan memori yang bagus, pekerja yang berpengalaman boleh tahu sama ada benda itu okay atau tidak, misalnya jika berat komponen itu sedikit lari ataupun pergerakan nat yang dipasang tidak selancar dahulu.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 01

Malangnya, mereka yang ada di tempat produksi tidak ditugaskan untuk menguruskan syarikat. Pihak pemasaran dan jualan pula pasti suka dengan kepelbagaian variasi kerana produk yang sama boleh ditawarkan pada julat harga yang lebih luas, sekaligus akan menarik lebih ramai pelanggan.

Apapun, mereka faham bahawa kalau ada pelbagai variasi, kos untuk menghomologasikan kereta itu akan menjadi lebih tinggi, terutama perkara yang melibatkan enjin dan transmisi. Untuk makluman anda, proses kertas kerja yang perlu dibuat juga akan menjadi lebih panjang dan langkah ini semua semata-mata untuk melayakkan kereta tersebut dipandu di jalan raya. Kalau tidak, model itu tidak boleh didaftar atau diinsuranskan.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 02

Antara kertas kerja berkenaan homologasi sesuatu model sebelum ia boleh dipandu di jalan raya.

Inilah sebab kenapa kebanyakan pasaran menawarkan tidak lebih daripada dua pilihan enjin. Jadi, apabila Honda Malaysia melancarkan Honda HR-V 2022 dengan 3 pilihan enjin, pelbagai persoalan telah timbul dalam kalangan pemain industri.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 03

Kalau kita imbau kembali, Honda Malaysia jarang menawarkan 3 enjin sekaligus. Kali terakhir mereka buat pun mungkin pada tahun 2008 melalui Honda Accord generasi ke-8 yang mana ia hadir dengan pilihan enjin NA 2.0L, 2.4L dan V6 3.5L.

Hari ini pula, Honda Malaysia merupakan satu-satunya pengedar Honda di dunia yang menawarkan HR-V 2022 dengan tiga pilihan enjin.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 04

Walaupun dengan dua pilihan enjin, HR-V (Vezel) di Jepun hadir dengan 3 pilihan gril depan.

Untuk pengetahuan anda, Honda di Jepun sekalipun hanya menjual Vezel (HR-V di sana) dengan enjin 1.5L NA i-VTEC dan 1.5L hibrid e-HEV. Begitu juga dengan Singapura.

HR-V di Thailand pula hanya ditawarkan dengan enjin hibrid. Indonesia pula ada enjin 1.5L NA dan turbo.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 05

HR-V di Thailand pula datang dengan gril depan yang ikut warna badan.

Sewaktu bertanya hal ini kepada Penyelaras Eksekutif Honda Malaysia, Yujiro Sugino, beliau menerangkan bahawa sebab kenapa mereka menawarkan sehingga tiga pilihan enjin adalah kerana segmen SUV sangatlah hangat. Jadi, amat penting untuk menawarkan pelanggan dengan lebih banyak pilihan.

Secara amnya, Honda Malaysia menyasarkan HR-V turbo varian E dan V untuk menyumbang 75% daripada jualan keseluruhan. Jualan varian hibrid (RS) dan varian terbawah (S) pula masing-masing disasarkan sebanyak 15% dan 10% sahaja.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 06

HR-V di Indonesia datang dengan enjin 1.5 NA i-VTEC dan 1.5 VTEC Turbo.

Menariknya, sewaktu pelancaran di Malaysia tempoh hari, 22% daripada tempahan HR-V yang dikutip adalah varian RS. Varian 1.5 E dan V pula masing-masing menerima 60% dan 13% tempahan. Selebihnya adalah varian S.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 07

Apapun, terdapat satu lagi sebab. Walaupun Honda Malaysia sendiri tidak memberitahu, kami tahu bahawa mereka terpaksa juga menawarkan HR-V varian 1.5 S kerana kekosongan yang ditinggalkan oleh Civic 1.8 S generasi terdahulu.

Semenjak ia dihentikan (sekarang hanya Civic turbo), Honda Malaysia tidak lagi ada produk dalam julat harga RM 110k ā€“ RM 130k.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 08

Civic ketam dahulu ada enjin 1.8L NA tetapi ia tidak lagi dihasilkan kerana Honda hendak mengutamakan hibrid dan EV.

Sekarang, harga Civic FE bermula dari RM 130k dan sejak produksi enjin R18 dihentikan, penawaran HR-V dengan 1.8L kiranya tidak ada sama sekali.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 09

Enjin 1.8L R18 sudah tiada tetapi Honda Malaysia tidak boleh biarkan julat harga RM 110k - RM 130k kosong begitu sahaja.

Namun demikian, HR-V varian S bukanlah spec kosong kerana ia tetap ada ciri lampu depan jenis LED, infotainment dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto dan rim 17 inci. Apapun, harga HR-V 1.5 S cukup mampu milik, mudah untuk dijaga dan mutu pemanduannya cukup baik untuk kegunaan dalam bandar.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 10

Walaupun varian asas, ia tidak nampak kosong langsung.

Tetapi dalam masa yang sama, Honda di Malaysia juga adalah peneraju kenderaan hibrid. Merekalah yang pertama melancarkan kereta hibrid di Malaysia (Civic Hybrid, 2007), yang pertama memasang kereta hibrid (Jazz, 2012) dan yang pertama memasang pek bateri hibrid (City RS e:HEV, 2020).

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 11

Untuk makluman anda, sebab utama mereka menghentikan enjin R18 adalah untuk meletakkan fokus pada hibrid dan EV.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 12

Dalam hal ini, Honda Motor di Jepun betul-betul menyokong hala tuju Honda Malaysia tetapi soal untung rugi mereka terhadap HR-V, itu terpulang pada pasukan di Malaysia.

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 13

Secara teknikal, penawaran sehingga 3 pilihan enjin mungkin bagus untuk pelanggan tetapi bukan pada syarikat.

Juga baca2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya 14

Jadi, tahniah kepada Honda Malaysia kerana sanggup mengambil jalan ini. Kalau tengok pada varian yang ditawarkan pada Toyota Corolla Cross, keputusan yang Honda Malaysia ambil buat HR-V agak masuk akal.

Juga bacaRebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda