window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord!

Haris · Mar 24, 2022 10:30 AM

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 01

Sudah tujuh tahun sejak kali terakhir kita ditawarkan dengan sebuah Honda Civic Hibrid. Justeru itu, tahun ini mencatatkan lembaran sejarah baharu apabila Honda Civic e:HEV 2022 baru sahaja membuat penampilan perdana dunia di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS), Thailand.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 02

Kali terakhir hibrid ditawarkan dengan Honda Civic ialah ketika siri FB, dijual dari tahun 2011 hingga 2015. Generasi itu kurang mendapat sambutan di tambah pula hadir antara Civic FD dan Civic FC yang jauh lebih popular. Apa yang baharu kali ini adalah, penawaran enjin Honda Civic hybrid mungkin akan bertapak lebih lama berbanding percubaan terdahulu. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Luaran 2022 Honda Civic e:HEV hybrid

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 01

Bahagian luar masih menampilkan rekaan yang kita sudah lali, justeru kali ini ia dilampirkan dengan lencana dengan aksen biru dan huruf e:HEV pada kedua-dua varian EL+ dan RS, tema biasa dalam kalangan model hibrid jenama Jepun.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 02

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 03

Istimewa untuk hibrid ialah tatahan krom dalam lampu utama LED, lampu belakang LED unik serta perincian krom pada gril dan rim yang berbeza:

  • e:HEV EL+ mendapat warna baharu pada rim 17-incinya,
  • e:HEV RS menggunakan rim 18-inci yang eksklusif untuk, diambil daripada varian Civic Touring pasaran Amerika Utara.

Baca: Honda Civic FE 2022 gen 11 masuk fasa produksi di Amerika Utara!

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 04

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 05

Kemudian terdapat pilihan estetik yang biasa, model e:HEV RS mendapat cermin sisi hitam, pemegang pintu hitam/krom, antena gaya sirip yu hitam dan spoiler but belakang. Terdapat juga aksen krom di sepanjang bahagian kaca, sedikit berbeza hitam daripada model RS biasa.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 06

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 07

Pelanggan boleh memilih daripada enam palet warna: Ignite Red Metallic (eksklusif untuk e:HEV RS), Crystal Black Pearl, Platinum White Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Lunar Silver Metallic dan Morning Mist Blue Metallic (eksklusif untuk e :HEV EL+).

Spesifikasi 2022 Honda Civic e:HEV hybrid 

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 08

Disebalik rekaan yang sudah kita kenali itu, apa yang ada di sebalik hud depan adalah sesuatu yang baharu. Honda Civic e:HEV menggabungkan enjin 2.0 liter suntikan langsung DOHC VTEC (kitaran Atkinson) dengan sepasang motor elektrik yang dikuasakan oleh sebiji bateri litium ion (Li-Ion). Kesemua aspek trenkuasa kompleks ini dipacu oleh transmisi khas e-CVT yang memacu roda hadapan.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 09

Walaubagaimanapun, Honda Thailand masih belum mendedahkan sebarang angka kuasa. Sebagai rujukan, Honda Accord e:HEV pasaran Thailand mempunyai susun atur yang sama, dikuasakan oleh sepasang motor elektrik (184 PS/175 Nm) yang disambungkan kepada enjin 2.0L NA (145 PS/175 Nm). Output sistem gabungan untuk itu mencecah sehingga 215 PS kuasa kuda!

Baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 10

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 11

Kesemua varian hibrid mengekalkan pilihan mod pacuan yang sama, boleh dipilih antara mod Econ yang menjimatkan minyak, Normal untk kegunaan umum dan mod Sukan yang lebih bertenaga.

Rekaan dalaman 2022 Honda Civic e:HEV hybrid

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 12

Turut ditawarkan dengan 2 port pengecasan USB

Kemas kini dalaman Honda Civic e:HEV ini nampaknya aspek yang lebih tepat. Ia kini memberikan keselesaan kepada penumpang baris kedua dengan ciri corong angin yang lebih sejuk untuk bahagian belakang. Sesuai sangat untuk negara beriklim tropika, seperti Thailand dan Malaysia.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 13

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 14

Bukan itu sahaja, kemas kini teknologi juga adalah sesuatu yang penting untuk sebuah sedan dengan trenkuasa termaju. Honda Civic e:HEV memperolehi kluster instrumen 10.2-inci digital sepenuhnya (EL+ masih menggunakan susunan meter separa digital 7-inci biasa seperti varian lain), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar yang dipancarkan pada skrin sesentuh infotainment 9-inci, dan penghawa dingin dwi-zon, sebagai tambahan kepada Sistem Kad Kunci Pintar Honda.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 15

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 16

Selain itu, terdapat tempat duduk belakang boleh lipat dengan nisbah 60:40, aplikasi telematik Honda Connect, keupayaan menghidupkan enjin jarak jauh, serta tempat duduk baldu dan kulit untuk varian e:HEV RS teratas.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 17

Sudah tentu Honda Sensing adalah pakej standard, menggabungkan ciri-ciri seperti berikut:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Adaptive Cruise Control with Low-Speed Follow (ACC with LSF)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification System (LCDN)

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 18

Kesemua itu adalah tambahan kepada sistem keselamatan standard seperti Honda LaneWatch, pengawasan perhatian pemandu, kamera pandangan belakang pelbagai sudut, dan peringatan tali pinggang keledar.

Baca: Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’

Harga 2022 Honda Civic e:HEV hybrid

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 19

Harga masih lagi dalam anggaran buat ketika ini serta sedan canggih ini dijangka akan dilancarkan pada Jun 2022. Anggaran harga adalah seperti berikut:

Anggaran harga 2022 Honda Civic e:HEV hibrid
Varian Anggaran Harga
e:HEV EL+

Bawah THB 1,150,000

(~Bawah RM 144,408)

e:HEV RS

Bawah THB 1,270,000

(~Bawah RM 159,476)

Bagaimana dengan Malaysia?

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 20

Masih terlalu awal untuk mengesahkan kemunculan Honda Civic e:HEV ke Malaysia, tetapi kemungkinan untuk ia hadir ke sini adalah cerah. Semasa pelancaran awal model Honda Civic FE di Malaysia, Ketua Projek Besar (Large Project Leader) untuk Civic FE, Encik Tomoyuki Yamagami berkata bahawa kemungkinan itu ada tetapi tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut.

Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord! 21

Walau bagaimanapun, Honda Malaysia telah mendedahkan 2 pelancaran model untuk tahun 2022 ini. Pertamanya adalah model 'sejuk' 2022 Honda Odyssey yang telah dilancarkan manakala seterusnya mungkin sekali Honda HR-V 2022 yang dinanti-nantikan. Tarikh pelancaran dijangka pada pertengahan tahun ini.

Baca: Honda prebiu Honda HR-V dan Honda BR-V generasi baru untuk tahun 2022!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda