window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm!

Haris · Sep 28, 2022 06:00 PM

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 01

Selepas hanya empat tahun di pasaran, Lynk & Co telah memutuskan untuk memperkenalkan versi terkini Lynk & Co 03.

Dibangunkan berdasarkan platform CMA terkenal hasil pembangunan bersama antara Geely dan Volvo, sedan 03 (disebut oo-three) itu dijangka mula dijual secepat mungkin pada tahun ini.

Walaupun Lynk & Co menggelarkan Lynk & Co 03 baharu sebagai model generasi baharu, ia cenderung kepada facelift pertengahan kitaran hayat, memandangkan sedan itu kini tepat dalam tahun keempat sejak pelancaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 01

Jika anda merasakan bahawa reka bentuk Lynk & Co 03 serba baharu tidak banyak berubah, lihat lebih dekat. Gril mendatar digugurkan dan digantikan dengan gril 'misai' yang lebih besar, memanjang ke sisi bawah bampar dengan reka bentuk garisan menegak yang ringkas.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 02

Kehadiran bampar yang direka bentuk semula menampilkan kemasukan udara sisi yang lebih agresif. Secara keseluruhannya, Lynk & Co 03 mempunyai bahagian hadapan yang lebih sporty dan agresif berbanding rupa canggih sporty generasi terdahulu.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 03

Di bahagian belakang, tema sporty diteruskan dengan lampu belakang yang direka bentuk semula kini merentasi but belakang. Bampar juga telah direka bentuk semula untuk menampilkan trim yang mencerminkan reka bentuk kemasukan udara sisi dan memuatkan empat paip ekzos.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 04

Untuk versi yang paling sporty, varian Lynk & Co 03+, terdapat pilihan dua spoiler belakang untuk menyerikan lagi kereta itu.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 05

Di bahagian dalam, Lynk & Co 03 masih menampilkan perincian aksen berwarna lime namun bagaimanapun, perubahan terbesar ialah skrin terapung 12.8-inci baharu. Skrin kini diletakkan lebih tinggi pada papan pemuka dengan corong pendingin hawa ditempatkan semula di bawah skrin.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 06

Pemandu juga mendapat panel instrumen digital penuh 12.3-inci yang lebih besar menggantikan panel 10.25-inci lama. Mengalihkan skrin infotainmen ke posisi yang lebih tinggi juga bermakna konsol tengah bersih dan kurang bersepah, memberi ruang untuk lebih banyak poket storan.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 07

Kuasa tujahan telah ditingkatkan secara menyeluruh. Tiada lagi enjin lama 1.5 liter dan menggantikannya ialah enjin 2.0 liter pengecas turbo yang menghasilkan 258 PS dan 350 Nm. Enjin ini dipasangkan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan untuk enjin petrol standard.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 08

Enjin 2.0 liter Lynk & Co 03+, sebaliknya, dipasangkan dengan transmisi automatik konvensional 8-kelajuan yang menghantar kuasa kepada keempat-empat roda. Varian 03+ juga mengeluarkan lebih banyak kuasa pada 269 PS.

Baca: Lynk & Co 02 Hatchback - pencabar VW Golf GTI dari Geely; 254 PS/350 Nm tork, 8AT

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 09

Untuk varian hibrid (HEV), Lynk & Co 03 menggunakan sistem EM-F Lynk & Co yang menampilkan enjin 1.5 liter yang dipasangkan dengan kotak gear DHT Pro 3-kelajuan. Jumlah keluaran kuasa sistem akan menghasilkan 248 PS dan 545 Nm. Penggunaan bahan api dinilai pada 4.5-l/100 km.

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 10

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Lynk & Co 03 akan mula dijual pada akhir tahun ini dengan lonjakan harga yang besar.

Baca: Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 11

Sebelum ini, harga bermula pada RMB 136,800 (~RM 88,000), tetapi model generasi baharu akan bermula daripada RMB 154,800 (~RM 99,000) untuk varian asas dan memuncak pada harga RMB 176,800 (~RM 114,000).

Sedan sport China makin mantap - Lynk & Co 03 didedah dengan enjin 2.0L turbo, 269 PS dan 350 Nm! 12

Harga untuk varian HEV bermula RMB 157,800 (~RM 102,000) dan melebihi RMB 169,800 (~RM 109,000).

Baca: Geely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda