window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sedan Toyota Yaris 2021 bakal terima facelift, imej rendered keluar

Mersita · Jun 4, 2020 11:38 AM

Sedan Toyota Yaris 2021 bakal terima facelift, imej rendered keluar 01

Semenjak dilancarkan di India pada tahun 2018, Toyota Yaris 2021 sedan akan diberi facelift buat pertama kali pada separuh kedua tahun ini.

Seperti dilaporkan oleh IndianAutosBlog.com, Toyota Yaris sedan (Toyota Yaris Ativ/Toyota Vios) yang baru mungkin akan diberi facelift serupa dengan patent yang difailkan bagi Yaris 2021 hatchback. Persamaan dijangka lebih ketara di bahagian hadapan sedan baru itu nanti.

Sedan Toyota Yaris 2021 bakal terima facelift, imej rendered keluar 02

Imej IAB Rendering dari www.indianautosblog.com

Bampar hadapan baru tampak lebih besar dan bergaya. Corong angin hadapan yang bercorak heksagon berwarna hitam terletak kemas diantara lampu kabus yang terselit cantik dalam ruang angin berlangsir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gabungan elemen rekaan ini memberikan feel yang lebih berani dan agresif. Walaubagaimanapun, bahagian belakang sedan ini barangkali tidak akan ada perubahan ketara.

Dengan lampu hadapan yang tampak lebih tajam berserta garisan LED, facelift ini memberikan nafas lebih agresif, berani dan mewah pada sedan baru keluaran Jepun ini.

Berbanding keluaran terdahulu, tayarnya lebih besar dengan roda aloi diamond-cut bersaiz 16 inci.

Sedan Toyota Yaris 2021 bakal terima facelift, imej rendered keluar 01

Bagaimana pula bahagian dalaman kereta ini? Berkemungkinan akan ada lapik tempat duduk yang baru, kluster instrumen yang dinaiktaraf, sistem infotainmen yang diperbaharui, cermin pandang belakang yang auto-dimming serta stering teleskopik.

Rekaan dah cantik, macam mana pula dengan jantungnya?

Sama seperti yang terdahulu, 2NR-FE 1.5-litre petrol engine besar kemungkinan akan terus digunakan bagi sedan di India. BS6 mill 4 silinder mampu menghasilkan kuasa 107 PS pada 6,000 rpm dan tork maksimum 140Nm pada 4,200 rpm.

Kereta ini membolehkan kecekapan penggunaan petrol iaitu 17.1 km per liter bagi transmisi manual 6 kelajuan atau 17.8 km per liter bagi CVT.

Dirangka untuk dijual di pasaran India, Toyota Yaris 2021 sedan ini barangkali diberi harga permulaan sekitar INR 9.50 lakh, lebih kurang sama dengan Toyota Yaris lama yang bermula dari INR 9.46 lakh.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda