window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun!

Haris · Sep 2, 2022 11:30 AM

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 01

Dengan 15,880 unit yang diserahkan (domestik + eksport), Proton mencapai jualan bulanan terbaik sejak bulan Julai 2013, jurang selama 109 bulan, dan menuju ke arah pertumbuhan volum jualan untuk tahun keempat berturut-turut.

Dalam 8 bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan 87,481 unit berbanding 62,637 unit pada tahun 2021, iaitu peningkatan sebanyak 39.7%.

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, Proton mengekalkan kedudukan kedua dan mencapai anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.7% untuk bulan Ogos manakala pegangan pasaran tahunan (YTD) meningkat kepada 19.5% dalam carta jualan kereta Malaysia.

Jumlah Volum Industri (TIV) bagi bulan Ogos dianggarkan sebanyak 66,900 unit (36.7% lebih daripada Julai) memandangkan semua jenama automotif giat menyerahkan unit kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa insentif SST dikuatkuasa.

37,489 unit SUV dalam 8 bulan pertama

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 01

Kedudukan Proton di tangga teratas pasaran SUV masih kukuh. Proton X50 mencapai penyerahan melepasi ambang 4,000 unit bagi bulan ketiga berturut-turut dengan 4,329 unit diserahkan pada bulan Ogos. Ini adalah kali pertama SUV mencapai kejayaan sebegitu di Malaysia selepas mencatatkan rekod industri dengan jualan 4,763 unit di bulan Julai.

Proton X70 menyokong prestasi adiknya dengan 1,555 unit, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen C dan melonjakkan jumlah jualan SUV pada bulan Ogos bagi Proton kepada 5,884 unit.

Sedan dan MPV juga menerajui

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 02

Proton Saga juga mendapat manfaat daripada bekalan komponen yang bertambah baik, membolehkan 6,156 unit diserahkan pada bulan lepas.

Pencapaian itu meletakkannya sebagai model ketiga paling popular di Malaysia bagi bulan Ogos dan seterusnya mendorong pendaftaran untuk model baharu 2022 kepada 14,154 unit selepas ia dilancarkan pada 12 Mei tahun ini.

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 03

Penerima manfaat terbesar daripada peningkatan jumlah pengeluaran ialah Proton Persona dan Proton Iriz. Proton Persona mencatatkan 2,612 unit yang diserahkan, prestasi terbaiknya sejak Februari 2020 manakala Proton Iriz mengakhiri bulan Ogos dengan prestasi terbaik sejak April 2021 selepas mencapai 962 unit.

Kedua-duanya menduduki tempat kedua dan keempat dalam kategori masing-masing manakala Proton Exora 2023 yang dilancarkan baru-baru ini mengekalkan kedudukannya di bahagian atas pasaran MPV segmen C dengan 266 unit diserahkan.

Operasi pengeluaran stabil

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 04

“Operasi pengeluaran Proton telah stabil dengan empat bulan lagi sebelum tahun 2022 berakhir. Bekalan komponen kami kini lebih konsisten dan terurus demi memastikan kami dapat menghasilkan sebanyak mungkin kereta.

"Dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan trak penghantaran lebih 100% menjelang akhir tahun.

"Langkah ini adalah untuk memastikan pengedar menerima stok secepat mungkin dan seterusnya, ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang sabar menunggu kenderaan mereka,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Baca: Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan!

Jualan eksport mencapai paras tertinggi

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 05

Bulan lalu, jumlah jualan eksport Proton mengatasi volumnya berbanding tahun lepas. Dengan 938 unit dieksport pada bulan Ogos, syarikat telah mencapai jumlah bulanan yang tertinggi semenjak Mac 2013, jurang sebanyak 113 bulan.

Ini telah meningkatkan jumlah eksport untuk tahun 2022 kepada 4,040 unit dan mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pengeksport kenderaan utama Malaysia.

Segmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun! 06

Bagi jualan model individu untuk Ogos, Proton X70 dan Proton X50 mencatat rekod eksport peribadi baharu manakala Proton Saga mencapai angka eksport terbaiknya sejak Mac tahun ini. Pertumbuhan dijangka meningkat pada lewat tahun ini dengan pelancaran rasmi semula Proton di Afrika Selatan dijadualkan pada bulan September.

“Jualan eksport Proton terus mencapai tahap baharu setiap bulan dan membuktikan bagaimana jenama berjaya memenangi pelanggan baharu di luar pasaran domestik.

"Jualan eksport adalah penting untuk syarikat mencapai matlamat jangka panjangnya dan membantu meningkatkan imbangan perdagangan untuk Malaysia sambil mempamerkan kualiti dan kepintaran pembekal Malaysia,” tambah Roslan Abdullah.

Baca: Proton bantu DRB-Hicom catat keuntungan semula, fasa pemulihan dalam landasan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda