window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series

Faisal · Nov 30, 2020 04:00 PM

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 01

Setiap penggemar kereta mesti ada satu model yang buatkan mereka gilakan industri ini. Antara yang sering menjadi idaman ramai ialah BMW 3 Series. Dengan saiz yang kompak, ia masih menawarkan ruang yang mencukupi untuk memuatkan 5 orang sekaligus. Ditambah pula dengan penghasilan yang cukup berkualiti, tidak dinafikan bahawa ia merupakan antara jentera premium yang menjadi idaman kalbu.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 02

Antara BMW 3 Series yang paling diminati ialah generasi E46. Generasi ini dihasilkan dari tahun 1997 hingga tahun 2004. Dari segi casis, berat keseluruhan sebanyak 1,450 kg dibahagikan sama rata (50:50) di antara depan dan belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 01

Falsafah yang terkemuka oleh BMW ketika itu adalah untuk pengendalian yang lebih seimbang dan semula jadi. Ditambah pula dengan pacuan roda belakang, BMW 3 Series E46 sering disanjungi kerana ia memberikan sensasi pemanduan yang cukup mengasyikkan pada era tersebut.

Tren kuasa

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 02

Pada awal pelancaran (1st batch), sedan premium bersaiz kompak ini hadir dengan enjin 1.9L yang menghasilkan 105 PS pada varian 316i. Varian 318i pula mengguna enjin yang sama tetapi dengan 118 PS. Untuk varian 320i, BMW menggunakan enjin 2.0L 6-silinder sebaris yang menghembuskan 150 PS. Varian 323i pula hadir dengan enjin 2.5L 6-silinder sebaris yang mempunyai 170 PS. Sebagai spesifikasi teratas, varian 328i menggunakan enjin 2.8L 6-silinder sebaris yang menghembuskan 193 PS.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 03

BMW Malaysia turut menawarkan BMW 3 Series E46 dengan badan coupe dan convertible

Di Malaysia, pembeli ditawarkan dengan varian 318i, 323i, dan 328i melalui pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 & 5 kelajuan. Menariknya, varian 323i jarang dijumpai kerana ia diimport dari luar negara.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 04

Untuk kumpulan kedua (2nd batch), varian 320i menerima naik taraf kepada enjin 2.2L yang menghasilkan 170 PS. Pada masa yang sama, varian 325i dirasmikan dimana ia menggunakan enjin 2.5L 6-silinder sebaris yang menghasilkan 192 PS. Di samping itu, spesifikasi teratas melalui varian 330i diperkenalkan dimana ia menggunakan enjin 3.0L 6-silinder yang menghembuskan 231 PS. Enjin ini juga dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 05

Ketika itu, pembeli di Malaysia ditawarkan dengan varian 318i, 325i, dan 330i. Menariknya varian 330i hanya didatangkan sebagai model import. Maka itu, ia jarang dijumpai. Pada tahun 2000, BMW 3 Series E46 hadir dengan mod pemanduan manual steptronic untuk transmisi automatik.

Model facelift

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 06

Pada tahun 2001, model facelift (Life Cycle Impulse) diperkenalkan dimana ia menampilkan perubahan pada bentuk lampu dan gril depan. Di samping itu, BMW turut memperbaharui grafik lampu belakang untuk penampilan yang lebih moden.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 07

Antara ciri yang dipertingkatkan ialah pada kawalan kestabilan yang dikenali sebagai Dynamic Stability Control (DSC). Selain itu, model facelift juga hadir dengan lampu Xenon dimana ia adalah kali pertama buat BMW 3 Series.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 08

Dari segi enjin, BMW 3 Series E46 LCI menerima enjin baru (Valvetronic) pada varian 318i dimana ia menggunakan kapasiti 2.0L yang menghasilkan 143 PS. Di Malaysia, pembeli ditawarkan dengan varian 318i, 325i,  dan 330i. Masih diimport dari luar negara, varian 330i agak jarang kelihatan.

Teknologi

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 09

Dalam aspek teknologi, BMW 3 Series E46 menampilkan beberapa ciri yang didatangkan buat kali pertama. Antaranya ialah dengan penggunaan sistem CAN bus. Sistem ini mengintegrasikan kesemua sistem elektronik di dalam satu komputer yang dikawal oleh skrin multimedia.

Selain itu, ia juga merupakan BMW 3 Series pertama yang hadir dengan enjin yang mempunyai teknologi Variable Valve Timing (Valvetronic).

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 10

Ciri lain seperti sistem navigasi, sistem brek Electronic Brake-force Distribution (EBD), pengelap cermin automatik, dan lampu belakang jenis LED turut didatangkan kali pertama buat BMW 3 Series.

BMW M3

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 11

Pada tahun 2000, syarikat pengeluar kereta Bavaria ini memperkenalkan model yang berprestasi tinggi iaitu BMW M3. Hanya didatangkan sebagai badan coupe (2 pintu) dan convertible (bumbung boleh diturunkan), model yang berprestasi tinggi ini hadir dengan enjin 3.2L 6-silinder sebaris yang boleh berputar sehingga 8,000 rpm.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 12

Enjin dengan hembusan kuasa sebanyak 338 PS dan 365 Nm tork ini pula dipadankan ke pilihan transmisi 6 kelajuan manual atau SMG-II (transmisi manual yang ditukar oleh robot). Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 5.2 saat.

BMW M3 CSL

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 13

Sebagai pengakhiran kegemilangan BMW M3 pada generasi E46, BMW M3 CSL diperkenalkan. Model yang paling istimewa di dalam generasi E46 ini dianggap sebagai sentuhan terakhir sebelum generasi baru beransur.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 14

Dengan bahagian intake yang diperbuat daripada bahan gentian karbon (carbon fibre), BMW M3 CSL menghembuskan kuasa sebanyak 355 PS dan 370 Nm tork.

Konklusi

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 15

Dengan rupa yang cukup segak sehingga ke hari ini, tidak hairanlah bahawa ia antara model BMW yang paling laris pernah dihasilkan. Dengan jualan mencecah 600,000 unit, BMW 3 Series E46 telah menjadi ikon di dalam sejarah pengeluaran sedan kompak oleh syarikat tersebut.

Sejarah BMW E46 – Permulaan keghairahan BMW 3 Series 16

Dengan mutu pemanduan yang cukup organik di dalam pakej yang cukup ideal, BMW 3 Series E46 sememangnya dekat di hati peminat industri permotoran walaupun sudah berusia hampir 25 tahun.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda