window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng

Faisal · Jun 26, 2021 08:00 PM

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 01

Setiap pengguna kenderaan diberikan kuasa untuk menyampaikan niat terhadap pengguna jalan raya yang lain. Antaranya seperti lampu brek yang menyala sebagai tanda memperlahankan kenderaan dan lampu isyarat bagi mengubah laluan ataupun meminta izin untuk masuk.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 02

Begitu juga dengan hon yang mana ia diibarat seperti menegur atau mencuit pengguna lain supaya perasan akan sesuatu di sekeliling mereka. Untuk maklumat anda, hon kenderaan mula digunakan setelah berakhirnya penggunaan kereta kuda. Untuk itu, mari kami mulakan dengan zaman asal usulnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Permulaan di United Kingdom

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 01

Kredit: lookandlearn.

Cetusan idea hon kenderaan tercipta dalam pertengahan tahun 1800-an di United Kingdom setelah beransurnya kenderaan berkuasa stim. Untuk keselamatan bersama, satu undang-undang telah terbentuk yang mana setiap kenderaan perlu ada orang mengibarkan bendera merah dan meniup wisel supaya diketahui oleh pengguna jalan raya yang lain. Macam meletihkan pula kan?

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 02

Kredit: diginomica.

Nasib baiknya, perkara ini dibicarakan semula tidak lama selepas undang-undang tersebut berkuat kuasa. Sejak itu, hon mula diletakkan di kenderaan. 

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 03

Kredit: thenewswheel.

Pada awal tahun 1900-an, automobil mula digunakan di Amerika. Hon yang digunakan pada kereta ketika itu adalah jenis getah yang mana ia perlu dipicit oleh pemandu untuk menghasilkan tiupan pada trumpet yang dipadankan. Secara tidak langsung, bunyi akan dikeluarkan.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 04

Kredit: wellington.live.

Tetapi dengan penambahan pengguna kenderaan yang begitu meluas, permintaan untuk hon yang berbunyi lebih kuat juga semakin meningkat. Maka itu pada tahun 1908, terciptalah hon Klaxon.

Hon Klaxon

Hon yang dicipta dan dipatenkan oleh Miller Reese Hutchison ini menggunakan unsur dari perkataan Yunani “klaxo” yang membawa maksud “untuk menjerit”. Menariknya, beliau yang bekerjasama dengan pereka terkenal, Thomas Edison, turut mencipta dua versi sekaligus.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 05

Kredit: Antique Automobile Club.

Salah satunya menggunakan motor elektrik yang berkuasa bateri untuk penghasilan getaran pada bahagian diaphragm. Versi satu lagi pula menggunakan cara manual. Kedua-dua versi hon Klaxon sebenarnya memberikan bunyi yang agak berbeza.

Secara umumnya, hon Klaxon terkenal dengan karakter bunyi “Aoogah” yang dilontarkan. Pada tahun 1915, hon kenderaan mula diletakkan pada bahagian steering kerana lokasinya lebih praktikal untuk digunakan.

Hon elektronik

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 06

Pada tahun 30-an, hon Klaxon mula kehilangan pengaruhnya setelah hon elektronik beransur. Inovasi ini bermula apabila pencabar yang terdiri daripada syarikat-syarikat besar melakukan eksperimen dengan asas hon Klaxon dan ruang suara untuk menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Sejak itu, hon kereta lebih lunak untuk didengar. Maka itu, beransurlah ia sehingga ke hari ini kerana fungsi asasnya cukup berkesan dan mudah untuk dihasilkan.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 07

Untuk maklumat anda, syarikat Bosch adalah pengeluar hon yang terbesar di dunia. Mereka menghasilkan hon pemampat trumpet untuk kenderaan komersial serta hon cakera dan fanfare untuk kenderaan peribadi. Bezanya, hon cakera menghasilkan tona yang agak berbesi manakala hon fanfare pula memantulkan tona yang lebih penuh dan harmoni.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 08

Tidak sampai sedekad yang lalu, ciptaan hon kenderaan telah memasuki era yang mana sesetengah daripada mereka hanya menggunakan pembesar suara berkuasa tinggi yang dikawal oleh litar elektrik.

Juga bacaJPJ Selangor kini buru 'hon tenonet' - denda sehingga RM 2k dan 6 bulan penjara!

Budaya penggunaan hon 

Dengan adanya bunyi hon yang pelbagai pada hari ini, undang-undang telah terbentuk yang mana secara umumnya ia tidak boleh terlalu kuat sampai ke tahap mengejutkan pengguna jalan raya yang lain.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 09

Kredit: tampabay.

Namun begitu, hon kenderaan di negara yang berpenduduk ramai seperti India menggunakan spec yang dinaik taraf yang mana ia tahan lebih lasak. Perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan kecenderungan untuk beri isyarat ataupun berlakunya kecuaian sesama rakyat. Disebabkan itu, hon sering dibunyikan.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 10

Tidak cukup dengan itu, nasihat "Horn OK Please" atau "Blow Horn" turut diletakkan pada belakang kenderaan komersial seperti bas, teksi, dan trak supaya kenderaan yang hendak melepasinya menekan hon terlebih dahulu.

Tetapi pada tahun 2015, kerajaan India telah melarang penggunaan nasihat ini kerana ia meningkatkan pencemaran bunyi. Isu bunyi hon yang berlebihan telah diambil serius di negara tersebut yang mana beberapa lampu isyarat akan reset semula pengiraan masa untuk ke warna hijau setiap kali bacaan bunyi dB mencapai satu tahap.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 11

Kredit: VietVisionTravel.

Untuk pengetahuan anda, budaya penggunaan hon di India juga sama seperti Vietnam yang mana kebanyakan rakyatnya menggunakan motosikal berbanding kereta. Sebaliknya, hon di negara Jepun pula hanya digunakan bagi menandakan amaran bahaya sesama pengguna.

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 12

Kredit: idrivesafely.

Penggunaan hon di negara seperti Amerika Syarikat pula sering dikaitkan dengan unsur kemarahan walaupun tujuan asalnya masih sama iaitu menegur atau memberitahu pengguna lain.

Konklusi

Sejarah hon kereta – peredaran zaman dari tiup wisel hingga ke hentak stereng 13

Kredit: theweek.in.

Walaupun bunyi hon kadangkala dianggap biadap sampai diibarat seperti mencari gaduh, misalnya di Malaysia sendiri, tidak dinafikan bahawa ciptaan ringkas yang beransur sepanjang zaman ini cukup berkesan dalam menegur atau mencuit pengguna lain supaya perasan akan sesuatu di sekeliling mereka, lebih-lebih lagi atas tujuan yang melibatkan keselamatan bersama.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda