window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an

Faisal · Aug 29, 2020 11:30 AM

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 01

Sewaktu Mercedes 190 membuat kemunculan pada Disember 1982, ia tidak kelihatan begitu unik. Namun begitu, model yang berada di bawah E-Class, S-Class, dan SL-Class dalam barisan Mercedes-Benz ketika itu telah menjadi tunjang kemajuan dalam pembangunan teknologi masa hadapan untuk portfolio Mercedes-Benz.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 02

Reka bentuk dengan garisan selari yang tajam dan tepat oleh Bruno Sacco seperti yang terdapat pada abang-abangnya tidak menafikan bahawa ia masih kelihatan seperti sebuah Mercedes-Benz. Siri pertama dalam model 190 juga dikenali sebagai model W201. Model 190 yang dikenali juga sebagai “Baby Benz” ini telah menjadi sumber aspirasi dalam dunia automotif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 01

Oleh demikian, kelas kompak dalam barisan Mercedes-Benz ditukar kepada nama “C-Class” pada model W202 yang menggantikan model W201. Model tersebut telah mengikuti jejak langkah abangnya dari segi pengendalian, keselamatan dan ketahanan. Dengan beberapa aspek yang hebat pada Mercedes 190, ia telah menjadi satu ikon dalam industri automobil.

Sistem aerodinamik yang mantap

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 02

Bagi menjimatkan penggunaan bahan api, Mercedes telah meningkatkan tahap aerodinamik pada bahagian badan kenderaan dan menggunakan keluli berkekuatan tinggi serta bahan inovatif untuk mengurangkan berat keseluruhan. Dengan itu, berat Mercedes 190 hanyalah 1,180 kg tanpa sebarang kompromi dalam aspek keselamatan.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 03

Dalam aspek ini, ia menggunakan struktur forked-member pada bahagian hadapan yang mempunyai ideologi daripada S-Class model W126 ketika itu. 

Sistem suspensi Independent Multi-link di bahagian belakang

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 04

Mercedes 190 mempunyai reka bentuk casis yang sangat moden. Setiap roda pada 190 dipegang oleh lima pautan bebas dimana ia memberikan kawalan yang lebih tepat kepada pemandu. Teknologi ini berupaya meningkatkan ketepatan stereng dan mengekalkan ketenangan pemanduan dalam apa jua keadaan.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 05

Penyerap hentakan di hadapan pula dilengkapi dengan kawalan anti-dive untuk mengekalkan kestabilan yang tinggi pada jalan yang lurus.

Kilang pemasangan yang moden

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 06

Kecanggihan Mercedes 190 juga dibuktikan oleh tempat pemasangannya di daerah Singelfingen dan Bremen yang perlu dipertingkatkan secara menyeluruh untuk menghasilkan model eksekutif kompak ini. 

Tren kuasa yang berteknologi tinggi

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 07

Pada awal pengeluaran, ia didatangkan dengan dua varian iaitu 190 dan 190E. Enjin yang berkapasiti 2.0 liter dengan 4-silinder ini menghasilkan 90 PS pada model 190. Model 190 E yang dilengkapi dengan suntikan bahan api oleh Bosch KE-Jetronic pula menghasilkan 122 PS. Teknologi ini mampu memecut 190 E sehingga mencapat kelajuan tertinggi pada 195 km/j.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 08

Untuk maklumat anda, paparan promosi jualan pada tahun permulaan model ini menggunakan ayat “Mercedes-style spiritedness” untuk menarik pasaran kearahnya.

Kereta pertama di dunia yang menggunakan pengedap bunyi di bahagian enjin

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 09

Setahun kemudian, model 190 D didebut dengan enjin diesel baharu yang berkapasiti 2.0 liter dengan 4-silinder. Dibangunkan secara inovatif melalui komponen yang diperkemaskan, ia turut dikenali sebagai whisper diesel kerana enjinnya 2 kali ganda lebih senyap daripada enjin diesel lain ketika itu.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 10

Ini dicapai melalui penggunaan bahan penyerap bunyi pada ruangan enjin. Untuk makluman anda, ini merupakan kenderaan pertama di dunia yang mempunyai ciri tersebut 

Enjin diesel ini menghasilkan 72 PS. Pengunaan bahan api pula sangat menakjubkan ketika itu. Oleh itu, ia telah dijual sebanyak 452,806 unit selama sepuluh tahun dalam pengeluaran.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 11

Pada tahun 1984, model 190 E digantikan dengan enjin 2.3 liter yang mempunyai 16 injap. Model ini dilengkapi dengan spoiler di bahagian belakang sebagai varian paling atas. Enjin yang menghasilkan 185 PS ini berupaya memecut 190 E ke 100 km/j dalam masa 7.5 saat sebelum mencapat kelajuan tertinggi pada 230 km/j.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 12

Sebelum ia dilancarkan, tiga prototaip telah dihantar ke Nardo, Italy untuk menguji ketahanan komponen untuk jarak 25,000 km dan 50,000 km. Secara tidak langsung, ujian tersebut mencipta rekod dunia dengan kelajuan purata pada 250 km/j. Rekod ini telah menjadi tunjang kepada pembangunan model 190 E ke dalam arena perlumbaan.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 13

Pada tahun 1985, Mercedes memperkenalkan enjin diesel berkapasiti 2.5 liter dengan 5-silinder pada model 190 D. Ia menghasilkan 90 PS. Kecekapan bahan api masih dikekalkan di samping berupaya mencapai kelajuan maksimum pada 174 km/j.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 14

Enjin 6-silinder yang lebih berkualiti

Pada tahun 1986, Mercedes juga memperkenalkan enjin 2.6 liter dengan 6-silinder pada 190 E. Ia menghasilkan 166 PS dan dipandankan dengan transmisi 5-kelajuan manual. Pecutan dari 0-100 km/j dilakukan dalam 8.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 215 km/j. Untuk membezakan varian 190 E 2.6 ini, Mercedes menggunakan ekzos jenis kembar di bahagian bampar belakang.

Enjin diesel yang berprestasi tinggi

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 15

Pada tahun 1987, syarikat Mercedes-Benz telah mengenakan turbo pada enjin 190 D. Oleh itu, ia menghasilkan 122 PS yang berupaya membuat pecutan ke 100 km/j dalam masa 11.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 192 km/j.

Kemaskini di pertengahan usia

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 16

Pada tahun 1988, model 190 dikemaskini untuk kelihatan moden dalam pasaran. Pada masa yang sama, penyerap impak di bahagian hadapan dan belakang diubahsuai untuk memberikan penyerapan yang lebih baik ketika kemalangan. Spoiler belakang juga diperkenalkan untuk melancarkan aliran udara pada bahagian badan kenderaan.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 17

Di bahagian kabin, ia mengenakan susunan reka bentuk yang lebih ergonomik melalui penambahan ruang lutut dan kepala serta penambahbaikan pada kerusi di bahagian hadapan dan belakang.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 18

Selain itu, Mercedes turut memperkenalkan varian tertinggi iaitu 190 E 2.5 -16. Ia menggantikan enjin 16 injap terdahulu dengan enjin 2.3 liter yang dilengkapi dengan sistem catalytic converter yang menghasilkan 195 PS.

Pada tahun 1988, model 190 D yang dilengkapi turbo telah ditambah dengan teknologi suntikan bahan api dimana model tersebut menyaksikan kenaikan kuasa dari 122 PS ke 126 PS.

Mercedes 190 E 2.5 -16 sebagai kereta lumba DTM

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 19

Mercedes 190 E 2.5 -16 telah menjadi asas kepada kereta sport yang memasuki kejohanan Group A dalam German Touring Car Championship (DTM). Enjin yang sedia ada telah diubahsuai untuk menghasilkan lebih daripada 235 PS.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 20

Pada masa ini, Mercedes-Benz merangkul kejuaraan dalam kategori kumpulan pada tahun 1991 dan 1992. Dalam tahun yang sama, pelumba Klaus Ludwig memegang takhta juara DTM dengan berjenterakan 190 E 2.5 -16 Evolution II yang menyaksikan penambahbaikan dari segi tren kuasa dan komponen pengendalian.

Kemaskini terakhir

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 21

Pada tahun 1991, model 190 dikemaskini untuk kali terahkir dimana sistem brek anti-kunci (ABS) didatangkan pada semua varian.

Pengeluaran Mercedes 190 berakhir pada Ogos 1993. Sebanyak 1,879,629 unit telah terjual sejak debut pertama pada tahun 1982.

Sejarah Mercedes-Benz 190 E – Keunggulan segmen eksekutif kompak era 80-an 22

Angka ini membuktikan usaha Mercedes-Benz dalam mengekalkan identiti sebagai jenama terunggul dalam arena automobil. Pada masa yang sama, kejayaan ini telah menjadi penanda aras dalam pembangunan segmen yang lebih mampu milik di dalam keluarga Mercedes-Benz.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mercedes-Benz AMG C-Class AMG C 43

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda