window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia

Faisal · Dec 5, 2020 06:00 PM

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 01

Zaman 90-an merupakan era kegemilangan Proton. Kita dapat menyaksikan bagaimana Proton mencipta pelbagai model berdasarkan platform Proton Wira seperti Satria, Putra, dan kereta yang kita ingin fokus dalam rencana ini iaitu Arena. Ini adalah cubaan pertama Proton setakat ini untuk mereka sebuah pikap bersaiz kompak.

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 02

Dilancarkan pada tahun 2002, Proton mengubahsuai bahagian penumpang belakang sebuah Wira kepada 'cargobed'. Maka itu, Proton Arena hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 01

Sebagai sebuah pikap, Proton turut mengubah suspensi belakang kepada jenis leaf spring untuk menampung berat muatan dengan lebih baik seperti trak pikap yang lain.

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 02

Selain itu, Proton turut menaik taraf gandar belakang (rear axle) kepada yang lebih kukuh, bar penstabil (stabiliser bar) depan yang lebih baik, cakera brek (brake disc) 14 inci serta dram brek (drum brake) belakang 9 inci. Malah brek belakang ini mempunyai load sensing proportioning valves (LSPV). Di samping itu, Proton Arena turut menerima talaan pengendalian dan keselesaan pemanduan daripada Lotus.

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 03

Proton Arena varian Freestyle

Sewaktu pengeluarannya, Proton Wira versi pikap ini hadir dengan varian Freestyle, Sportdeck dan Fastback. Varian Freestyle mengutamakan penggunaan komersil manakala varian Sportdeck lebih kepada kegunaan peribadi dan perniagaan dimana ia didatangkan dengan bar sukar (sports bar) dan trim badan. Varian Fastback pula adalah untuk pengguna yang mementingkan gaya.

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 04

Proton Arena varian Sportdeck

Menurut Proton, pikap ini boleh membawa muatan di belakang sehingga 645 kg melalui kapasiti kargo yang seluas 800 liter. Walaupun dibina berdasarkan sebuah sedan, Proton Arena mengguna casis ladder frame di bahagian belakang untuk meningkatkan ketahanan dan kekuatan badan.

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 05

Proton Arena varian Fastback

Dari segi tren kuasa, ia menggunakan enjin 1.5L 12 injap 4G15 (89 PS) yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan.

Pasaran eksport

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 06

Apa yang menariknya, Proton Arena sebenarnya jauh lebih laris di luar negara. Dikenali sebagai Proton “Jumbuck”, kereta pikap buatan tempatan ini turut dieksport ke United Kingdom, Taiwan, Australia dan Afrika Selatan. Disebabkan itu, enjin 4G15 pada Proton Arena menggunakan sistem pengurusan enjin EMS 400 untuk menepati piawaian pelepasan karbon Euro 2.

Walau bagaimanapun, Proton Jumbuck agak kekurangan dari segi keselamatan dimana ia tidak hadir dengan beg udara mahupun brek anti-kunci (ABS). Disebabkan itu, Proton Jumbuck hanya diiktiraf sebagai 1 bintang untuk penarafan keselamatan Australasian New Car Assessment Program (ANCAP).

Untuk pengetahuan anda, Proton menghasilkannya seringkas yang mungkin supaya ia tahan lasak dan tidak meragam. Mungkin Proton ingin mengutamakan aspek kepenggunaan sebuah pikap komersil sehingga pelbagai kelengkapan tidak didatangkan.

Konklusi

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 07

Pada tahun 2009, Proton berhasrat untuk menghentikan pengeluarannya. Walau bagaimanapun, Proton Arena masih popular di United Kingdom. 80% daripada jumlah Proton Jumbuck yang dijual di negara itu masih lagi berada di atas jalan raya.

Sejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia 08

Maka itu, tidak disangkal lagi bahawa keputusan Proton untuk mengeksport Proton Arena ke luar negara adalah wajar. Walaupun tidak begitu laris di Malaysia, usaha Proton untuk menghasilkan sebuah pikap ringkas yang bersaiz kompak sangat dikagumi memandangkan rakyat Malaysia sering bergantung kepada Toyota Hilux yang bersaiz lebih besar.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda