Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang

Faisal · Jan 24, 2021 12:00 PM

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 01

Nama “Harrier” cukup glamor di Malaysia. Sewaktu SUV ini diperkenalkan di pasaran kita (oleh pengimport), ramai pihak yang tertawan dengan konsep SUV keluarga yang premium tetapi dengan kebolehpercayaan Toyota. Kebiasaannya, tugas untuk menghasilkan sesuatu yang mewah seperti ini diserahkan kepada Lexus. Uniknya, Toyota lahir dengan idea untuk menghasilkan sebuah SUV kelas premium. Maka itu, terciptalah Toyota Harrier.

Generasi pertama – (XU10, 1997 – 2003)

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 02

Toyota Harrier generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1997. Dari segi tren kuasa, ia hadir dengan pilihan enjin 2.2L 4 silinder (140 PS, 191 Nm tork) dan enjin 3.0L V6 (220 PS, 304 Nm tork). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Menariknya, sesetengah varian hadir dengan Sports-Steer Shiftmatic dimana pemandu boleh mengawal pilihan gear tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 03

Apa yang lebih unik ialah teknologi Active Control Engine Mount yang khusus untuk varian 3.0L. Hasilnya, Toyota Harrier dianggap sebagai kereta pertama di dunia yang mempunyai teknologi sebegitu. Antara ciri tambahan yang hadir pada Toyota Harrier generasi pertama ialah Limited Slip Differential (LSD), sistem bunyi JBL, Traction Control System (TCS), dan lampu Bi-Xenon.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 04

Oleh kerana SUV ini cukup mewah, Toyota Harrier turut diperkenalkan sebagai Lexus RX. Secara keseluruhan, Toyota Harrier generasi pertama cukup berjaya sehinggakan jenama premium seperti BMW menghasilkan interpretasi SUV mewah mereka sendiri iaitu BMW X5.

Generasi kedua – (XU30, 2003 – 2013)

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 05

Toyota Harrier generasi kedua diperkenalkan pada tahun 2003 bagi mengekalkan momentum yang dibawa oleh generasi yang pertama. Kali ini, enjin 2.2L yang terdahulu digantikan dengan enjin 2.4L (160 PS, 221 Nm tork). Transmisi automatik 4 kelajuan yang dipadankan pada enjin 3.0L pula digantikan dengan 5 kelajuan. Pada masa yang sama, kedua-dua enjin hadir dengan mod pemanduan manual yang dikawal oleh tombol gear +/-.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 06

Pada tahun 2005, varian hibrid diperkenalkan dimana ia menggunakan enjin 3.3L V6 yang menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 272 PS.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 07

Bergantung pada varian, Toyota Harrier generasi kedua menampilkan beberapa ciri yang baru. Antaranya ialah kamera depan dan sisi, Adaptive Front-lighting System (AFS), Pre-Crash Safety, Radar Cruise Control, Vehicle Stability Control (VSC), moonroof, suspensi udara, pintu but elektronik, dan pengelap cermin automatik. Menariknya, ciri lampu adaptif (AFS) serta kamera sisi dan depan adalah yang pertama di dunia.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 08

Sebelum Toyota Harrier generasi kedua beransur ke Malaysia, Nissan Murano telahpun diperkenalkan. Sebagai model rasmi, Nissan Murano datang dengan sokongan selepas jualan yang lebih baik. Tetapi disebabkan oleh reputasi yang kuat, sambutan buat Toyota Harrier generasi kedua tidak terjejas sama sekali.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 09

Mengenai Lexus RX untuk generasi ini, ia hanya dikeluarkan sehingga tahun 2008 sahaja kerana Toyota berhasrat untuk mula membangunkannya secara berasingan.

Generasi ketiga – (XU60, 2013 – 2020)

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 10

Toyota Harrier generasi ketiga diperkenalkan pada tahun 2013 dimana ia menampilkan pembaharuan yang cukup ketara. Dikeluarkan pada zaman yang serba moden, pembeli ditawarkan dengan pilihan enjin 2.0L aspirasi natural (151 PS, 195 Nm tork) dan enjin 2.5L hibrid (197 PS). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 11

Bergantung pada varian, ciri baru yang hadir pada Toyota Harrier generasi ketiga ialah pengecas telefon tanpa wayar, penyaman udara Panasonic nanoe, cermin anti-sepit, dan kamera 360-darjah Panoramic View Monitor.

Di samping itu, Toyota Harrier generasi ketiga menampilkan sistem bantuan keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) dimana ia merangkumi ciri seperti:

  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Pre-collision System (PCS)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 12

Di Malaysia, Toyota Harrier generasi ini diperkenalkan sebagai model rasmi buat kali pertama pada tahun 2017. Menariknya, Toyota Malaysia memilih untuk melancarkan model facelift terus dimana ia menggunakan enjin 2.0L turbo (231 PS, 350 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Di samping itu, model facelift datang dengan brek parkir jenis elektronik.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 13

Untuk pengetahuan anda, Toyota Harrier generasi ketiga berkongsi platform dan enjin turbo yang sama dengan Lexus NX.

Generasi keempat – (XU80, 2020 – sekarang)

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 14

Toyota Harrier generasi terkini dibangunkan berasaskan platform TNGA dimana ia dilengkapi dengan enjin Dynamic Force yang berkapasiti 2.0L (171 PS, 207 Nm tork) dan 2.5L hibrid (218 PS). Menariknya, lencana Harrier yang menghiasi bahagian gril sejak generasi pertama telah digantikan dengan lambang Toyota.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 15

Antara ciri baru yang hadir pada Toyota Harrier generasi keempat ialah sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, bumbung suria dengan pelaras kecerahan, dan Digital Inner Mirror dimana cermin pandangan belakang boleh memaparkan imej secara digital.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 16

Selain itu, teknologi ini bersambung dengan kamera depan dan belakang dimana ia boleh merekod pengguna jalan raya yang lain seperti perakam DVR.

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 17

Toyota Harrier terbaru ini dikhabarkan tiba secara rasmi di Malaysia pada separuh pertama tahun 2021.

Konklusi

Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang 18

Tidak mengira generasi mana sekalipun, nama “Harrier” cukup dihormati di kalangan segmen yang lebih mewah. Malah ia telah menjadi sumber inspirasi buat industri dalam menghasilkan SUV yang lebih berkualiti pada hari ini. Dengan generasi baru yang cukup mempesonakan, legasi yang dicorakkan oleh Toyota terhadap model Harrier cukup mengagumkan.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Harrier

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru