window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV

Faisal · Jun 12, 2021 12:00 PM

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 01

4X4 seringkali dilihat sebagai sebuah kereta yang lebih sasa. Imej yang ditonjolkan juga nampak lebih tegap dan lasak. Tetapi dalam banyak-banyak 4X4, tiada satupun yang boleh capai tahap kredibiliti setinggi Toyota Land Cruiser.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 02

Malah, jentera 4X4 yang cukup disegani ini sering menjadi penanda aras buat pesaing-pesaing besar seperti Land Rover dan juga Mercedes-Benz G-Class. Secara umumnya, menghasilkan kereta yang berkebolehan tinggi, tahan lasak, dan berkarisma bukanlah sesuatu yang mudah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 01

Uniknya, Toyota Land Cruiser hanya bermula dari sebuah jip yang ringkas sahaja. Tetapi permulaan yang rendah hati inilah yang telah mencorakkan kekuatan yang dimiliki oleh Land Cruiser sehinga ke hari ini.

Toyota Jeep (BJ) – 1951

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 02

Sewaktu tentera Jepun tawan Filipina pada tahun 1941, mereka terjumpa sebuah jip Amerika dan berhasrat untuk membawanya pulang ke tanah air. Disebabkan terlalu bagus, kerajaan Jepun telah mengarahkan Toyota untuk menghasilkan trak ringan yang serupa untuk kegunaan ketenteraan.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 03

Maka itu, terhasillah Toyota AK10. Ia dikuasakan oleh enjin Type C 2.3L 4 silinder dari Toyota AE sedan. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual 3 kelajuan serta 2 gear rendah. Kemudian pada tahun 1951, Toyota Jeep BJ diperkenalkan untuk kegunaan pasukan pertahanan Jepun seperti polis dan ketenteraan.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 04

Menariknya, jentera ini menggunakan casis trak kecil Model SB tetapi ditambah dengan pacuan empat roda. Dari segi teknikal, ia dikuasakan oleh enjin petrol Type B 3.4L 6 silinder sebaris (85 PS, 215 Nm tork) yang mana ia digunakan juga pada kereta Model AA dan Model AC ketika itu.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 05

Walaupun enjin Toyota Jeep BJ ini gagah, ia tidak mempunyai gear rendah. DIsebabkan itu, pasukan pertahanan Jepun memilih Mitsubishi Jeep (dilesenkan oleh Jeep). Lagipun, Jeep mempunyai rekod yang baik. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, Toyota Jeep BJ ditukar untuk kegunaan ramai yang mana ia masuk ke produksi besar pada tahun 1953.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 06

Oleh kerana karakter yang bersahaja walaupun pada permukaan yang mencabar, Toyota berhasrat untuk tukar nama Jeep BJ kepada Land Cruiser.

Land Cruiser 20 – 1955

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 07

Land Cruiser pertama ini memaparkan unsur yang lebih sesuai untuk kegunaan ramai. Untuk itu, ia hadir dengan pilihan jarak roda 2,285 mm, 2,430 mm, dan 2,650 mm. Di samping itu, suspensi jenis leaf spring yang terdahulu ditala semula supaya lebih selesa.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 08

Selain enjin 3.4L yang sama, Land Cruiser 20 turut datang dengan enjin Type F 6 silinder sebaris berkapasiti 3.9L (125 PS). Antara pembaharuan lain ialah kehadiran pacuan roda belakang (untuk rondaan polis) dan gear rendah 1 kelajuan yang khusus untuk model berpacuan empat roda.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 09

Dari segi pilihan, Land Cruiser 20 hadir dengan badan jenis trak pikap, station wagon berpintu empat, dan bumbung jenis softtop dan hardtop.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 10

Dengan reputasi tahan lasak yang begitu cemerlang, Land Cruiser 20 telah menjadi senjata buat strategi eksport Toyota. Disebabkan itu, Land Cruiser mula dieksport besar-besaran ke Amerika Utara dan pasaran luar negara yang lain.

Land Cruiser 40 – 1960

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 11

Land Cruiser yang dikenali sebagai FJ40 ini menampilkan pembaharuan yang membentuk sebuah ikon. Dari segi visual, Land Cruiser 40 tampil dengan gaya yang lebih bersudut, bumbung berwarna putih, dan overhang yang pendek.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 12

Kalau anda nak tahu, inilah Land Cruiser pertama yang datang dengan gear rendah 2 kelajuan. Menariknya pada tahun 1965, Land Cruiser 40 dijulang sebagai kereta Toyota paling laris di Amerika.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 13

Pada tahun 1973, enjin diesel Type H berkapasiti 3.6L 6 silinder sebaris pula diperkenalkan. Tahun seterusnya, Land Cruiser 40 mendatangkan pilihan enjin diesel berkapasiti 3.0L 4 silinder untuk kadar cukai yang lebih rendah.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 14

Oleh kerana sambutan yang baik, keluaran generasi ini diteruskan sehingga ke tahun 1983.

Land Cruiser 55 (Station Wagon) – 1967

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 15

Sekitar tahun 60-an, pembeli mula menggemari kereta pacuan 4 roda yang lebih peribadi dan praktikal. Disebabkan itu, varian wagon yang ada sejak Land Cruiser generasi 20 dipecahkan kepada siri Station Wagon pada tahun 1967. Maka itu, bermulalah keluaran Land Cruiser 55 yang mana ia hadir dengan jarak roda yang lebih panjang dan reka bentuk yang unik. Land Cruiser yang ada sejak awal pula dikategorikan sebagai siri Heavy Duty.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 16

Pada tahun 1969, enjin 3.9L yang ada selama ini dinaikkan ke 130 PS. Apapun, ia kekal dengan transmisi 4 kelajuan manual serta gear rendah 2 kelajuan.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 17

Kemudiannya, enjin 4.2L 6 silinder sebaris (135 PS) dengan transmisi manual 4 kelajuan diperkenalkan pada tahun 1975 untuk menepati piawaian kadar pelepasan yang semakin ketat. Di tahun yang sama, Land Cruiser 40 juga diperbaharui dengan trenkuasa ini.

Land Cruiser 60 (Station Wagon) – 1980

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 18

Siri Station Wagon untuk Land Cruiser beransur ke generasi seterusnya dengan gaya yang lebih moden. Sebagai generasi baru, ia hadir dengan pilihan enjin 3.4L diesel 4 silinder. Selain itu, kerusi depan jenis bangku yang datang pada generasi-generasi sebelumnya digantikan dengan kerusi individu untuk sokongan postur yang lebih baik. Namun begitu, kapasiti penumpang perlu dikurangkan dari 6 kepada 5.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 19

Kalau anda nak tahu, inilah Land Cruiser pertama yang datang standard dengan penyaman udara, stereng kuasa, dan kerusi fabrik.

Pada tahun 1988, Land Cruiser 60 diperbaharui dengan pilihan enjin diesel dan petrol berkapasiti 4.0L 6 silinder sebaris (155 PS).

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 20

Tidak cukup dengan itu, varian yang dilengkapkan dengan pengecas turbo, EFI, transmisi automatik, dan sistem kunci differential juga turut hadir di tahun kemudian.

Land Cruiser 70 – 1984

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 21

Land Cruiser siri Heavy Duty mendatangkan generasi seterusnya pada tahun 1984 yang mana ia tampil dengan gaya baru dan cermin yang lebih bersudut. Bagi menampung keperluan yang lebih pelbagai, Land Cruiser 70 ditawarkan dengan 5 pilihan jarak roda (2,310 mm – 3,180 mm).

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 22

Pada tahun 1999, suspensi leaf spring yang diguna pada gandar depan digantikan dengan coil spring untuk peningkatan tahap keselesaan kenderaan.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 23

Sumber kuasa untuk Land Cruiser 70 terdiri dari enjin diesel dan petrol melalui pilihan 4 ataupun 6 silinder. Unik untuk kali ini ialah tawaran enjin V8 diesel berkapasiti 4.5L.

Land Cruiser 70 (Light Duty) - 1985

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 24

Selain kegunaan lasak dan berat, Land Cruiser juga sering digunakan untuk tujuan santai yang mana pengguna lebih mementingkan aspek keselesaan dan gaya. Untuk itu, siri baru iaitu Light Duty diperkenalkan ke pasaran pada tahun 1985.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 25

Menariknya, ia datang dengan enjin diesel 2.4L berpengecas turbo untuk prestasi pemanduan yang menakjubkan. Selain itu, Land Cruiser 70 Light Duty dilengkapkan dengan suspensi coil spring yang lebih moden dan kerusi belakang yang lebih sedap.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 26

Tidak cukup dengan itu, bahagian dalamnya juga menerapkan unsur trim seperti kereta konvensional.

Land Cruiser 80 (Station Wagon) – 1989

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 27

Siri Station Wagon untuk Land Cruiser bersinambung pada generasi baru dengan pembaharuan yang mana ia boleh memuatkan 8 orang sekaligus. Selari dengan teknologi baru, Land Cruiser 80 yang digelar sebagai 'Ninja Turtle' ini datang dengan suspensi coil spring yang lebih selesa. Malah, varian yang lebih atas turut hadir dengan sistem pacuan 4 roda sepenuh masa dan differential tengah yang boleh dikunci.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 28

Disebabkan pasaran besar yang semakin kompetitif, gaya, spesifikasi, dan kelengkapan juga dinaik taraf sehingga ia dianggap sebagai sebuah SUV yang mewah.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 29

Pada mulanya, Land Cruiser 80 didatangkan dengan enjin petrol 6 silinder sebaris. Tetapi pada tahun 1992, ia digantikan dengan enjin 24 injap 4.5L 6 silinder sebaris (215 PS, 373 Nm tork).

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 30

Dengan adanya ciri seperti kerusi kulit elektronik dan sistem audio canggih, Land Cruiser 80 telah menjadi asas buat Lexus LX, iaitu SUV pertama buat jenama mewah Toyota.

Land Cruiser Prado 70 (Light Duty) – 1990

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 31

Siri Light Duty kali ini diperbaharui dengan penambahan varian 5 pintu dan penggunaan nama Land Cruiser Prado. Untuk pengetahuan anda, nama ini dirasmikan untuk menyaingi Mitsubishi Pajero yang hangat di pasaran ketika itu.

Unik untuk varian 5 pintu juga ialah konfigurasi 3 baris tempat duduk yang boleh memuatkan 8 orang sekaligus.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 32

Pada mulanya, Land Cruiser Prado 70 dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4L 4 silinder SOHC (97 PS). Pada tahun 1993, ia digantikan dengan enjin 3.0L turbodiesel 4 silinder (130 PS). Pilihan transmisi yang ditawarkan pula ialah manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 33

Sebagai Land Cruiser yang khas untuk kegunaan aktif, ia kekal dengan sistem pacuan 4 roda separuh masa tetapi gear rendah 2 kelajuan tetap didatangkan.

Land Cruiser Prado 90 (Light Duty) – 1996

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 34

Land Cruiser Prado yang seterusnya ini meletakkan fokus kepada kenderaan 4WD untuk keluarga.  Kali ini, model berpintu 3 nampak lebih sporty, manakala model yang berpintu 5 tampil dengan unsur yang lebih ranggi.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 35

Untuk generasi ini, Land Cruiser Prado dilengkapkan dengan pacuan 4 roda sepenuh masa. Suspensinya pula adalah sama dengan Hilux Surf yang mana bahagian depan menggunakan independent double wishbone dengan sistem coil spring. Bahagian belakang pula datang dengan lateral rod.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 36

Dari segi trenkuasa, Land Cruiser Prado 90 beransur dengan enjin 3.0L turbodiesel tetapi dinaikkan ke 140 PS. Pilihan yang baru termasuklah enjin petrol 3.4L V6 DOHC (185 PS).

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 37

Pada tahun 1997, enjin petrol 2.7L 4 silinder DOHC (150 PS) turut ditawarkan. Kemudian pada tahun 2000, enjin 3.0L common rail diesel 1KD-FTV (170 PS) diperkenalkan bagi menggantikan enjin turbodiesel yang ada sebelumnya.

Land Cruiser 100 (Station Wagon) – 1998

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 38

Siri Station Wagon diperbaharui dengan Land Cruiser 100 bagi menggantikan Land Cruiser 80 yang terdahulu. Generasi yang dikenali sebagai 'Ninja King' ini menaikkan imej Land Cruiser sebagai sebuah 4X4 yang mewah dengan peningkatan saiz yang ketara.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 39

Disebabkan itu, standard trenkuasanya ditawarkan sehingga ke enjin 32 injap 4.7L V8 DOHC (235 PS, ditingkatkan ke 275 PS pada tahun 2006). Pada awalnya, ia dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan ECT-i tetapi pada tahun 2002, ia digantikan dengan 5 kelajuan.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 40

Untuk kali ini, suspensi depan jenis rigid axle yang ada pada Land Cruiser 80 terdahulu digantikan dengan independent double wishbone dan sistem spring torsion bar. Uniknya, inilah Land Cruiser pertama yang datang dengan sistem night vision dan suspensi udara yang mana Toyota memanggilnya sebagai Electronic Modulated Suspension (TEMS). Ia berfungsi sekali dengan Active Height Control (AHC).

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 41

Kalau anda nak tahu, generasi inilah yang memakai nama Cygnus yang mana ia sering menjadi sebutan ramai. Land Cruiser 100 juga menjadi asas buat Lexus LX generasi kedua.

Land Cruiser Prado 120 (Light Duty) – 2002

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 42

Memasuki alaf baru, Land Cruiser Prado menerima generasi seterusnya dengan casis yang lebih kukuh. Bercakap mengenai baru, Land Cruiser Prado 120 turut dilengkapkan dengan Torsen Limited Slip Differential yang moden untuk prestasi atas jalan dan offroad yang mantap.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 43

Antara teknologi baru yang ada ialah Active Traction Control System (ATRC) dan suspensi udara TEMS di belakang.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 44

Pilhan trenkuasa untuk Land Cruiser Prado 120 termasuklah enjin petrol V6 3.4L dan 2.7L serta enjin 3.0L intercooler diesel yang ada pada generasi sebelum ini.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 45

Menariknya, model ini turut menjadi asas buat Lexus GX generasi pertama.

Land Cruise 70 – 2007

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 46

Disebabkan permintaan yang tinggi buat Land Cruiser convensional yang serba lasak, generasi 70 yang dikeluarkan sejak tahun 1984 menerima pembaharuan yang begitu ketara pada tahun 2007.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 47

Antaranya seperti wajah depan dan papan pemuka yang jauh lebih moden tetapi bahagian tiang A sampai ke belakang masih kekal seperti dahulu. Disebabkan Toyota ingin muatkan enjin V8 turbodiesel, ukuran lebar pada bahagian depan juga dinaikkan sebanyak 80 mm.

Land Cruiser 200 (Station Wagon) – 2007

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 48

Di tahun yang sama, Land Cruiser siri Station Wagon turut diperbaharui. Untuk kali ini, enjin 4.7L V8 beransur dengan teknologi VVT-i yang mana ia menambah kuasa sebanyak 53 PS. Antara ciri baru yang membuat debut pada Land Cruiser yang dikenali sebagai 'Super King' ini ialah ciri CRAWL yang mana ia mengekalkan kelajuan rendah sewaktu melalui permukaan tidak rata ataupun curam. Selain itu, Torsen LSD juga didatangkan buat kali pertama.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 49

Apa yang lebih menarik ialah pilihan enjin petrol 5.7L V8 (386 PS, 544 Nm tork) yang mana ia turut didatangkan pada kembarnya iaitu Lexus LX generasi ketiga.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 50

Untuk model facelift, enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Di samping itu, Land Cruiser 200 juga ditawarkan dengan pilihan enjin diesel 4.5L V8 (235 PS, 650 Nm tork).

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 51

Sepanjang pengeluarannya sampai ke hari ini, Land Cruiser 200 telah menerima beberapa pembaharuan dari segi penampilan, ciri, dan kelengkapan.

Land Cruiser Prado 150 (Light Duty) – 2009

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 52

Land Cruiser Prado beransur pada generasi terkini dengan peningkatan dari segi penggunaan elektronik dan enjin yang lebih bertenaga. Antara sumber kuasa yang baru ialah enjin petrol 4.0L V6 (281 PS, 381 Nm tork) dan enjin 2.8L turbodiesel (177 PS, 450 Nm tork), unit yang sama pada Hilux Rogue.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 53

Selain gaya yang baru, ia turut mendatangkan teknologi 4WD Toyota yang moden seperti Crawl Control System dan Multi-terrain Select System.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 54

Dengan arus pemodenan yang berkembang begitu pesat, Land Cruiser Prado 150 turut diperbaharui dengan ciri, gaya, dan kelengkapan yang seiring dengan zaman sekarang.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 55

Menariknya, Land Cruiser Prado 150 turut menjadi asas kepada Lexus GX generasi kedua.

FJ Cruiser – 2010

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 56

Toyota FJ Cruiser terhasil oleh cetusan idea Toyota untuk mencipta sebuah 4X4 yang unik. Model ini diinspirasikan oleh legenda Land Cruiser generasi FJ40 yang cukup hangat di tahun 60-an. Disebabkan Land Cruiser telah menjadi begitu mewah, peminat offroad yang tegar seringkali menganggap FJ Cruiser sebagai sebuah jentera 4X4 yang mutlak.

Juga bacaToyota FJ Cruiser - digilai di Borneo dan seluruh dunia, 10 sebab kenapa anda patut beli!

Land Cruiser 300 (Station Wagon) - 2021

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 57

Setelah 14 tahun beransur, sudah tiba masanya untuk Land Cruiser digantikan dengan generasi baru. Dua hari lepas, Land Cruiser 300 telahpun membuat debut global. Raja segala 4X4 ini hadir dengan platform serba baru yang dikenali sebagai TNGA-F tetapi kekal dengan casis ladder frame untuk kegunaan yang lasak. 

Juga baca: Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 58

Selain gaya yang jauh lebih moden, Land Cruiser 300 turut mendatangkan ciri bantuan keselamatan ADAS Toyota Safety Sense yang paling terkini. Menariknya, SUV ini hadir dengan Electronic Kinetic Dynamic Suspension System yang mana ia adalah yang pertama di dunia. Antara ciri baru yang didatangkan ialah Mutli Terrain Monitor dan push start button dengan pengesan cap jari.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 59

Dari segi trenkuasa, Land Cruiser 300 hanya dilengkapkan dengan enjin turbo V6 untuk keutamaan mesra alam yang mana ia semakin ketat. Oleh itu, bapa segala SUV ini menggunakan enjin petrol 3.5L V6 twin-turbo (415 PS, 650 Nm tork) ataupun enjin 3.3L V6 twin-turbodiesel (309 PS, 700 Nm tork). Kedua-dua sumber tenaga dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Konklusi

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 60

Sebagai model tertua dalam barisan Toyota, Land Cruiser telah buktikan bahawa ia boleh kekal relevan sepanjang zaman. Sepanjang keluarannya, industri telah berubah ke arah kereta lebih rendah (sedan & sportscar) sehinggalah ke lebih tinggi semula (SUV) yang mana ia begitu diminati oleh pasaran sekarang.

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 61

Dengan jualan mencecah 10 juta unit sejak keluaran pertama, Toyota Land Cruiser telah menjadi contoh industri untuk kekal gagah di persada dunia.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda