window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50!

Haris · Dec 23, 2020 06:00 PM

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 01

Geely Dihao GL

Geely dilaporkan sudah memulakan perancangan awal untuk membangunkan sebuah lagi sedan berdasarkan platform BMA.

Model yang dipanggil Geely SS11 tersebut bakal menjadi model sedan segmen B terbaru untuk Geely, menggantikan sedan dalam kelas yang sama, misalnya Geely Dihao.

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 02

Geely Emgrand

Kedua-dua model tersebut masih dijual menggunakan platform yang lama. Platform BMA adalah platform pembangunan kerjasama Volvo-Geely. Ia pertama kali digunakan pada sedan Geely Bin Rui dan SUV Geely Binyue / Proton X50.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 01

Geely Bin Rui / Binray

Platform BMA mampu menggalakkan hampir 70% persamaan dalam penggunaan komponen dan alatan. Angka ini penting dalam usaha mengurangkan kos antara pengeluar.

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 02

Enjin yang boleh dimuatkan dalam platform BMA adalah pilihan dari enjin berkapasiti 1.0 liter, 1.4 liter dan 1.5 liter.

Saiz model yang boleh dibangunkan dengan platform BMA pula adalah seperti berikut:

  • Jarak antara roda: 2,550 - 2,700 mm
  • Lebar antara tayar: 1,500 - 1,600 mm

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 03

Sebelum ini, laporan Reuters mendakwa Proton bakal menggunakan platform daripada Geely. Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak memberi tahu sama ada platform tersebut adalah platform CMA atau BMA.

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 04

Proton, Geely dan Volvo terlibat dalam pembangunan kenderaan secara 3 hala. Proton juga ada membangunkan model keluaran sendiri yang bukan rebadge. Malah, Proton X50 dan Proton X70 juga menjalani pandu uji yang panjang sebelum dilancarkan. Proton lebih banyak menerima pemindahan teknologi dan pengetahuan daripada Geely.

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 05

Barisan model popular PIES (Persona, Iriz, Exora, Saga) bakal menerima manfaat paling besar hasil daripada penggunaan platform BMA. Sekurang-kurangnya 2 model tersebut dapat memanfaatkan platform BMA.

Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50! 06

Rebiu kami terhadap Proton X50 mendapati ruang pada bahagian kaki sangat memuaskan. Pemanduan juga sangat memuaskan, apatah lagi dengan enjin baru 1.5 liter Turbo TGDi. Mampukah sedan dengan platform BMA mempunyai ciri seperti ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda