window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik

Mersita · Oct 29, 2020 02:00 PM

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 01

Anda baru nak belajar memandu kereta? Nak lepas ujian amali memandu bukan senang, walaupun untuk lesen kereta auto! Kalau anda langsung tak ada pengalaman atau ‘zero’ dalam pemanduan kereta, teruskan membaca. Kami nak kongsi tips berguna dan cara yang betul untuk memandu kereta automatik.

Bagi yang dah pandai memandu - belum ada atau dah ada lesen - pun boleh belajar serba-sedikit tentang langkah-langkah yang boleh diambil ketika memandu di jalan rata, lebuhraya, naik bukit atau turun bukit. Tips ekstra ada disediakan di hujung artikel ini. Semoga bermanfaat!

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 02

Apakah perbezaan antara kereta manual dan kereta auto?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Manual dan automatik adalah jenis transmisi kereta. Transmisi ini pula (gear kereta) mengawal kuasa yang memacu tayar dari enjin. Transmisi manual secara amnya memerlukan pemandu mengalih sendiri gear dari gear 1 (dari keadaan pegun untuk menggerakkan kereta) hingga ke gear 5 (kelajuan tinggi) – membuatkannya lebih sukar untuk dikuasai kerana banyak proses dan teknik yang perlu dipelajari, contohnya mengawal pedal klac. Kereta manual ada 3 pedal – kiri sekali ialah pedal klac, tengah-tengah pedal brek, dan kanan sekali pedal pecutan.

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 01

Transmisi automatik pula lebih mudah kerana pemandu tak perlu gunakan klac dan mengalih sendiri gear 1 dan seterusnya. Gear D4 adalah yang paling kerap digunakan dan jarang sekali pemandu perlu beralih ke gear D2 dan D3 atau L1 dan L2 pada sesetengah kereta. Kereta auto ada 2 pedal saja – kiri kosong, tengah-tengah pedal brek, dan kanan sekali pedal pecutan.

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 02

Gear mana yang perlu saya gunakan apabila hendak memulakan perjalanan dari tempat parkir dan seterusnya?

Bagi memulakan perjalanan dengan kereta auto, langkah-langkahnya adalah:

1. Hidupkan enjin (gear sudah berada pada P, brek tangan aktif).

2. Tunggu enjin ‘warm-up’ seketika (disarankan).

3. Pijak pedal brek dan tahan sampai selesai langkah 6.

4. Tekan butang tombol, alih dari gear P ke D4 dengan berhati-hati. Kalau tersekat, jangan sentap. Tekan tombol gear, main pedal brek dan gerakkan sikit stereng sampai tombol lepas.

5. Turunkan brek tangan.

6. Kalau keluar parking, pusing stereng kearah keluar parking.

7. Lepaskan pedal brek kaki dan kereta akan bergerak sendiri sebab dah masuk gear Drive (D).

8. Tekan pedal pacuan/pecut untuk menambah kelajuan dan boleh dilepaskan untuk hentikan pacuan dan perlahankan kenderaan. Kawalan akan kami jelaskan di bawah.

Ujian memandu naik bukit untuk kereta auto

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 03

Sumber

Ujian amali mendaki bukit perlu dijalankan oleh pemandu kereta manual dan auto. Bagi lesen kereta auto, permulaan ujian ini sama saja – pandu lurus semasa mendaki, berhenti di atas garisan kuning, dan selarikan cermin sisi dengan tiang penanda. Tekan brek, berhenti, tarik brek tangan dan alih ke gear N.

Untuk bergerak, pemandu kereta auto prosesnya mudah saja. Pijak brek kaki, alih ke gear D4, lepaskan brek kaki dan brek tangan. Memandangkan kereta auto akan bergerak ke hadapan di jalan rata apabila gear D diaktifkan, pemandu hanya perlu perlahan-lahan menekan pedal pecutan dengan tekanan perlahan dan sekata untuk melepasi ujian ini. Kereta tidak akan terundur ke belakang di bukit melainkan pemandu termasuk ke gear N dan melepaskan kedua-dua brek.

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 04

Jangan terburu-buru. Lepas kedua-dua brek ini dan baru tekan pedal pemecut

Yang penting, jangan cemas. Kesilapan pemandu mentah selalunya disebabkan oleh rasa gemuruh dan kelam-kabut. Tenang-tenang saja!

Bagaimana nak kawal pecutan kereta auto dan membelok di simpang?

Dengan kereta manual, pemandu perlu tekan klac dan alih ke gear rendah apabila terhenti atau perlahan semasa membelok di simpang. Bagi kereta auto pula, pemandu cuma perlu lepaskan pedal pecutan dan tekan brek untuk perlahankan kenderaan.

Ramai yang gagal dalam ujian praktikal di sekolah memandu apabila melalui ujian laluan selekoh Z. Ujian ini penting kerana bagi pemandu yang tidak berpengalaman, kesilapan paling kerap ialah mereka tidak pandai mengawal kelajuan dan menekan/melepaskan pedal pecutan dengan betul. Ada juga yang sering lupa untuk menekan brek pada masanya.

Cuma pijak pedal pecutan dengan tekanan minima untuk tambah kelajuan, lepaskan pedal dan pijak pedal brek dengan tekanan beransur-ansur, berhenti dan pusing stereng untuk masuk simpang. Tekan pedal pecutan dengan tekanan beransur-ansur dan gerakkan kereta kearah laluan masuk simpang. Ulang sehingga habis laluan selekoh Z. Nak gambaran lebih jelas? Tonton video di bawah.

Tips Ekstra

Bagaimana pula cara memandu kereta auto semasa turun bukit?

Walaupun tidak diuji secara amali di sekolah memandu, tip ini bagus untuk pemandu walaupun yang baru saja belajar ataupun yang dah lama. Teknik tepat untuk memandu turun bukit ialah kekalkan gear di D3 atau lebih rendah, kawal pecutan (tekanan pada pedal harus dijaga), dan main pedal brek. Salah satu perkara yang mengawal pecutan kereta ialah ‘engine braking’ yang akan akan berfungsi dengan lebih baik pada gear rendah.

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 05

Anda akan rasa kereta perlahan atau memberat dan enjin menderum sedikit – ini bunyi ‘engine braking’ sedang bekerja. Kawal pecutan laju turun bukit dengan kerap melepaskan pedal pecutan dan tekan brek pada masa yang sepatutnya. Main pedal brek dengan melakukan ‘brake tapping’ supaya anda tidak menjejaskan sistem brek kereta.

Bila gear rendah (D2 dan D3) perlu digunakan dalam kereta auto?

Gear-gear rendah ini cuma diperlukan apabila nak ‘meringankan’ pacuan seperti memotong kenderaan dan mendaki jalan curam. Anda akan perasan RPM (rev per minute) naik apabila enjin berusaha untuk mendaki dalam gear rendah.

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 06

Gear D3 dan D2 digunakan untuk jalan curam dan singkat. Apabila kereta berada pada gear D3, kereta akan bergerak dengan gear D2 dan naik ke D3. Pacuan anda akan lebih ringan, lebih berkuasa dan lancar. Gunakan D2 untuk keadaan yang betul-betul mencabar dan jika anda perlukan lebih kuasa pecutan di jalan yang sangat curam dan singkat. Jarang sekali gear D2 digunakan.

Anda perlu beralih ke gear lebih tinggi jika jalan sudah rata sedikit, enjin mengaum bising dan kelajuan tidak naik bila dipacu. Hati-hati dengan peralihan gear ini dan gunakan gear yang sesuai. 80-90 peratus masa memandu cuma perlu gear D4 kerana gear akan naik sendiri dari D2, D3 dan seterusnya D4 untuk peluncuran lebih laju.

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik 07

Dah dapat lesen? Tahniah!

Kesimpulan

Kebolehan memandu dengan baik bukan saja tentang teknik, tapi kebolehan membuat keputusan yang bagus ketika memandu. Cuba buang rasa gemuruh dan elakkan dari terburu-buru. Mengenali fungsi-fungsi kelengkapan dalam kereta seperti transmisi, ABS dan macam-macam lagi akan membantu anda di jalanraya sebenar kelak. Kami ada banyak tip-tip penggunaan fungsi kereta, ikuti kami untuk lebih banyak info berguna. Selamat maju jaya!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda