window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sektor pembinaan memang TAK LAYAK dapat subsidi diesel sejak dahulu lagi - KPDN

Faisal · Jun 12, 2024 01:10 PM

Sektor pembinaan memang TAK LAYAK dapat subsidi diesel sejak dahulu lagi - KPDN 01

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali dari laporan Free Malaysia Today, sektor pembinaan sememangnya tidak layak menikmati subsidi diesel sejak dahulu lagi.

Kalau anda nak tahu, beliau menegaskan bahawa kelompok itu tidak dapat menikmati subsidi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menyebabkan diesel naik kepada RM 3.35 seliter daripada RM 2.15 seliter.

Sektor pembinaan memang TAK LAYAK dapat subsidi diesel sejak dahulu lagi - KPDN 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah menurut Armizan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyiasat tindakan pemain industri pembinaan yang dilaporkan bahawa syarikat penunda kenderaan dan pengeluar konkrit akan menaikkan harga perkhidmatan.

Ulas beliau lagi, “Ini termasuk siasatan kemungkinan mereka mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini".

Sektor pembinaan memang TAK LAYAK dapat subsidi diesel sejak dahulu lagi - KPDN 01

Berdasarkan sumber FMT, setakat ini, sekurang-kurangnya dua pengeluar konkrit, DPG Readymix Sdn Bhd dan LCS Marketing Sdn Bhd telah mengesahkan kenaikan harga perkhidmatan selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Jelas Armizan, “KPDN akan membuat siasatan segera meliputi dua aspek iaitu bagi sektor yang tiada dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan di bawah SKDS seperti perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan. KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak terbabit."

“Serahan notis akan dilaksana di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk memastikan tidak berlakunya pelarasan harga yang mempunyai elemen pencatutan,” katanya.

Juga bacaDiesel bersubsidi 2,600L/bulan untuk 1 lori tak cukup, Persatuan Lori M'sia minta k'jaan bagi 5,000 liter

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda