window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia

Faisal Β· Oct 28, 2021 08:00 PM

Selamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia 01

Dengan berlangsungnya pelancaran Mercedes-Benz A-Class Sedan dan GLA CKD sebentar tadi, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) tidak akan mengutamakan lagi A-Class Hatchback A200 dan A250. Malah, ia telahpun digugurkan daripada senarai harga model dalam syarikat itu.

Yang ada hanyalah model AMG A35 dan A45 S, masing-masing berharga pada RM 366,785 dan RM 437,673. Bergantung pada penghantaran, kedua-dua hatchback ‘panas’ ini diimport (CBU) dari Eropah sama ada dari kilang Rastatt di Jerman ataupun Keckskernet di Hungary.

Selamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia 02

A-Class Hatchback yang ada selama ini diringkaskan kepada model AMG A35 dan A45 S.

Namun demikian, A200 dan A250 Hatchback masih lagi dijual tetapi hanya melalui tempahan khas yang mana MBM memanggilnya sebagai pesanan ‘indent’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Disebabkan ia tempahan sendiri, tempoh menunggu juga akan menjadi lebih lama. Dengan mengikut kadar pertukaran matawang semasa, harganya juga akan lebih mahal.

Selamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia 01

Selama ini, hatchback A200 Progressive Line dan A250 AMG Line dijual di Malaysia pada harga RM 219,263 dan RM 253,594, termasuk diskaun SST. Kalau tidak, harga masing-masing menjadi RM 227,888 dan RM 263,888.

Dengan usaha MBM yang melabur dalam pemasangan lokal untuk A-Class Sedan dan GLA di Pekan, syarikat itu nampaknya meletakkan fokus dalam segmen kereta kompak hanya untuk dua model ini.

Model kompak Mercedes-Benz di Malaysia
A200 Sedan (CKD) RM 210,902
A250 Sedan (CKD) RM 239,857
A200 Sedan (CBU) RM 222,121
A250 Sedan (CBU) RM 259,255
AMG A35 Sedan (CBU) RM 336,277
A200 Hatch (CBU) RM 219,263
A250 Hatch (CBU) RM 253,594
AMG A35 Hatch (CBU) RM 366,785
AMG A45 S Hatch (CBU) RM 437,673
GLA 200 (CKD) RM 232,379
GLA 250 (CKD) RM 266,164
GLA 200 (CBU) RM 244,200
GLA 250 (CBU) RM 285,337
GLB 200 (CBU) RM 269,118
GLB 250 (CBU) RM 318,009

*Harga adalah termasuk diskaun SST, sah sehingga 31 Disember 2021

Selamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia 02

Untuk pengetahuan anda, pemasangan tempatan juga akan memaksimumkan penggunaan kilang. Disebabkan itu, merasionalkan penawaran model juga satu usaha yang sangat penting dan bernas. Secara tidak langsung, A-Class Hatchback (dan coupe empat pintu CLA) perlu mengalah.

Juga bacaPelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik!

Selamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia 03

Timbalan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp.

Mengenai keputusan untuk memasang A-Class Sedan berbanding Hatchback pula, Timbalan Presiden MBM, Michael Jopp menjelaskan bahawa model CBU yang hadir selama ini menunjukkan bahawa pelanggan di Malaysia lebih gemar akan sedan.

Juga bacaMercedes-Benz GLA CKD di Malaysia kini rasmi – GLA 200 & GLA 250, bermula RM 232k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Mercedes-Benz A-Class A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda