Selangor beli mesin tampal jalan Jetpatcher RM 1 juta dari UK - baiki 1 lubang hanya 15 minit!
Faisal · Sep 11, 2024 01:00 PM
0
0
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, kerajaan negeri telah menerima jentera tampal jalan InfraSel Jetpatcher bernilai RM 1 juta dari UK untuk membaiki kerosakan jalan.
Kata beliau, mesin itu akan mula diguna di Kuala Selangor dan kemudian mengikut lokasi yang menjadi keutamaan semasa.
"Jetpatcher berteknologi canggih ini mempunyai banyak kelebihan seperti menjimatkan masa dan kos operasi berbanding kaedah konvensional. Kita beli untuk bantu menyelesaikan isu jalan berlubang di negeri ini. Berbanding kaedah konvensional, Jetpatcher ini bermula terus pada bancuhan panas yang suhunya kekal 45 darjah Celcius.
"Jetpatcher ini boleh menyiapkan satu lubang sekitar 10 - 15 minit sahaja. Satu lori pula ada 2.5 meter padu bancuhan. Kalau operasi tampalan berterusan, Jetpatcher boleh menyiapkan 80 lubang sederhana besar dengan tampalan lebih cepat," jelasnya.
Menurut beliau, pada masa ini, seramai 15 petugas sedang menjalankan latihan untuk mengendalikan 'jetpatcher ini.
"Secara amnya, penggunaan mesin ini sedang giat menjalankan percubaan. Sekiranya ia memberi kesan positif pada keseluruhan operasi pengurusan penyelenggaraan lubang jalan, maka Jetpatcher akan ditambah lagi," ulasnya.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.