window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan?

Haris · Feb 27, 2022 10:00 AM

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 01

Honda Civic ialah model kegemaran ramai yang berkembang daripada kereta ekonomi kompak kepada sebuah kanvas kosong di kalangan 'tuner' di seluruh dunia. Nama 'Civic' itu sendiri telah terpahat selama 50 tahun semenjak Honda Civic generasi pertama yang diperkenalkan pada tahun 1972.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 02

Bukan setakat itu, Honda Civic adalah salah satu kereta terlaris sepanjang zaman dengan lebih 18 juta unit terjual (dan masih dijual) sehingga kini. Walaupun jumlah itu kurang separuh daripada pesaing abadinya, Toyota Corolla, namun daya tarikan Civic semakin kukuh lebih-lebih lagi di zaman moden ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 01

Merentasi 11 generasi yang menjangkau 50 tahun, mungkin sukar untuk memilih generasi Honda Civic yang terbaik. Tidak seperti Honda Accord yang selalu dihasilkan sebagai model mercu Honda, Honda Civic pula perlu konsisten untuk setiap generasi, di mana kemuncak Honda Civic FE dilaporkan mampu menyaingi BMW.

Baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 02

Tetapi adakah generasi Honda Civic yang terkini adalah yang terbaik yang pernah dihasilkan? Apa kata kita kembali ke lorong ingatan dan melihat semula kesemua 11 generasi sebelum mendedahkan Civic 'paling sivil' di antara kesemua mereka.

Gen 1 – Menongkah arus

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 03

Honda N600 pasaran Amerika, kurang mendapat sambutan

Ketika Honda mula menghasilkan kereta selepas kejayaannya dalam penghasilan motosikal, cara awal adalah dengan menghasilkan kereta kompak yang mesra poket. Namun, cara tersebut tidak membawa banyak keuntungan kepada syarikat, apatah lagi untuk model yang dipasarkan di luar Jepun.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 04

Fakta menarik: Reka bentuk gril depan terbelah diilhamkan oleh Pontiac kesayangan Honda-san

Kereta terbesar mereka pada masa itu ialah Honda 1300, sedan/coupe pacuan roda hadapan (FF), penyaman udara dengan enjin hadapan yang disejukkan udara. Honda 1300 merupakan hasil daripada bayangan pengasas Soichiro Honda tetapi ternyata, apa yang diingini oleh seorang jurutera dalam kereta idaman sempurna mereka tidak semestinya sesuatu yang memenuhi kehendak orang ramai.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 05

Pembangunan untuk menggantikan Honda 1300 bermula pada tahun 1970 dan pasukan Honda mahu mengekalkan susun atur FF untuk kereta kompaknya. Langkah ini juga dilihat menongkah arus kerana pada masa itu, lebih banyak kenderaan mempunyai susun atur FR (front engine, rear wheel drive) berbanding FF (front engine, front wheel drive).

Baca: Video: Toyota Avanza vs Mitsubishi Xpander buktikan kepentingan RWD di pedalaman!

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 06

Enjin 1.3 liter penyejukan udara telah dikecilkan kepada enjin 1.2 liter penyejukan cecair dan bentuk tiga kotak tradisional telah dikurangkan kepada badan hatchback 3 pintu. Sungguhpun begitu, pada mulanya tidak ada model hatch dengan but dalam barisan kereta kompak Honda, yang kemudiannya diberi nama 'Civic' untuk mewakili "kereta yang dicipta untuk rakyat dan bandar".

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 07

Semakin besar ruang, semakin besar but (Dari atas: 2-pintu, 3-pintu, 5-pintu)

Sudah tentu, rakyat pada mulanya ragu-ragu dengan model terbaharu Honda ini apabila ia dilancarkan pada tahun 1972 terutamanya dengan kekurangan ruang but yang sesuai dalam model awal. Bagaimanapun, jualan mula meningkat sebaik sahaja ruangan but yang lebih sesuai diperkenalkan dan Honda mula menjual purata 50,000 unit setahun.

Kejayaan utama globalnya adalah hasil gabungan krisis minyak yang menjejaskan banyak negara Barat dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap alam sekitar. Enjin CVCC dengan pelepasan karbon yang rendah dan penjimatan bahan api pada Honda Civic terbukti popular di kalangan pembeli Amerika yang akan menukar kereta besar mereka yang menghirup minyak dengan kereta kompak Jepun.

Gen 2 – Mula dikembangkan, secara harfiahnya

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 08

Ledakan populariti Civic baru sahaja bermula dan ia membantu menyelamatkan subsidiari kereta Honda daripada ke kuburan. Jenama H kemudiannya mula mengembangkan barisan modelnya dengan Honda Accord dan Honda Prelude.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 09

Atas: Accord Hatchback gen 1
Bawah: Civic 5-pintu Hatchback gen 2

Namun, Honda Civic masih lagi angsa emas Honda dan pada tahun 1979, generasi kedua telah diperkenalkan. Ia berkembang lebih besar untuk menampung permintaan pembeli dan reka bentuknya hampir sama dengan Honda Accord.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 10

Saiz bukan sahaja satu-satunya perkara yang ditingkatkan oleh Civic generasi kedua kerana generasi ini memperkenalkan Honda Civic sedan pertama yang akan menjadi gaya badan yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 11

Bercakap mengenai Malaysia, Honda Civic generasi kedua dipasang secara tempatan di kilang Oriental Assemblers di Tampoi, Johor. Kedua-dua model 5 pintu dan sedan ditawarkan malah terdapat transmisi Hondamatic 3-kelajuan yang jarang ditemui - suatu istilah dari Honda untuk transmisi automatiknya.

Honda Civic generasi kedua meneruskan kejayaan yang sama seperti pendahulunya tetapi ia menjalani jangka hayat yang singkat, dijual selama 4 tahun sahaja dengan pelancaran pengganti yang lebih moden pada tahun 1983.

Gen 3 – Selamat datang ke tahun 80-an

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 12

Apabila Civic memasuki generasi ketiganya, kereta kompak itu menerima reka bentuk 'wedge' yang lebih sporty dan lebih moden. Hasilnya ialah Honda Civic yang berada di persimpangan dilema sebagai sebuah kereta jimat minyak dan kereta sport mampu milik.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 13

Jika kereta sport adalah perkara yang anda ingin lihat dalam variasi Honda Civic, terdapat Honda CR-X yang telah kami bincangkan secara panjang lebar mengapa ia merupakan salah satu kereta terbaik sepanjang zaman. Tetapi itu tidak bermakna kami telah menemui generasi Honda Civic terbaik, masih ada 8 generasi lagi dalam senarai.

Baca: 15 alasan mengapa Honda CR-X adalah antara kereta terbaik yang pernah dihasilkan

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 14

Walau bagaimanapun, Honda Civic generasi ketiga sebenarnya lebih cenderung sebagai kereta ekonomi berbanding kereta sport tetapi perlahan-lahan, ia menarik perhatian mereka dalam sukan permotoran akar umbi dengan harga yang berpatutan dan ringan - suatu kombinasi yang sangat menarik di kalangan pelumba amatur.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 15

Ia juga mencapai kemasyhuran di Malaysia, terutamanya dalam bentuk hatchback. Reka bentuk blok yang berbeza kelihatan seperti van jenazah dan digabungkan dengan pelbagai kisah kematian akibat kemalangan perlumbaan jalanan haram, justeru digelar sebagai 'Civic Mayat'.

Gen 4 (EF) – Ada yang menendang tapi bukan kaki

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 16

Memang boleh dipertikaikan di kalangan peminat Honda tempatan bahawa istilah 'Civic Mayat' dicipta untuk hatchback generasi ketiga atau keempat. Tetapi ada satu perkara yang boleh dipersetujui iaitu Honda Civic generasi keempat memperkenalkan 'prestasi' kepada Civic.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 17

Ia adalah Honda Civic pertama yang dilengkapi dengan enjin VTEC yang terkenal dan lagenda. Mempersembahkan, enjin 16-injap 1.6 liter B16A DOHC VTEC yang ditawarkan pada SiR di Jepun pada tahun 1989. Enjin VTEC itu menghasilkan 160 PS dan 150 Nm, dan empat huruf penting kepada seorang nerd Honda "yang menendang" pada kelajuan 5,500 RPM.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 18

Bagaimanapun, enjin suntikan bahan api itu tidak pernah ditawarkan di Malaysia, sekurang-kurangnya secara rasmi. Pengedar Honda ketika itu, Kah Motors, hanya menawarkan Honda Civic EF dengan dua pilihan motor dengan karburator, 1.5 liter SOHC karburator tunggal (105 PS/121 Nm) dan 1.6 liter SOHC karburator berkembar yang berkongsi output yang sama.

Namun begitu, pengulas pada zaman itu memuji pecutan dan pengendalian Civic EF dan walaupun enjin tidak menggunakan suntikan bahan api moden, ia masih sangat lancar. Malah penampilannya yang anggun sepadan dengan potensi prestasinya yang masih merupakan salah satu generasi paling cantik Honda Civic.

Gen 5 (EG) – EG untuk L(EG)END!

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 19

Jika Honda Civic generasi ketiga memperkenalkan Civic kepada reka bentuk dan teknologi 80-an, Civic EG generasi kelima paling sesuai mewakili tahun 90-an dengan gaya aerodinamiknya yang melengkung. Lebih sekadar reka bentuk jellybean, Honda Civic EG adalah gambar poster yang mengisi ruang komuniti tuner.

Di Amerika sekurang-kurangnya, ini adalah generasi yang memperkenalkan sketsa penalaan import dan menaikkan penghargaan untuk kereta Jepun di negara tersebut.

Kesannya meluas ke arus perdana disebabkan oleh filem tertentu yang memaparkan seorang polis yang menyamar menyusup sekumpulan pelumba jalanan haram yang mencuri pemain DVD.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 20

Budaya talaan itu tersebar ke seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sekali lagi, unit pemasangan tempatan (CKD) masih tidak menampilkan enjin VTEC yang dihormati, sebaliknya, ia dilengkapi dengan enjin 1.6 liter D16 SOHC (120 PS/140 Nm).

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 21

Civic EG, Civic hatchback terakhir di Malaysia

Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang orang ramai daripada menukarnya dengan enjin B16 VTEC untuk mendapatkan lebih kuasa dan putaran rpm yang mengujakan itu. Akibatnya, mencari sebuah Civic EG yang bersih dan suci adalah sukar dan malah yang diubah suai pula mendapat harga yang sangat tinggi.

Gen 6 (EK) – Kereta pertama rakan anda

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 22

Sama dihormati seperti Honda Civic EG, penggantinya yang benar-benar memulakan Honda Civic berorientasikan prestasi adalah Honda Civic EK. Civic generasi keenam ini menampilkan perubahan reka bentuk yang kurang radikal tidak seperti EG tetapi ia merupakan Civic pertama yang memperkenalkan enjin VTEC kepada pasaran Malaysia.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 23

Ditawarkan pada varian VTi teratas, Honda Civic EK dengan enjin VTEC adalah calon Civic terbaik tetapi hanya dipasangkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Mengecewakan tetapi terdapat pertukaran transmisi manual yang tersedia.

Baca: Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini

Bagi mereka yang mencari generasi Honda Civic yang baik serta mudah untuk ditala dan mempunyai suasana nostalgia yang kuat untuk tahun 90-an dengan baju flanel dan kasut sukan sebesar bata, Civic EK memberikan pilihan yang tepat tanpa membebankan poket anda.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 24

Bilik pameran Honda di Seremban ada Civic EK9 ini!​​​

Status kultus Civic EK hanya dikuatkan lagi dengan dengan model Honda Civic Type R yang pertama. Hanya tersedia sebagai hatchback, Civic EK9 akan merevolusikan dunia hot hatch dan menolak nama Civic secara kekal ke dalam landskap prestasi.

Baca: Honda Civic Type R EK9 terpakai harga RM 400k rekod dunia, tengok odometer dulu!

Gen 7 (ES) – Mula satu trend

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 25

Selepas kesemua yang dikatakan dan dilakukan dengan perkembangan Honda Civic sehingga ke generasi EK, Honda Civic ES generasi ketujuh memulakan satu trend Civic. Tidak seperti generasi sebelumnya, generasi ketujuh ini dihasilkan supaya lebih berorientasikan keselesaan.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 26

Ia lebih menumpukan pada ruang dalaman dengan penekanan pada keselesaan penumpang disebabkan oleh lantai penumpang belakang yang rata. Sementara itu, pengenalan topang MacPherson di hadapan dan bukannya double wishbone menjadikan Honda Civic ini lebih terapung dan kurang bersemangat.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 27

Model facelift

Unit Malaysia pada mulanya ditawarkan dengan 1.7 liter SOHC VTEC (117 PS/149 Nm) manakala enjin 2.0 liter K20A i-VTEC (155 PS/177 Nm) akan diperkenalkan kemudian pada versi facelift.

Civic ES memulakan trend prestasi-keselesaan bergilir-gilir untuk generasi akan datang. Jika anda kurang percaya, perhatikan model seterusnya, 

Gen 8 (FD) – Peminat Civic mula besar kepala

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 28

Selepas tampil dengan sebuah Honda Civic yang lebih sivil, Honda akhirnya memberikan Civic penjanaan semula yang sangat diperlukan dalam bentuk generasi kelapan, juga dikenali sebagai FD.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 29

Daripada rekaan yang hambar dan generik, Honda Civic menjadi sedan yang kelihatan futuristik dan reka bentuk angkasa pada zaman itu dilihat paling baik melalui panel instrumen dua tingkatnya. Lebih 15 tahun selepas ia dilancarkan, kami masih menganggap meter kelajuan digital adalah perkara paling hebat yang pernah ditunjukkan pada Civic FD ini.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 30

Honda Civic FD dilancarkan di Malaysia pada Mac 2006. Dua enjin ditawarkan untuk FD dalam bentuk 1.8 liter SOHC i-VTEC (140 PS/174 Nm) dan 2.0 liter DOHC i- VTEC (155 PS/190 Nm). Kedua-dua enjin dipasangkan dengan transmisi automatik 5-kelajuan.

Baca: Panduan Honda Civic FD terpakai - serendah RM 60k, best ke kereta orang lenjan?

Selain enjin 1.8- dan 2.0 liter, Honda Civic FD juga dijual dengan rangkaian kuasa hibrid IMA dan buat pertama kalinya, Honda Civic Type R dijual secara rasmi di Malaysia.

Honda Civic FD2 lagenda ialah Civic Type R dengan enjin aspirasi semula jadi terakhir, dilengkapi enjin 2.0 liter K20A menghasilkan 225 PS dan 215 Nm.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 31

Civic FD mendapat sambutan hebat di Malaysia dan menaikkan semula nama Civic ke pengetahuan awam. Seperti generasi EG dan EK, model FD juga menjadi kegemaran di kalangan penala tempatan yang mengubah Civic biasa kepada gaya 'Tipu Type R'. Sebelum melangkah ke generasi seterusnya, masih ingat giliran prestasi-keselesaan tadi?

Gen 9 (FB) – Kembali kepada keselesaan

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 32

Honda Civic FB telah dilancarkan pada tahun 2012 dan sekali lagi Civic mensasarkan aspek keselesaan berbanding prestasi. Giliran ini seolah-olah mula menjadi kebiasaan bagi Honda.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 33

Pasaran Malaysia mengekalkan enjin yang sama seperti pendahulunya tetapi Hibrid mendapat enjin yang lebih besar – 1.5 liter berbanding 1.3 – yang digabungkan dengan motor elektrik, menghasilkan 110 PS dan 172 Nm.

Reka bentuk keseluruhan mirip FD dan ia mengekalkan meter kelajuan digital futuristik justeru disebabkan itu, FB tidak boleh lari dari bayangan FD. Model generasi ke-9 ini telah dikritik hebat oleh peminat yang rata-ratanya mula berani bersuara dengan kehadiran media sosial.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 34

Di sebalik kesemua tohmahan yang dilemparkan, Honda Civic FB sebenarnya masih lagi sebuah produk yang baik. Keselesaan keseluruhan juga bagus tetapi FD lebih sedap untuk dipandu. Jadi bagi peminat tegar Civic, keselesaan FB yang lebih lembut membuatkannya terasa seperti satu langkah ke belakang.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 35

Walau bagaimanapun, apa yang selalu terlepas pandang adalah Civic FB adalah sebuah Civic yang boleh digunakan setiap hari, menawarkan penjimatan minyak yang baik dan praktikaliti terbaik dalam kelasnya.

Ia juga merupakan pembelian yang baik sebagai kereta terpakai dan kami mempunyai panduan membeli jika anda ingin merasai Civic yang kurang dihargai dengan harga boleh dengar.

Baca: Panduan: Honda Civic FB serendah RM 65k, ini kebaikan memilih model Civic yang kurang perhatian!

Gen 10 (FC) – Paling popular di Malaysia

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 36

Melihat bagaimanaCivic FB ternyata bukan pengganti yang baik kepada FD, Honda sekali lagi perlu memastikan bahawa generasi yang akan datang perlu meningkatkan lagi populariti Civic. Syukur, Civic FC hadir dan pada masa yang sama memenuhi objektif tersebut dengan jayanya.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 37

Lampu belakang "ketam" memberikan nama samaran Civic Tangan Ketam

Jika kejayaan FD adalah dengan memperkenalkan rakyat Malaysia dengan nama Civic, maka Civic FC telah sepenuhnya melekat di minda rakyat Malaysia. Reka bentuk yang berani pada ketika itu sedikit kontroversi - lampu belakang "ketam" itu, misalnya, mencetuskan perbincangan epik di gerai mamak.

Generasi kesepuluh bertujuan untuk menjadi model Civic global pertama dalam beberapa dekad kerana generasi sebelumnya Civic yang berbeza dihasilkan bergantung kepada pasaran. Namun, reka bentuk gaya coupe yang menarik itu terus mendapat sambutan hangat dengan segera.

Malaysia juga menyaksikan pengenalan Honda Civic pengecas turbo pertama dengan pelancaran varian 1.5 liter VTEC Turbo (173 PS/220 Nm). Honda Malaysia juga ada membawa masuk Civic Type R (FK8) walaupun hanya terdapat dalam rekaan hatchback. Namun, itu tidak pernah menghalang pemilik Civic FD daripada menukar sedan mereka kepada kelihatan seperti sebuah 'Tipu Type R'.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 38

Perlu dikatakan, Civic FC popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia merupakan sedan segmen C terlaris di negara ini. Dalam segmen yang semakin pupus itu, Malaysia juga memperlihatkan bahawa agensi kerajaan kita menggunakan Civic untuk ahem…tugas sivik mereka.

Baca: Dominan! Honda Civic rupanya dah singkirkan 6 sedan segmen C di Malaysia. Tahu yang mana?

Gen 11 (FE) – Lebih matang

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 39

Honda Civic generasi ke-11 semasa, FE nampaknya mendapat giliran keselesaan. Menariknya, kali ini Honda berjaya menghasilkan sebuah sedan di persimpangan dilema yang selesa dan sporty.

Tiada lagi enjin beraspirasi semula jadi dengan kesemua 3 varian yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter pengecas turbo VTEC yang paling berkuasa di ASEAN (182 PS/240 Nm).

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 40

Penampilannya semakin matang, hampir rapat ke wilayah Accord yang lebih besar tetapi secara jujurnya, gambar sahaja tidak mencukupi. Anda perlu melihatnya dengan lebih dekat di bilik pameran Honda terdekat atau pun di jalan raya untuk benar-benar menghargainya. Apa yang pasti adalah, tidak syak lagi bahawa Honda Civic FE akan menjadi popular seperti pendahulunya.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 41

Ruang dan cirinya juga terkemuka dengan ADAS Honda Sensing yang tersedia sebagai standard di semua varian. Itu mungkin mewajarkan harga permulaan FE yang jauh lebih tinggi daripada FC (dari RM 126k untuk varian asas E).

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 42

Dalam ulasan ringkas kami yang dicerca kiri dan kanan, kami melihat dan membandingkan pemanduan dan pengendalian Civic FE bukan sekadar mencapai tahap abangnya Accord, tetapi ia menghampiri BMW 3 Series untuk kepuasan pemanduan.

Baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 43

Jadi, adakah Civic FE adalah Honda Civic terbaik pernah dihasilkan? Sejujurnya, masih terlalu awal untuk menjangjajannya malah pandu uji kami hanyalah di sekitar litar Sepang sahaja. Tunggu ujian berinstrumen kami kelak jika anda benar-benar berminat.

Jadi, apakah generasi terbaik untuk Honda Civic?

Jawapan – Civic FD

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 44

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, perkembangan Civic dengan setiap generasi sentiasa hadir sebagai suatu penambahbaikan. Namun, generasi ketujuh ES dilihat hampir menurunkan Civic menjadi satu pilihan yang dilupakan.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 45

Honda Civic FD pula membantu menghidupkan semula nama Civic, terutamanya di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun ia tidak mengorbankan keselesaan dan praktikaliti yang sentiasa diungguli Honda, ia membawa ciri yang menjadikan Civic menonjol dalam kalangan kereta segmen C iaitu prestasi. Atau sekurang-kurangnya 'beraspirasi' untuk prestasi yang baik.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 46

Ia mengembalikan budaya modifikasi yang berleluasa dari generasi keempat hingga kelima dan ini akan diteruskan dengan generasi yang lebih baharu, terutamanya Civic FC. Dari sudut pemilikan, Honda Civic FD mengekalkan nilainya lebih baik daripada saingan kontemporari lain dan model terpakai juga agak berpatutan. Melainkan yang dijual di negeri perosak pasaran di bahagian timur sana.

Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan? 47

Adakah anda bersetuju dengan keputusan kami mengenai Honda Civic FD sebagai generasi terbaik Civic atau adakah anda fikir ia generasi lain (EG? FC?) lebih layak untuk menjadi yang terbaik? Nyatakan sokongan anda dalam komen.

Baca: Honda Civic FD, generasi Civic terhebat dalam sejarah Honda?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda