window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV!

Faisal · Jan 9, 2023 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV! 01

Disebabkan itu, Januari tahun lepas, Volkswagen telah membuat pengumuman bahawa penawaran sedan segmen D mereka akan dihentikan. Kiranya, nama passat akan hidup dalam bentuk wagon dan Alltrack sahaja. Kalau anda nak tahu, kedua-dua bentuk badan ini cukup digemari di pasaran Eropah.

Selepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV! 02

Memandangkan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) selama ini mengimport komponen CKD Passat dari Eropah, penghentian keluaran tersebut bermaksud model di pasaran Malaysia juga akan mengikut jejak langkah sama.

Selepas ini, Passat sedan hanya akan dijual di China tetapi itu pun sebab model tersebut tiada kaitan.

Selepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV! 03

Mengimbau kembali, Passat mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006 (generasi B6) iaitu oleh Volkswagen Group Malaysia (VGM). Sebelum itu, beberapa unit juga diimport dari Auto Dunia dan kemudiannya Euromobil.

Pada tahun 2011 pula, generasi B7 dilancarkan ke pasaran kita tetapi model itu hanya mula ditawarkan pada tahun 2012 iaitu melalui model CKD.

Selepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV! 04

Kemudian pada November 2016, VPCM mula memperkenalkan Passat generasi B8 (CKD). Pada tahun 2020, Passat facelift tiba, tetapi hanya varian Elegance sahaja.

Selepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV! 05

Pada awal tahun lepas, VPCM melancarkan Passat R-Line sebagai model selamat tinggal. Ia hadir dengan enjin 2.0L turbo (220 PS, 350 Nm) dan kuasa dipadankan dengan transmisi DCT 6 kelajuan klac basah.

Juga bacaVW Passat R-Line di Malaysia kini dengan 220 PS/350 Nm & sistem bunyi Harman Kardon 700W!

Selepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV! 06

Selepas ini, sedan segmen D dari Volkswagen akan ada Arteon sahaja dan model ini sebenarnya sebuah Passat yang lebih seksi. Arteon juga satu-satunya sedan segmen D Eropah dalam kelas ini kerana pesaing lain yang tinggal hanyalah dari buatan Korea Selatan atau Jepun.

Bagi anda yang belum tahu, Volkswagen Arteon ditawarkan pada harga RM 276,990.

Juga bacaVolkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda