window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas alat ganti kereta, harga alat ganti motosikal pula naik sekitar 20% - 30%

Haris · Nov 26, 2021 02:00 PM

Selepas alat ganti kereta, harga alat ganti motosikal pula naik sekitar 20% - 30% 01

Belum reda dengan harga bahan mentah yang tinggi, peniaga bengkel motosikal kini telah melaporkan bahawa harga alat ganti motosikal di ambang kenaikan sekitar 20% - 30%. Masalah ini berikutan daripada kos bahan mentah, pengangkutan dan penghantaran yang tinggi terpaksa ditanggung oleh penjual.

Menurut laporan KL China Press, beberapa persatuan-persatuan peniaga motosikal, bengkel automotif dan sebagainya telah mengesahkan perkara ini dan menjangkakan bahawa masalah ini akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya awal tahun depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara bahan mentah yang mengalami kenaikan harga ketika ini adalah aluminium, besi dan plastik. Kesemua bahan-bahan tersebut penting untuk menghasilkan alat ganti.

Baca: Jaga-jaga, harga kereta bakal naik ekoran lonjakan harga besi yang meningkat!

Selepas alat ganti kereta, harga alat ganti motosikal pula naik sekitar 20% - 30% 01

Lebih parah lagi adalah tiada harga tetap untuk setiap kedai yang menjual alat ganti motosikal di Malaysia. Harga adalah berbeza berdasarkan tempat mahupun kawasan.

Presiden Peniaga Motosikal Malaysia Datuk Huang Feng berkata kedua-dua alat ganti motosikal keluaran tempatan dan import telah meningkat dalam harga antara 20% hingga 30%, terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah dan kenaikan kos pengangkutan.

Huang Feng juga merupakan presiden Persatuan Peniaga Motosikal Selangor dan Wilayah Persekutuan turut menambah bahawa kenaikan harga alat ganti telah berlaku selama beberapa bulan. 

Antara yang menjadi perhatian Huang Feng adalah harga alat ganti besi dan aluminium adalah komponen yang paling banyak meningkat disebabkan oleh kenaikan barang mentah kedua-dua barang.

 

Selepas alat ganti kereta, harga alat ganti motosikal pula naik sekitar 20% - 30% 02

Selain itu, beliau berkata bahawa alat ganti import turut berdepan kenaikan kos pengangkutan terutama kadar tambang penghantaran telah meningkat agak tinggi yang turut mendorong kenaikan harga alat ganti import.

Hal ini bermakna, tidak kira sama ada alat ganti tempatan atau import, kedua-duanya akan turut mengalami kenaikan harga sekitar 20%-30%.

Walaubagaimanapun, Huang Feng turut berkongsi satu berita baik.

"Masalah gangguan bekalan cip telah berterusan selama beberapa bulan, dan kini sudah beransur-ansur pulih." ujarnya lagi.

Baca: Harga ‘spare part’ kereta bakal naik 60%, pengeluar komponen alami isu bekalan & pengangkutan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda