Selepas D55L, adakah ini SUV generasi seterusnya berdasarkan Perodua Axia?

Zamil · 2020-11-18 18:00:00

Beberapa hari yang lepas, Perodua memuat naik video korporat terbaru yang memaparkan crossover hatchback dimana ramai netizen rasa adalah Perodua D55L 2021 akan datang.

Maaflah, bukan kitaorang nak potong stim tapi ini bukanlah crossover yang anda sangkakan. Sebaliknya, ia mungkin Perodua Axia Style generasi terbaru.

Crossover yang anda lihat dalam video ini bukanlah baru. Berdasarkan reka bentuk belakang, ia sama dengan kereta Concept-X yang dipamerkan oleh Perodua di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS18).

Kereta X-Concept ini direka oleh pasukan yang diketuai oleh Muhamad Zamuren bin Musa, Ketua Reka Bentuk dan R&D Perodua. Walaupun nampak seperti sebuah SUV, Zamuren berkata konsep ini adalah sebuah hatchback dengan penggayaan crossover.

“Hatchback dengan penggayaan crossover” – pernah dengar kan? Memang ada sebuah model yang dijual oleh Perodua dan ianya laku keras, walaupun tiada sokongan Bluetooth.

Perodua Axia telah berada di pasaran kita sejak tahun 2014 dengan beberapa kemas kini pada tahun 2017 dan 2019. Varian Axia Style dilancarkan pada tahun 2019 tetapi hatchback ini bakal diggantikan pada tahun 2022.

Berdasarkan ukuran dimensi, saiz X-Concept lebih pendek berbanding Myvi dari segi panjang dan jarak roda. Ini bermakna X-Concept mungkin menjadi model Perodua Axia terbaru ataupun varian crossover.

Tambahan pula, Daihatsu memang selalu membawa reka bentuk kereta konsepnya ke kereta produksi. Jika anda rasa Daihatsu saja yang melakukan perkara yang sama, anda ingat tak model konsep Perodua Bezza pada tahun 2010?

Masih ada beberapa tahun lagi sebelum Axia melabuhkan tirainya. Jika X-Concept benar-benar menjadi Axia generasi terbaru, ia bakal menjadi sebuah detik yang boleh dibanggakan kerana ia direka 100% oleh pereka Malaysia, dan ianya nampak sangat sporty untuk hatchback aras permulaan.

Zamil

Zamil Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia