window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini?

Khairil ยท Feb 11, 2022 03:00 PM

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 01

Sejurus pengenalan Honda PCX 160 di negara kelahiran jenama itu di Jepun pada 2020, berbakul-bakul spekulasi muncul terutama di rantau Asia Tenggara membabitkan model apa yang bakal menggunakan trenkuasa yang sama selepas itu.

Dan persoalan itu terjawab apabila satu lagi model skuter popular buatan jenama Jepun itu, Honda Vario 160 2022 dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11.9k

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 01

Honda PCX 160

Begitupun, kehadiran Honda Vario 160 tidak menghentikan spekulasi, malah meningkatkan lagi persoalan mengenai model apa yang akan mengikuti 'trim' sama selepas ini.

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 02

Honda Vario 160

Berdasarkan segmen, Honda mempunyai beberapa lagi model yang boleh diberikan naik taraf atau kemas kini yang serupa. Antaranya adalah model kapcai popular, Honda RS-X atau Winner X tetapi paling hampir pastinya skuter bergaya 'Adventure' terlaris, Honda ADV 150. 

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 03

Honda ADV 150

Memetik laporan media automotif popular negara jiran, model berikutnya yang akan mengikuti Honda PCX 160 dan Honda Vario 160 dikatakan adalah Honda ADV 150.

Menurut maklumat daripada laporan berkenaan, Honda dikatakan tidak berminat untuk menunggu lama melancarkan Honda ADV 160 malah jangkaan pelancaraan bakal dijalankan pada tahun ini.

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 04

Untuk Honda ADV 150, sekalipun ia baru tiba di Malaysia pada tahun lalu, usianya sudah pun memasuki 2 tahun sejak ia dilancarkan secara global 'World Premier' di Indonesia.

Jika berpandukan kepada spesifikasi Honda PCX 160, ia jauh lebih baik berbanding trenkuasa sedia ada yang dipadankan kepada Honda ADV 150.

Juga baca: Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12.3k

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 05

Ia dikuasakan dengan enjin eSP+ baharu bersesaran 156.93 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Cecair, 4 Injap dan digandingkan dengan transmisi automatik.

Susulan penggunaan enjin lebih bertenaga, kuasa yang dihasilkan juga lebih tinggi iaitu kira-kira 16 Hp pada 8,500 rpm manakala tork 15 Nm pada 6,500 rpm.

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 06

Selain bahagian trenkuasa yang lebih padu, ia turut mendapat pelbagai lagi naik taraf termasuk di bahagian kerangka dan dipadankan dengan ciri canggih seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini? 07

Sekalipun masih dalam peringkat spekulasi, ia sememangnya cukup logik untuk Honda menaiktaraf skuter hangat ini untuk mengekalkan takhtanya. Dan untuk syarikat sebesar Honda, ia pastinya bukan sesuatu yang terlalu sukar untuk direalisasikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda