window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas kalah dengan Nissan Note, Toyota Prius bakal tampil dengan model baharu menyusul 2023!

Haris ยท Nov 14, 2022 10:00 AM

Selepas kalah dengan Nissan Note, Toyota Prius bakal tampil dengan model baharu menyusul 2023! 01

Toyota Prius mempunyai hayat yang agak singkat di Malaysia. Ia dijual untuk satu generasi sahaja, selama kira-kira 5 tahun, antara 2009 hingga 2014.

Sebagai model import, ditambah pula dengan kos yang tinggi bagi rangkaian pacuan hibrid penuh Toyota, tanda harganya akan mencecah harga BMW 3 Series jika tiada pengecualian duti import dan eksais untuk kenderaan hibrid.

Lantas apabila pengecualian cukai itu tamat, Toyota Prius digugurkan dari pasaran Malaysia. Tidak seperti Corolla Cross Hybrid (atau Camry Hybrid sebelum ini), projek pemasangan tempatan (CKD) tidak akan menjadi pertimbangan kerana Toyota Prius hanya dihasilkan di Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas kalah dengan Nissan Note, Toyota Prius bakal tampil dengan model baharu menyusul 2023! 01

Jepun nampaknya akan melancarkan Toyota Prius baharu, generasi kelima yang akan melakukan debut pada 16-November 2022.

Toyota telah mengeluarkan dua imej acah, satu menunjukkan siluet Prius generasi ke-5 dan satu lagi menunjukkan lampu depan signature yang tajam.

Portal penerbitan Jepun, Best Car Web telah menghasilkan lakaran berikut, yang mempersembahkan kedua-dua elemen dengan baik dan mungkin dekat dengan model sebenar yang akan dilancarkan kelak.

Selepas kalah dengan Nissan Note, Toyota Prius bakal tampil dengan model baharu menyusul 2023! 02

Model generasi kelima ini merupakan evolusi model generasi ke-3 (satu-satunya generasi yang dijual di Malaysia) Kammback / penggayaan fastback, dan bukannya penggayaan seperti sedan 3-kotak model generasi ke-4 sebelum ini.

Rekaan ini pertama kali tampil daripada Toyota Prius generasi ke-2, model yang mewujudkan rupa ikonik 'Prius'.

Selepas kalah dengan Nissan Note, Toyota Prius bakal tampil dengan model baharu menyusul 2023! 03

Prius generasi ketiga

Kecenderungan pasaran juga semakin keluar daripada sedan tradisional gaya 3 kotak. Malah, jika anda melihat bagaimana Toyota mentafsir semula Toyota Crown, salah satu sedan yang paling dihormati dan diiktiraf Jepun, keputusan syarikat untuk kembali kepada model generasi ke-3 sebagai taruhan utamanya boleh difahami.

Di luar daripada itu, Toyota Prius juga kini kalah dengan Nissan Note e-Power generasi ketiga, sedan hibrid terlaris di Jepun. Secara kebetulan, Nissan Note e-Power tampil dengan rekaan hatchback.

Baca: 8 daripada 10 kereta terlaris di Jepun untuk 2021 adalah Toyota, Nissan Note tapau Honda Jazz

Selepas kalah dengan Nissan Note, Toyota Prius bakal tampil dengan model baharu menyusul 2023! 04

Prius generasi keempat

Lebih banyak perincian akan didedahkan pada 16-November ini.

2023 Toyota Prius generasi ke-5 TIDAK akan kembali ke Malaysia. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Toyota Prius hanya dihasilkan di Jepun dan cukai akan membunuh model ini sebelum ia memutarkan rodanya di Bukit Raja.

Walau bagaimanapun, model ini hampir pasti akan diperkenalkan di Singapura, di mana hibrid yang tahan lasak dan jimat minyak menjadi pilihan popular bagi pengendali teksi dan pemandu Grab di sana.

Baca: Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda