window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan?

Faisal ยท Nov 8, 2021 04:00 PM

Selepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan? 01

Pengedar Mercedes-Benz di Indonesia, PT Mercedes-Benz Distribution Indonesia (MBDI) baru sahaja mengesahkan bahawa Mercedes-Benz EQS akan diperkenalkan ke sana pada tahun 2022.

Selepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan? 02

Apapun, laporan rakan Autofun.co.id kami ini menjelaskan bahawa CEO MBDI tidak memberitahu sama ada ia akan dipasang lokal (CKD) atau diimport (CBU).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan? 01

A200 CKD.

Buat masa ini, terdapat beberapa model Mercedes-Benz yang dipasang di kilang Wannaherang, Jawa Barat. Antaranya seperti A-Class Sedan (termasuk A35 AMG Sedan), E-Class, S-Class, GLA (termasuk GLA 35 AMG), GLC, GLE dan GLS.

Juga bacaMercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi?

Untuk rantau ASEAN, Thailand akan melancarkan EQS pada akhir tahun ini. Malah, mereka mungkin negara luar Jerman pertama yang akan memasang EQS.

Selepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan? 02

Untuk maklumat anda, Mercedes-Benz AG telah melabur lebih dari 100 juta Euro (~RM 495 juta) untuk pembangunan kilang bateri mereka di Thailand. Menariknya, ia salah satu daripada 7 kilang Daimler di seluruh dunia. Kilang bateri yang terletak di Bangkok ini merupakan usaha sama antara Mercedes-Benz AG, Thonburi Automotive Assembly Plant (TAAP) dan Thonburi Energy Storage Systems (TESM).

Mengenai Mercedes-Benz EQS

Selepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan? 03

Secara amnya, Mercedes-Benz EQS hadir dengan varian 450+ dan 580 4Matic. Perbezaannya boleh dilihat dalam rajah di bawah:

Varian Mercedes-Benz EQS
  Mercedes EQS 450+ Mercedes EQS 580 4Matic
Output maksimum (PS) 333 523
Tork maksimum (Nm) 568 855
0-100 km/j (saat) 6.2 4.3
Pacuan RWD AWD
Kapasiti bateri (kWj) 107.8 107.8
Pengecasan AC (Standard) (kW) 11 11
Pengecasan AC ke 100% (11 kW) (jam) 10 10
Pengecasan AC (tambahan) (kW) 22 22
Pengecasan AC ke 100% (22 kW) (jam) 5 5
Pengecasan pantas DC (kW) 200 200
Pengecasan DC ke 80% (minit) 31 31

Malaysia pula nampaknya perlu menunggu sampai entah bila kerana belum ada lagi perkabaran mengenai ketibaan EQS ke pasaran kita. Pelancaran terakhir yang Mercedes-Benz Malaysia (MBM) langsungkan adalah model CKD (dari Pekan, Pahang) untuk A-Class Sedan dan GLA.

Juga baca

Mercedes-Benz GLA CKD di Malaysia kini rasmi – GLA 200 & GLA 250, bermula RM 232k

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia