window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota?

Haris · Jun 1, 2021 01:00 PM

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota? 01

Kerjasama Toyota dan Suzuki nampaknya semakin erat apabila laporan terbaru mengatakan bahawa Suzuki Ertiga di pasaran India bakal menjadi model seterusnya yang akan di-rebadge oleh Toyota.

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota? 02

Ya, Suzuki Ertiga nampaknya bakal memakai lambang Toyota tidak lama lagi. Sebelum ini, model Suzuki Ertiga generasi pertama turut di-rebadge sebagai Proton Ertiga semasa kerjasama singkat antara Proton dan Suzuki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota? 01

Proton Ertiga

Suzuki Ertiga dengan lencana Toyota bakal memperolehi gril hadapan yang dikemaskini serta roda aloi. Ini adalah susun atur yang sama dengan model Suzuki-Toyota lain. Aspek trenkuasa dan kelengkapan dalaman, akan dikekalkan dari Suzuki.

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota? 02

Boleh diterjemahkan kepada '500,000 unit terjual dan masih terjual'

'Toyota' Ertiga pasaran India ini bakal dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter NA yang disambungkan dengan sistem hibrid ringan (mild hybrid) Suzuki Smart Hybrid. Gandingan enjin ini membolehkan Ertiga mencatatkan penggunaan minyak serendah 5.23 liter / 100 km di bawah kitaran ujian ARAI (Automotive Research Association of India).

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota? 03

Bakal di-rebadge menjadi Toyota Belta

Apa yang masih belum disahkan adalah nama model 'Toyota' Ertiga ini. Tidak seperti model Toyota Belta (Suzuki Ciaz) yang sudah didaftarkan terlebih dahulu, Toyota masih belum mendaftarkan nama untuk rebadge Ertiga.

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota? 04

Barang order vs Barang sampai

Sejumlah model kerjasama antara Toyota dengan Suzuki termasuklah Suzuki Vitara Brezza (Toyota Urban Cruiser), Suzuki Baleno (Toyota Glanza), Toyota RAV4 (Suzuki Across), dan Toyota Corolla Wagon (Suzuki Swace).

Terbaru, Suzuki Ciaz akan di-rebadge menjadi Toyota Belta dan akan dijual bersama-sama Toyota Yaris sedan. Kedua-duanya (Belta dan Yaris sedan) adalah nama-nama yang pernah digunakan untuk menggantikan nama Vios di pasaran berbeza.

Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota? 05

Tidak seperti mana-mana negara di dunia, India dengan jumlah pasaran sebesar 2.7 juta kenderaan penumpang (data tahun 2020) didominasi oleh Maruti Suzuki dengan pegangan sehingga 53%. Justeru itu, Toyota sebagai jenama kecil lebih baik melakukan kerjasama berbanding menjual model khusus untuk India.

Berita automotif India:

Pencabar Aruz, Hyundai Alcazar dirasmikan di India – bakal tembus pasaran ASEAN tahun ini juga!

Suzuki Ciaz mungkin akan ‘rebadge’ sebagai Toyota, tapi bukan guna nama Vios

Suzuki Jimny pasaran Filipina dibuat di India, Malaysia CBU Jepun!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Ertiga 1.4 Executive MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda