window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas Yamaha YZF-R7, tiba giliran YZF-R9 debut tahun 2022?

Khairil ยท Jan 10, 2022 05:00 PM

Selepas Yamaha YZF-R7, tiba giliran YZF-R9 debut tahun 2022? 01

Ramai yang teruja ketika Yamaha memperkenalkan model terbaharunya dalam siri 'Sportbike' Yamaha YZF-R7 tahun lalu dan rata-rata maklumbalas yang diterima di serata dunia cukup memuaskan.

Sebagai makluman, Yamaha YZF-R7 yang menggunakan platform model 'Naked' popular Yamaha, MT-07 dilancarkan secara global pada Mei tahun lalu dan agak mengecewakan, motosikal berkenaan belum mendarat di Malaysia.

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas Yamaha YZF-R7, tiba giliran YZF-R9 debut tahun 2022? 01

Dan selepas 'kelahiran' R7, Yamaha dijangka bakal memperkenalkan 'abangnya' yang lebih berkuasa dan canggih, Yamaha YZF-R9 dan menariknya, menurut sumber yang diperoleh di Jepun, model berkenaan bakal dilancarkan tahun ini.

Sekalipun Yamaha terus mengunci mulut mengenai perkembangan berkenaan, motosikal berkenaan sememangnya 'dalam perjalanan' susulan pendaftaran tanda dagang 'R9' yang terdedah sebelum ini.

Dan ia menjadi model perantara diantara 'Sportbike' aras tinggi jenama itu, YZF-R1 dan R7 di mana perbezaan harga dan spesifikasi kedua-dua model berkenaan yang cukup besar. 

Selepas Yamaha YZF-R7, tiba giliran YZF-R9 debut tahun 2022? 02

Sumber imej: young-machine.com

Seperti YZF-R7, jentera serba baharu Yamaha YZF-R9 ini dikatakan dibina berasaskan platform satu lagi model 'Naked' hebat Yamaha, MT-09 versi terbaharu yang sudah pun berada di Malaysia.

Sedikit mengenai Yamaha MT-09 di Malaysia, ia dijual pada harga asas RM  RM 54,998 dan baru saja menerjah bilik pameran pada November lalu.

Juga baca: Sudah tiba, Yamaha umum tarikh ketibaan, harga MT-09, MT-09 SP 2021 di Jepun!

Selepas Yamaha YZF-R7, tiba giliran YZF-R9 debut tahun 2022? 03

Berbalik kepada Yamaha YZF-R9, trenkuasanya akan menggunakan enjin bersesaran 888 cc, 3 Silinder, 12 Injap, DOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama transmisi 6 kelajuan.

Tetapi berbanding MT-09, R9 dijangka memperoleh talaan berbeza daripada Yamaha dan akan menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding 117 Hp dihasilkan model naked. Dan selain kuasanya meningkat, harganya juga dikatakan mungkin lebih mahal berbanding MT-09.

Selepas Yamaha YZF-R7, tiba giliran YZF-R9 debut tahun 2022? 04

Sumber imej: young-machine.com

Tidak banyak yang boleh diperkatakan dari sudut reka bentuk namun ia dijangka mengambil inspirasi daripada R1 dan R7 yang sememangnya berada dalam kategori 'kacak'.

Juga baca: HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k!

Seperti MT-09 juga, ia juga bakal dilengkapi pelbagai teknologi bantuan tunggangan canggih seperti 6-axis Inertial Measurement Unit (IMU) yang menawarkan sistem bantuan tunggangan elektronik seperti Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Kawalan Gelincir (SCS) dan Sistem Kawalan Weelie (LIF).

Ciri-ciri menarik yang turut dipadankan termasuklah Quick Shifter, Slipper Clutch, fork jenis terbalik dan sebagainya.

Sumber: young-machine.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda