window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal?

Haris · Mar 6, 2022 11:59 AM

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 01

Apabila bercakap mengenai kereta pasaran domestik Jepun (JDM), anda pasti akan terfikir legenda seperti Nissan Skyline R32 GT-R, Honda Civic EK Type R, dan mungkin Suzuki Alto Works. Tetapi di sebalik legenda itu terdapat beberapa kereta yang benar-benar unik.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 02

Anda sudah mengenali model ini

Walaupun kami menyukai JDM legenda itu, kesemuanya telah mendapat liputan berkali-kali oleh pelbagai portal media. Sebaliknya, kami ingin memberi tumpuan kepada kereta pelik dan unik yang dijual di negara Matahari Terbit. Untuk senarai ini, kami mengehadkan kepada model yang hanya ditawarkan di Jepun.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 03

Unik tapi tak cukup unik

Kami tidak akan pergi lebih dalam untuk 10 kereta ini secara terperinci jadi sebagai peringatan awal, tiada model Autozam AZ-1, Toyota Sera, Toyota Mega Cruiser, atau mana-mana model Mitsuoka kerana anda boleh sahaja membacanya pada pautan masing-masing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, mari mulakan yang pertama.

Daihatsu Midget II

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 01

Daihatsu Midget yang asal original mempunyai nama yang comel tetapi tahukah anda bahawa ia juga merupakan kenderaan asas kepada tuk-tuk atau autorickshaw yang menjadi mod pengangkutan awam di negara-negara seperti Thailand, India, dan Indonesia. Jadi, apabila Daihatsu menghidupkan semula nama tersebut pada pengganti moden yang dilancarkan pada tahun 1996, keanehan itu seolah bertambah walaupun ia mendapat 1 lagi roda tambahan.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 02

Daihatsu Midget II

Dengan enjin 660 cc (31 PS/50 Nm), Daihatsu Midget II layak dipanggil sebagai trak-Kei. Lampu depan bermata serangga yang berbeza dan tayar ganti yang dipasang di bahagian hadapan menambah daya tarikan yang comel. Sama seperti pendahulunya, ia bertujuan untuk mengangkut barang.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 03

Sebagai pengangkutan di jalan-jalan bandar sempit Tokyo atau Osaka, Midget II adalah kegemaran penduduk di sana terutamanya dalam kalangan pemilik bar. Walaupun pilihan asas hadir dengan satu tempat duduk, terdapat juga pilihan dua tempat duduk.

Kedua-duanya dilengkapi dengan transmisi manual 4-kelajuan atau automatik 3-kelajuan yang menggerakkan roda belakang.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 04

Untuk keunikan dan keseronokan

Pengeluaran untuk Daihatsu Midget II hanya dijalankan selama 5 tahun sehingga 2001 tetapi ia mempunyai pengikut tersendiri di seluruh dunia dengan beberapa unit dibawa masuk melalui pasaran recond.

Daihatsu Mira Walk-Through Van

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 05

Peminat Perodua mungkin mengenali Daihatsu Mira sebagai asas kepada Perodua Kancil dan Perodua Kelisa tetapi selain daripada bentuk hatchback konvensional tersebut, Mira juga mempunyai varian van komersial.

Walau bagaimanapun, Daihatsu sebagai salah satu pengeluar kereta Jepun yang unik telah mengambil reka bentuk van mereka ke satu tahap yang seterusnya.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 06

Dengan penampilan seperti sebuah almari pakaian yang dilenyek dengan bahagian hadapan Daihatsu Mira, van dengan nama komersial Daihatsu Mira Walk-Through Van pada mulanya dikuasakan oleh enjin 550-cc sebelum peraturan kereta Kei yang disemak semula pada tahun 1990-an menyaksikan saiz enjinnya meningkat kepada 660-cc.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 07

Bertahan selama dua generasi antara 1986 dan 1994, Mira Walk-Through Van didatangkan dengan pintu gelangsar. Pintu ini juga tidak beroperasi seperti MPV konvensional lain yang meluncur terus tetapi sebaliknya anda meluncurkannya secara melipat seperti pintu bilik mandi.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 08

Pintu ini juga terletak di bahagian penumpang dan merupakan satu-satunya cara untuk masuk ke dalam van tinggi itu sebelum pintu pemandu biasa ditambah untuk model baharu selepas itu.

Honda Vamos

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 09

Model tertua dalam senarai ini, Honda Vamos ialah kenderaan rekreasi terbuka yang merupakan jawapan Jepun kepada Citroen Mehari dan Volkswagen Thing. Dikuasakan oleh enjin petrol 360-cc 2 lejang sejukan udara yang diletakkan di tengah. Oleh itu, ia bukanlah sebuah kereta yang pantas.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 10

Walaupun kelihatan bersedia untuk bergerak ke jalan off-road, itu hampir mustahil kerana Honda Vamos hanya datang dengan pacuan roda belakang. Namun, ia bertujuan untuk dibawa sebagai kereta pantai yang ringkas dengan suisnya yang kalis air dan habuk.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 11

Vamos datang dengan tempat duduk belakang yang boleh ditanggal dan bahagian bumbung boleh ditukar kepada kanvas ringkas. Untuk kenderaan kecil yang menyeronokkan, ia mempunyai vibe 'hippie' yang sama seperti Volkswagen Kombi tetapi ia kurang mendapat sambutan antara tahun 1970 hingga 1973.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 12

Hanya 2,500 unit dikeluarkan tetapi oleh kerana Jepun tidak mengikuti gerakan budaya melawan yang melanda Amerika, Jepun bakal melihat masa depan dalam dekad berikutnya dengan pertumbuhan besar-besaran.

Mitsubishi RVR Open Gear

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 13

Dilancarkan pada tahun 1991 pada kemuncak 'Bubble Era' di Jepun, Mitsubishi RVR ialah versi 4 atau 5 penumpang yang dipendekkan bagi MPV Mitsubishi Space Wagon. Ia adalah percubaan Mitsubishi untuk memikat pembeli muda dengan imej sporty. Ia juga menggunakan watak Bugs Bunny sebagai jurucakap produk tersebut.

Walaupun tempat duduk belakang yang luas adalah penarik jualan yang cukup bagi golongan belia yang mahukan lebih banyak ruang untuk aktiviti rekreasi, Mitsubishi RVR Open Gear dengan bumbung targa adalahg model yang akan kami fokuskan.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 14

Mitsubishi RVR Open Gear telah diperkenalkan pada tahun 1993 dan tidak seperti RVR biasa, ia hanya sebuah minivan 3 pintu dengan 4 tempat duduk. Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter aspirasi semula jadi 4G63 (160 PS/186 Nm) dan didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 15

Walaupun kelihatan unik, Mitsubishi RVR Open Gear tidak ditawarkan dengan RVR generasi kedua dan pengeluaran tamat pada tahun 1997.

Nissan Autech Zagato Stelvio AZ1

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 16

Jika terdapat sebuah kereta yang paling layak mewakili kegilaan 'Bubble Era' Jepun, pastinya Nissan Autech Zagato Stelvio AZ1 adalah pilihan utama. Unit pengeluaran terhad yang dilakukan dengan kerjasama Nissan dan Zagato, carrozzeria Itali yang terkenal nampaknya masih tampil hodoh walaupun ke saat ini. 

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 17

Autech dibawa masuk untuk membangunkan enjin dan casis, yang masing-masing diambil daripada Nissan 300ZX (3.0 liter VG30DET V6) dan Nissan Leopard. Sementara itu, Zagato bertanggungjawab untuk reka bentuk dan dari segi rupa, yang boleh kita panggil sebagai eksentrik.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 18

Ini adalah studio reka bentuk yang sama menghasilkan Alfa Romeo SZ dan persamaannya ditunjukkan dengan reka bentuk bersudut dan menonjol. Di bahagian dalam, Stelvio AZ1 dibalut dengan kemasan kulit Itali yang lembut dan mewah, Alcantara dan venir kayu tulen.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 19

Perhatikan di mana cermin sisinya

Nissan mempunyai cita-cita yang berani dan harga yang lebih berani untuk Nissan Stelvio AZ1; 203 unit telah dirancang dan setiap satu berharga JPY 18 juta pada tahun 1989. Harga tersebut merupakan harga dua biji Honda NSX! Walau bagaimanapun, bilangan sebenar unit yang dibuat hanyalah 104 kerana Nissan melihat kos meningkat semasa pengeluaran.

Nissan S-Cargo

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 20

Konsep Nissan S-Cargo tahun 1987

Selain mencipta semula kereta convertible dan mencipta model gabungan Itali-Jepun, 'Bubble Era' juga melancarkan kegilaan terhadap kenderaan gaya retro yang menarik di Jepun. Nissan memperkenalkan empat kereta konsep unik yang dipanggil Pike Cars pada Pameran Auto Tokyo 1987 yang mengejutkan dunia.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 21

Model produksi

Keempat-empat ini kemudiannya mendapat lampu hijau untuk pengeluaran tetapi tumpuan kami terletak pada van berbentuk siput dengan nama yang sama diilhamkan oleh siput. Nissan S-Cargo ialah Pike Car kedua yang dilancarkan dan juga mempunyai bilangan unit paling sedikit dibina dengan 8,000 unit dibuat antara 1989 hingga 1992.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 22

Ketika Pike Cars yang lain dibina di atas platform Nissan March, model S-Cargo ini pula dibina pada platform yang sama dengan Nissan Sunny/Datsun 130Y B11 yang lebih sederhana. Ia dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik 3-kelajuan.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 23

Reka bentuknya diilhamkan oleh Citroen 2CV yang turut memberi inspirasi kepada namanya. Walaupun sesetengah penerbitan menyebutnya sebagai salah satu kereta paling hodoh, namun pendapat berbeza melihatnya sebagai salah satu reka bentuk old skool yang unik dengan permukaan pasca moden yang bersih.

Suzuki Twin

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 24

Kereta Kei sentiasa kelihatan kecil dan berkotak tetapi Suzuki Twin ialah kereta Kei yang lebih kecil dan comel serta menyerupai Little Tikes Cozy Coupe. Ia kelihatan seperti sebuah kereta mainan berbanding kereta sebenar serta merupakan pesaing utama kepada Smart Fortwo.

Dilancarkan pada tahun 2003, Suzuki Twin direka khas untuk wanita dan saiznya yang kecil bermakna ia dengan mudah boleh diletakkan di parkir kenderaan yang paling sempit. Ia juga merupakan antara kereta Kei pertama yang hadir dengan enjin hibrid dan menariknya, terdapat transmisi manual 5-kelajuan tersedia untuk versi berkuasa petrol.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 25

Memandangkan ia adalah kereta kecil, Suzuki menjadikan Twin hanya dalam 2 tempat duduk dan ruang but hanya boleh diakses melalui palka kaca belakang. Mungkin disebabkan oleh kekurangan inilah, hanya 10,106 unit dihasilkan dalam pengeluaran selama dua tahun.

Toyota bB Open Deck

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 26

Toyota bB biasa

Toyota bB ialah hatchback berkotak unik yang berkongsi platform yang sama dengan Toyota Yaris generasi pertama. Tetapi jika itu tidak cukup aneh, Toyota telah tampil dengan versi trak pikapnya pula.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 27

Toyota bB Open Deck hanya bertahan selama beberapa tahun sahaja antara 2001 hingga 2003 tetapi ia mempunyai reka bentuk yang sangat pintar untuk ruang kargonya. Sudah tentu, ia mungkin mempunyai dek kecil, tetapi jika anda memerlukan lebih banyak ruang, anda boleh melipat tempat duduk menjadi rata, membuka dinding kabin belakang, dan poof! jadilah koko crunch bilik kargo tambahan.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 28

Malah, tugas-tugas memuatkan barang menjadi lebih mudah berbanding trak pikap standard kerana jarak kelegaan yang rendah. Praktikaliti Toyota bB asal dikekalkan dan begitu juga trenkuasa yang sama. Ia tidak mempunyai keteguhan yang sama seperti trak pikap biasa tetapi kekurangan tersebut ditebus dengan keanehannya pula.

Toyota Classic

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 29

Berikutan kejayaan Pike Cars dari Nissan, Toyota ingin memperkenalkan model penghargaan retronya sendiri. Tidak seperti pesaingnya yang melihat kereta Barat lama untuk inspirasi, Toyota cuba melihat masa lalunya sendiri.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 30

Inspirasi Toyota Classic adalah Toyota AA

Oleh yang demikian, pada tahun 1996, gergasi Jepun itu telah melancarkan Toyota Classic yang diberi nama mudah. Terhad kepada 100 unit sahaja, reka bentuk Toyota Classic menyerupai Toyota AA, yang merupakan model kereta pertama Toyota yang dihasilkan pada tahun 1936.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 31

Walaupun kelihatan klasik, ia masih diserlahkan dengan ciri-ciri mewah masa kini termasuk tempat duduk kemasan kulit, stereng kayu dan panel instrumen dengan kayu berurat. Menjana hatchback retro moden yang bergaya ini ialah enjin 4-silinder 2.0 liter petrol yang menghasilkan 97 PS dan 160 Nm.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 32

Tetapi inilah ia menyimpan suatu rahsia unik. Di bawah semua gaya berkelas itu, Toyota Classic berkongsi platform yang sama dengan Toyota Hilux. Hal ini bermakna, Toyota Classic juga mempunyai dimensi yang besar - berukuran 4,885 mm panjang dan berat 1,480 kg.

WiLL Cypha

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 33

Nampak mirip dengan Perodua Myvi generasi pertama, WiLL Cypha mempunyai beberapa ciri yang kita anggap biasa sekarang tetapi ia adalah sebuah kereta revolusi dari 20 tahun yang lalu. Di sebalik semua penampilan yang funky tersebut, terdapat suatu jenama yang kedengaran susah untuk dipasarkan.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 34

Model lain termasuklah WiLL Vi dan VS

WiLL ialah jenama kerjasama antara banyak syarikat Jepun termasuk Kao, Panasonic, Toyota, Glico dan Asahi. Ia direka bentuk untuk berorientasikan remaja dan produknya hanya ditawarkan dalam talian sahaja. Di bawah kerjasama ini, WiLL menjual tiga model, WiLL Vi, WiLL VS dan kereta yang kami paparkan dalam senarai ini, WiLL Cypha.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 35

WiLL Cypha menggantikan WiLL Vi dengan rupa yang lebih futuristik. Di bawah semua rekaan bulat tersebut adalah Toyota Yaris generasi pertama dan seperti yang ditunjukkan, Cypha mewakili masa depan.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 36

Ia adalah salah satu kereta pertama yang dipasang dengan sistem telematik kenderaan yang dipanggil G-Book. Selain itu, WiLL Cypha juga dijual melalui perkhidmatan langganan. Ia adalah sesuatu yang ditawarkan sekarang oleh jenama seperti Renault dan Toyota, tetapi ini dianggap lebih awal pada masa itu.

Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal? 37

10 kereta JDM ini pastinya menarik dan walaupun sebahagian daripadanya tidak akan mengalami kenaikan nilai jualan semula (cukai JDM) atau menarik kumpulan peminat yang besar, sekurang-kurangnya kereta unik ini patut dikenang semula sekali sekala.

Baca: Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda