window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun!

Mersita ยท Nov 23, 2020 01:00 PM

Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun! 01

Memang tak dinafikan, masa kini ramai yang bergelut dengan kesan pandemik COVID-19. Ada yang hilang pekerjaan dan sudah tak mampu membayar komitmen bulanan, termasuklah pinjaman kenderaan. Keadaan sekarang terlalu mendesak, oleh itu ramai yang berhasrat ingin meringankan beban dan menjual semula kereta yang dimiliki.

Begitulah yang dilihat oleh pengusaha perniagaan kenderaan terpakai seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star baru-baru ini. Pengusaha di Johor Bahru menglihat peningkatan dalam pertanyaan penjualan kereta dari pemilik sehingga 30% sejak bulan September lalu setelah moratorium pinjaman berakhir.

Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Segelintir daripada pemilik juga berhasrat untuk ‘trade in’ kereta mereka dengan yang lebih murah. Ada juga yang mahu menjual semula kereta yang dimiliki baru saja kurang dari dua tahun.

Tapi, dalam ramai-ramai pemilik yang berhasrat untuk menjual kereta mereka, lebih kurang separuh daripada mereka membatalkan niat kerana nilai kereta mereka lebih rendah daripada kos bayaran balik penuh kepada bank. Contohnya, hutang pinjaman dengan bank masih lagi berbaki RM 70,000 dan nilai pasaran kereta mereka sudah turun ke RM 60,000.

Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun! 01

Selain daripada terpaksa berbelanja lebih untuk menjual kereta mereka yang belum habis dibayar, mereka yang mahu membayar pinjaman penuh secara ‘lump sum’ lebih awal daripada tempoh pinjaman perlu tahu tentang “Rule of 78” yang dikenakan oleh bank seperti yang pernah kami bincangkan dalam artikel ini.

Presiden Persatuan Sewa-Beli Motor dan Syarikat Kewangan Johor, Lum Chen Fook juga memberitahu akhbar itu yang industri pelancongan tidak menjangkakan yang industri itu akan pulih dalam masa terdekat. Oleh itu, van yang dahulunya digunakan untuk membawa pelancong semakin banyak terlepas ke pasaran kenderaan terpakai.

Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun! 02

Jika dirujuk pada artikel kami baru-baru ini, permintaan bagi van dan pacuan empat roda (4x4) dikatakan semakin meningkat di Lembah Klang kerana semakin ramai yang mahu memulakan perniagaan seperti servis penghantaran barang, jualan bazar, dan sebagainya.

Merujuk kepada fenomena dalam pasaran kereta terpakai lebih-lebih lagi dalam konteks ini, kami seringkali nasihatkan pembeli kereta untuk mengurangkan tempoh pinjaman mereka semasa membuat pinjaman dari bank.

Usahakanlah dan rancang untuk mengehadkan tempoh pinjaman kereta anda kepada 5 atau 7 tahun dan bukannya 9 tahun kerana nilai kenderaan selalunya tidak dapat bertahan, ditambah pula dengan kadar cengkeram/bunga yang lebih tinggi jika tempoh pinjaman lebih lama.

Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun! 03

‘Rule of 78’ membolehkan bank untuk meletakkan 80 peratus cas cengkeram pada separuh awal pertama dalam tempoh pinjaman. Kredit: User DC5

Seperti yang kami ceritakan dalam artikel tentang “Rule of 78” tersebut; jika anda terpaksa membuat pinjaman 9 tahun kerana pendapatan sudah diregangkan cukup-cukup untuk tempoh hampir sedekad ini, anda sebenarnya tak mampu beli kereta tersebut. Fikir-fikirkanlah.

Nak jual kereta secara 'sambung bayar'? Jangan, kami dah beri amaran tentang risikonya yang juga sebenarnya salah disisi undang-undang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda