window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Semakin ramai selebriti 'rendah diri', Tuah Adzmi tak kisah beli Proton Satria Neo terpakai untuk elak hutang bank!

Haris · Dec 7, 2022 11:59 AM

Semakin ramai selebriti 'rendah diri', Tuah Adzmi tak kisah beli Proton Satria Neo terpakai untuk elak hutang bank! 01

Imej seorang artis selalu dikaitkan dengan kenderaan mewah, rumah besar dan pakaian yang berjenama namun semakin ramai artis muda dilihat mahu keluar daripada imej 'boros' ini.

Terbaharu, penyanyi muda Tuah Adzmi, 24 tahun, tular di laman sosial apabila membeli sebuah Proton Satria terpakai yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam satu wawancara bersama Kosmo, penyanyi muda tersebut memberitahu pemberita bahawa dia sudah tidak mahu berhutang begitu banyak dengan pihak bank lantas membeli kereta terpakai secara tunai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Saya tidak beli kereta baharu, cuma ‘trade in’ Myvi saya dengan Satria Neo. Kereta Myvi yang saya gunakan sebelum ini sudah lama dan ada beberapa kerosakan.

“Kereta Satria Neo ini pun tidak mahal sangat dan nak jaga pun tak susah,” tambahnya lagi.

Semakin ramai selebriti 'rendah diri', Tuah Adzmi tak kisah beli Proton Satria Neo terpakai untuk elak hutang bank! 01

Walaubagaimanapun, Tuah tidak mendedahkan sebarang perincian harga mengenai Proton Satria baharu miliknya itu.

“Kalau boleh saya memang nak mengelak buat pinjaman dengan bank. Jadi saya tidak rasa terbeban walaupun tukar kereta lain. Lagipun komitmen saya banyak.

“Saya siap ambil sekali jaminan (warranty) supaya jika ada kerosakan besar, saya tidak perlu tanggung. Ambil kereta terpakai macam-macam boleh jadi.

“Kesimpulannya saya tukar kereta hanyalah untuk memudahkan urusan dan cuba berjimat-cermat,” jelasnya.

Ketika waktu penulisan, harga sebuah Proton Satria terpakai adalah dalam lingkungan RM 15k sehingga RM 49k mengikut tahun, varian dan keadaan kenderaan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti pautan ini untuk meninjau harga terkini.

Baca: "Tak pernah ada kereta" - Shashic beli Proton Persona 'cash', tunai impian kereta pertama keluarga

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda