window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi!

Haris · Oct 9, 2021 04:00 PM

Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi! 01

Dengan gangguan bekalan cip yang berterusan, ditambah pula dengan wabak pandemik Covid-19, pembelian kereta baru hari ini pasti akan memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan. Hal ini meliputi kesemua pengeluar, termasuk Proton.

Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi! 02

Oleh itu, jika anda menempah Proton X50 atau Proton X70 baru hari ini, adakah anda masih layak menerima harga diskaun SST? Perlu diingatkan bahawa kereta baru yang dibeli mesti didaftarkan sebelum atau pada 31-Disember-2021 untuk memenuhi syarat-syarat pengecualian cukai berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip!

Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi! 01

Jawapan ringkas adalah TIDAK, anda berkemungkinan besar untuk terlepas harga pengecualian cukai.

Tinjaun Wapcar dengan pengedar Proton mendapati bahawa tempoh menunggu Proton X50 antara 5 hingga 6 bulan.

Dalam konteks garis masa, ini bermaksud bahawa pembeli Proton X50 hari ini tidak mungkin menerima kereta mereka menjelang Tahun Baru Cina tahun depan, apatah lagi pada akhir tahun ini.

Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi! 02

Bagi Proton X70, model SUV yang lebih besar, masa menunggu sekarang sekitar 2 hingga 3 bulan sahaja. Menurut penasihat jualan yang ditanya, pembeli yang mampu menerima apa sahaja warna yang ditawarkan boleh mendapatkan kereta mereka lebih awal.

Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi! 03

Oleh itu, jika anda menempah Proton X50 baru-baru ini, kemungkinan untuk anda layak menerima pengecualian cukai SST adalah rendah. Bukan tiada langsung, tetapi rendah.

Penerimaan kenderaan bergantung kepada pelbagai faktor, namun tentunya faktor utama adalah faktor pengeluaran dari kilang.

Sempat terima Proton X50 dan X70? Pengecualian cukai SST tamat 3 bulan lagi! 04

Hampir setahun yang lalu ketika Proton X50 dilancarkan, tempoh menunggu adalah sehingga 6 bulan. Situasi ini tidak banyak yang berubah semenjak itu. Sambutan masih hangat untuk SUV kompak ini. Adakah anda baru sahaja menempah Proton X50 atau Proton X70?

Baca: 2020 Proton X50: Pembeli baharu hanya akan terima kereta tahun hadapan?

 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda