window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami

Mersita · Aug 22, 2021 06:00 PM

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 01

Honda Jazz cukup digemari ramai dengan rekaannya yang kompak dan harganya yang cukup mampu-milik bagi sesiapa yang mahu merasakan keunggulan lambang ‘H’. Sebagai kereta Honda paling murah, Honda Jazz generasi apakah yang paling bagus dan popular?

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 02

Jika Jazz dibandingkan dengan model-model Honda lain seperti Civic atau Accord, Jazz boleh dianggap ‘model baru’ dan sejarahnya tidak setanding model-model lagenda ini. Sudah berapa lamakah Jazz berada di pasaran? Jom kita kenali sejarah dan kemajuan Honda Jazz dari generasi ke generasi sejak kira-kira 20 tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Jazz GD (2001)

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 01

Di Jepun, Honda Jazz generasi pertama diperkenalkan pada 2001 sebagai alternatif kepada MPV bersaiz kecil. Ia merupakan kereta pertama yang dibina dengan platform Global Small Car yang dikatakan memberi keluasan ruang kabin tanpa tara.

Hatchback ini sememangnya mempunyai ruang dalaman yang luas diluar sangkaan walaupun dimensi luarannya yang tampak kecil. Salah satu helah untuk meluaskan ruang belakang kabinnya ialah dengan lokasi tangki petrolnya yang diletakkan di bawah tempat duduk hadapan.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 02

Perkara ini membolehkan penambahan satu perincian dipanggil Ultra Seats yang menawarkan konfigurasi simpanan pelbagai bagi menyimpan objek berbagai bentuk dan saiz. Tahap fleksibiliti dan kemudahan ini boleh dikatakan sebagai satu kelebihan serta tarikan terbaik dalam Honda Jazz.

Baca juga: Honda Jazz kini tular dengan praktikaliti tempat duduk ULTRA Seat!

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 03

Ia amat popular di Jepun, sehingga mampu merampas takhta Toyota Corolla sebagai kereta No.1 paling laris di negara itu. Corolla mempertahankan takhtanya selama 33 tahun tanpa saingan, sehinggalah Jazz muncul di pasaran.

Pada 2002, Honda berjaya menjual 250,790 unit Jazz generasi pertama. Jazz memegang posisi teratas bagi kereta terlaris di Jepun selama hampir sedekad.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 04

Honda Jazz generasi pertama tiba di pasaran Malaysia pada 2003 dengan hanya satu varian yang diimpot (CBU) dari Jepun dan dikuasakan dengan enjin i-DSI 1.3 liter.

Pada 2004, Honda Malaysia memperkenalkan pula varian i-DSI 1.5 liter diimpot dari Thailand, dan juga varian VTEC 1.5 liter yang datangnya dari Jepun.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 05

Enjin i-DSI 1.5 liter tersebut boleh menjana 88 PS/131 Nm, manakala enjin VTEC 1.5 liter itu pula menjana 110 PS/143 Nm – kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear CVT dengan 7 nisbah virtual.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 06

Kemudian, unit facelift yang menyusul selepas itu pada 2006 dikemaskini dengan rupa baharu termasuklah bampar rekaan baru, lampu brek LED, dan rim baru. Harga bagi varian i-DSI dan VTEC masing-masing ialah RM 94,800 dan RM 103,800.

Honda Jazz GE (2007)

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 07

Menjelang tahun 2007, Honda Jazz generasi kedua ditayangkan secara global di Tokyo Motor Show. Ia menawarkan ruang dalaman yang lebih luas – lebar dan panjang dipertingkatkan serta penambahan 50 mm pada jarak rodanya.

Kekukuhan strukturnya dikatakan telah dipertingkatkan sebanyak 164 peratus berbanding generasi sebelumnya, dan ini membantu memperbaiki pemanduan serta pengendaliannya. Tahap bunyi di dalam kabin juga telah direndahkan.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 08

Di Malaysia, Honda Jazz generasi kedua dilancarkan pada 2008. Ia tidak lagi ditawarkan dengan dua pilihan enjin seperti generasi sebelumnya. Sebaliknya, ia ditawarkan dengan dua tahap kemasan (trim) dengan enjin yang sama.

Enjin 1.5 liter itu diberi sentuhan i-VTEC yang menggabungkan VTEC dengan VTC (Variable Timing Control) Honda. Enjin yang dipertingkatkan ini menghasilkan 120 PS/145 Nm dan ia dipadankan dengan kotak gear automatik 5 kelajuan.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 09

Ia masih mengekalkan perincian Ultra Seats dengan mod pelbagai – sama seperti generasi terdahulu.

Walaubagaimanapun, mod Relax; yang membolehkan bahagian penyandar kerusi hadapan untuk dibaringkan sepenuhnya dan bersambung dengan kerusi belakang bagi mewujudkan permukaan panjang dan rata, sudah digugurkan bagi generasi ini. Perkara ini membolehkan kerusi hadapan direka semula bagi keselesaan lebih baik.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 10

Bagi harganya ketika pelancaran pula, varian S dijual pada harga RM 104,800 manakala varian V dijual pada harga RM 109,800. Kedua-duanya diimport dari Thailand. Pada 2011, model facelift pula tiba dengan beberapa perubahan kosmetik – dijual dengan hanya satu varian iaitu Grade V dengan harga yang sama dengan sebelumnya.

Setahun selepas itu, ia digantikan pula dengan Grade S dengan pengurangan dari segi harga dan tahap kelengkapan.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 11

Pada tahun yang sama, Honda Jazz Hybrid juga diperkenalkan. Ia didatangkan sebagai model import (CBU) dan selepas itu dengan model dipasang tempatan (CKD). Ia dikuasakan dengan enjin i-VTEC 1.3 liter dipadankan dengan motor elektrik yang dipanggil sistem Integrated Motor Assist (IMA). Secara amnya, ia adalah sejenis hibrid sederhana, dengan janaan kuasa 88 PS/121 Nm.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 12

Pada 2013, Honda Jazz CKD bukan-hibrid menyertai pasaran kita. Ia merupakan kereta Honda paling murah ketika itu – dengan harga RM 74,800 – dan sebahagian besarnya menyerupai varian Grade S CBU dari segi kelengkapannya.

Honda Jazz GK (2013)

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 13

Belum lama selepas Honda Jazz CKD generasi kedua dilancarkan, Honda Jazz generasi ketiga pula didebut secara global pada tahun yang sama.

Honda Jazz generasi ketiga nampak sangat berbeza dengan generasi terdahulunya. Rekaan luaran dan dalamannya lebih bersegi dari dulu dan ia ‘hilang comel’ sedikit. Ia lebih panjang berbanding model sebelumnya dengan penambahan 33 mm pada jarak rodanya. Ruang but juga diperbesarkan.

Baca juga: 3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris?

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 14

Pada 2014, Honda Jazz generasi ketiga dilancarkan sebagai model CKD dari awal lagi. Ada tiga varian ditawarkan dengan harga bermula dari RM 72,800 sehingga RM 87,000.

Berbeza dengan beberapa negara lain, kita diberi model dengan enjin i-VTEC SOHC 1.5 liter ‘port-injection’ dengan jumlah janaan kuasa yang sama iaitu 120 PS/145 Nm. Walau bagaimanapun, kotak gear automatik 5 kelajuannya digantikan dengan CVT.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 15

Model facelift muncul pada 2017 dan selain daripada perubahan kosmetik seperti biasa dan penambahan kelengkapan, ia juga menghadirkan semula model Jazz Hybrid.

Kali ini, hibrid sepenuhnya ini digelar sebagai sistem Sport Hybrid i-DCD (Intelligent Dual-Clutch Drive). Enjin i-VTEC 1.5 liternya ialah unit DOHC yang beroperasi dengan kitaran Atkinson dan ia dipadankan dengan kotak gear dwi-klac 7 kelajuan.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 16

Trenkuasa hibrid ini menghasilkan janaan tergabung sebanyak 137 PS dan tork 170 Nm, dimana Honda mengatakan yang angka ini sama seperti tahap kuasa enjin NA 1.8 liter. Ia dijual pada harga RM 87,500.

Baca juga: Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai?

Honda Jazz GR (2019)

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 17

Honda Jazz generasi keempat mula-mula ditayangkan di Tokyo Motor Show 2019. Walau bagaimanapun, kebanyakan pasaran di rantau Asia Tenggara tidak akan menerima pelancarannya. Sebaliknya, Honda Jazz ini akan digantikan dengan City Hatchback.

Baca juga: Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback?

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 18

Kami ingin menceritakan model generasi ini dengan lebih lanjut lagi. Tapi, bagi kita di Malaysia, Honda Jazz generasi terbaru ini tidak relevan bagi pasaran kita.

Baca juga: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Rumusan

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 19

Jika kami disuruh memilih generasi Honda Jazz kegemaran kami yang pernah dijual di Malaysia, kami akan pilih Honda Jazz generasi kedua.

Sebabnya? Ia adalah Jazz versi generasi pertama yang lebih diperhalusi dengan beberapa peningkatan pada beberapa aspek dan pada masa sama, masih lagi mengekalkan kemudahan serta keluasan ruang dalaman hebat. Ia diberi enjin baru yang terus-terusan digunakan oleh Honda selama lebih sedekad, dan ini membuktikan kebolehtahanannya.

Semua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami 20

Tambahan pula, ia adalah satu-satunya generasi Jazz yang dilengkapi kotak gear automatik 5 kelajuan. Bukannya kami tak suka CVT, tapi kami cuma minat kotak gear ‘old-school’ biasa.

Itu pendapat kami, anda pula bagaimana? Generasi Honda Jazz yang manakah jadi pilihan anda? Jom komen di FB WapCar – BM.

Baca juga: Honda Jazz digugurkan, City Hatchback sebagai ganti. Tindakan bijak atau tidak?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda