window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Mersita Β· Sep 26, 2022 03:20 PM

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 01

  • Digerakkan oleh motor elektrik 106 PS/170 Nm, dicas oleh enjin 1.2L 3 silinder 82 PS/105 Nm
  • Model kedua Perodua dilengkapi EPB selepas Alza
  • Penggunaan minyak didakwa 3.2 liter/100 km
  • Program pajakan sahaja selama 5 tahun

Usah terkejut jika anda terlihat Perodua Ativa Hybrid mula meluncur laju (dan barangkali lebih senyap) di jalanan bermula sekarang. Beberapa unit pertama Perodua Ativa Hybrid telah diserahkan kepada pelanggan yang menyertai program pajakan Perodua Ativa Hybrid dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Sebanyak 300 unit disediakan untuk pelanggan di Lembah Klang, Johor Bharu, dan Pulau Pinang. Ia ditawarkan kepada penerima bertuah terdiri daripada pelanggan Perodua dalam bentuk pajakan 5 tahun dengan had perbatuan 100,000 km.

Trenkuasa Perodua Ativa Hybrid 2022 - kompak dan ringan

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbeza dengan Perodua Ativa 2021 biasa berenjin turbo, 300 unit Ativa versi hibrid ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan merupakan 'rebadge' asli Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid.

Berbeza dengan enjin turbo 1.0 liter pada Ativa CKD, unit istimewa ini didatangkan dengan sistem hibrid 1.2 liter e-Smart yang menghamburkan kuasa sehingga 106 PS dan tork 170 Nm.

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 01

Enjin petrol 3 silinder 1.2 liter kitaran Atkinson sekadar berfungsi sebagai penjana (generator) untuk motor elektriknya yang menggerakkan roda hadapan serta mengecas bateri litium-ion 4.3 Ah β€“ menjadikannya sistem hibrid siri penuh tanpa kotak gear konvensional.

Dengan sistem ini, Ativa Hybrid boleh mencapai penjimatan minyak pada kadar 31.3 km/liter (3.2 liter/100 km) mengikut ujian Malaysian Driving Cycle (MDC).

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 02

Ini menjadi satu penambahbaikan kepada Ativa turbo biasa yang mencapai 18.9 km/liter (5.3 liter/100 km) menurut kitaran ujian NEDC. Perbezaan antara NEDC dan MDC agak kecil, oleh itu Ativa Hybrid masih boleh dikatakan 40 peratus lebih cekap minyak berbanding Ativa yang dinyatakan menghirup 5.29L/100 km.

Masih berasaskan Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Ativa Hybrid ini juga menawarkan fungsi pemanduan satu pedal bergelar 'Smart Pedal'.

Kelengkapan, fungsi dan perincian Perodua Ativa Hybrid 2022

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 03

Apa lagi yang baru untuk kita? Ativa Hybrid menjadi model kedua Perodua yang didatangkan dengan brek parkir elektrik (EPB) selepas Alza bagi menyempurnakan fungsi 'stop-go'nya pada kawalan peluncuran adaptif (ACC). Ia turut dilengkapi set ADAS lengkap.

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 04

Kawalan penghawa dinginnya juga berbeza daripada Ativa biasa. Terlihat tombol mengapit skrin digital kecilnya; berbeza dengan konsol biasa di dalam unit biasa. Ativa hibrid ini turut didatangkan dengan sarung tempat duduk gabungan kulit dan fabrik serta skrin meter digital 7 inci.

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 05

Seperti yang dinyatakan di atas, Perodua Ativa Hybrid yang dibawa masuk ke Malaysia untuk program pajakan ini tampil dalam bentuk kereta asasnya, Daihatsu Rocky, dari luar sehinggalah ke dalam kabinnya. Hanya lencana Daihatsu ditukarkan kepada lencana Perodua seperti yang dapat dilihat pada emblem stereng, bampar depan dan belakang berserta lencana nama.

Dari luar, terlihat lampu hadapan LED, rim 17 inci (lebih kurang sama dengan Perodua Alza D27A), cat badan dwi-tona hitam putih, dan rupa bentuk belakang tanpa banyak perbezaan. Hanya satu varian dan satu warna iaitu Pearl White yang ditawarkan bagi Perodua Ativa Hybrid ini.

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 06

Memandangkan ia digunakan pelanggan secara pajakan, 300 unit Perodua Ativa Hybrid ini dilengkapi dengan sistem telematik kenderaan yang mencatat data kelajuan penjejakan, lokasi, masa penggunaan, masa henti serta karakter pemanduan pecutan dan brek. Perkara ini adalah amalan biasa dalam program pemajakan kenderaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Pelanggan harus bersetuju untuk berkongsi segala data ini bersama Perodua bagi usaha kajian kebolehlaksanaan untuk mengukur pola penggunaan dunia sebenar model hybrid oleh rakyat Malaysia serta kebolehterimaan kenderaan hibrid secara amnya.

Harga pajakan Perodua Ativa Hybrid 2022

Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40% 07

Bayaran pendahuluan Perodua Ativa Hybrid adalah sebanyak RM 2,150 dengan bayaran bulanan RM 500. Pelan pajakan ini termasuk sekali dengan cukai jalan, insurans, dan kos servis. Oleh itu, pelanggan hanya perlu menampung kos alat ganti β€˜wear-and-tear’ dan minyak kereta.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda