![Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 01]()
Seiring dengan pengumuman insentif PENJANA daripada Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan potongan cukai jalan sebanyak 100% bagi kereta yang dipasang tempatan (CKD) dan 50% bagi kereta import (CBU), beberapa jenama telah pun mengemas kini harga kereta mereka.
Harga baharu tersebut berkuatkuasa bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Di samping itu, segelintir pihak pengeluar turut menawarkan pelbagai promosi di atas potongan cukai jualan yang diberikan. Ini bermakna anda bakal menerima lebih nilai bagi wang anda.
![Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 02]()
Berikut adalah jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga kereta mereka.
BMW - potongan sehingga RM31,000
Honda - potongan sehingga RM9,000
Lexus - potongan sehingga RM47,000
Mazda - potongan sehingga RM17,000
Mercedes-Benz - potongan sehingga RM31,000
MINI - potongan sehingga RM14,000
Mitsubishi - potongan sehingga RM8,154
Nissan - potongan sehingga RM18,000
Naza (Kia, Peugeot, Citroen dan DS) - potongan sehingga RM14,000
Toyota - potongan beserta diskaun untuk model terpilih
Renault - potongan sehingga RM11,700
Perodua - potongan sebanyak 3% - 6%
Porsche - potongan sehingga RM47,000
Proton - potongan sehingga RM7,000
Volvo - potongan sehingga RM17,968
Volkswagen - potongan sehingga RM9,000
*(senarai sentiasa dikemaskini)
![Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 01]()
Tujuan bagi pengumuman insentif potongan cukai jualan ini adalah untuk memulihkan semula ekonomi yang telah terjejas teruk ekoran wabak pandemik Covid-19. Kebanyakan jenama kereta mengalu-alukan tawaran ini dan menyokong usaha kerajaan dalam memacu semula industri automotif negara.
![Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 02]()
Selain itu, kepada mereka yang berniat untuk menggunakan peluang ini untuk membeli trak pikap, dukacita dimaklumkan bahawa trak pikap tidak mendapat potongan cukai jualan. Namun sebelum anda bersedih, diskaun atau promosi mungkin ditawarkan oleh pihak pengeluar sendiri (contohnya Toyota, Isuzu) bagi memastikan peminat trak pikap tidak ketinggalan dalam tawaran keemasan ini.
Komen