window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!

Zamil Syaheer · Jul 7, 2021 01:00 PM

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 01

Pada bulan April, Honda Malaysia telah memberi petunjuk bahawa ada kejutan besar bagi peminat Honda Civic akhir tahun ini.

Ketika ditanya oleh majalah With Dreams terbitan Honda Malaysia mengenai perkara tersebut, Presiden dan COO Mr. Sarly Adle Sarkum berkata, "Anda tidak melihat Tayangan Perdana Civic 2022 di internet ke? Di mana anda berada selama ini? ‘Tunggu’… ’

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, banyak perkara sudah terjadi sejak April. Hari ini, bilik pameran kereta masih tidak dibenarkan beroperasi, bendera putih dan bendera hitam menjadi trend di media sosial, dan tiada sesiapapun yang dapat mengatakan dengan pasti bila aktiviti ekonomi dapat kembali secara normal.

Oleh itu, tak salah untuk kami katakan bahawa segala pelan oleh Honda Malaysia untuk Honda Civic FE 2022 yang baru terpaksa ditunda buat masa kini..

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 01

Menurut sumber yang dipercayai, Honda Malaysia pada awalnya telah merancang untuk memperkenalkan Honda Civic FE generasi ke-11 2022 di sini pada akhir suku ke-3 / awal suku ke-4 tahun ini.

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 02

Model ini akan membuat penampilan sulung di Thailand akhir bulan ini dan Malaysia sepatutnya mengadakan pratonton Honda Civic serba baru sejurus selepas itu, dengan pelancaran rasmi sebelum tahun 2021 berakhir.

Dengan situasi Covid-19 yang tidak menentu di Malaysia, tidak banyak syarikat kereta yang dapat mengatakan dengan pasti bila mereka boleh melancarkan model baru yang seterusnya.

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 03

Honda Civic bukan satu-satunya model yang ditangguhkan. Honda HR-V pun terpaksa ditunda, termasuklah Proton Persona 2021, Proton Iriz, X70 SE, Perodua Myvi 2021 baru, bahkan Mercedes-Benz E-Class dan A-Class (CKD).

Juga baca: Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi!

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 04

Pelancaran secara maya masih boleh dilakukan tetapi secara realistiknya, tak guna nak melancarkan model baru jika bilik pameran ditutup.

Sebilangan syarikat kenderaan mungkin memilih untuk terus melakukan pelancaran secara maya, tetapi banyak yang lebih rela menunggu supaya dapat meminimumkan jurang masa antara pelancaran maya dan pembukaan semula bilik pameran.

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 05

Honda Civic FE 2022 membuat debut global di Amerika Syarikat pada April tahun ini, sebelum dijual di sana pada bulan Jun. Varian hatchback juga telah membuat debut globalnya di Jepun, tetapi harga belum diumumkan dan penjualan tidak akan bermula sehingga akhir tahun ini.

Juga baca: Honda Civic Hatchback 2022 akan dilancarkan di Malaysia? Ini adalah jawapan Honda sendiri!

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 06

Honda Civic FC generasi terkini  (berharga dari RM 109,326 hingga RM 134,661, sah sehingga 31-Disember 2021) dipasang di kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka dan generasi akan datang akan terus dihasilkan di sana.

Juga baca: Rebiu: Honda Civic 1.5 TC-P facelift, terbaik dari Corolla Altis dan Mazda 3?

Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan! 07

Sumber kami juga memberitahu bahawa persiapan untuk pra-produksi sepatutnya berjalan sekarang, tetapi pesanan berhenti kerja disebabkan PKP, serta kesukaran yang dihadapi oleh jurutera yang melakukan perjalanan dari Jepun (bukan hanya dari Honda, tetapi juga pengeluar alat ganti asing yang beroperasi secara tempatan), telah menyebabkan kelewatan dalam rancangan ini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda