window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Seram, ribut paksa ratusan penunggang motosikal berhenti atas Jambatan P.Pinang!

Khairil ยท Feb 9, 2022 04:00 PM

Seram, ribut paksa ratusan penunggang motosikal berhenti atas Jambatan P.Pinang! 01

Ratusan atau mungkin ribuan penunggang motosikal berdepan situasi menakutkan apabila terpaksa menghentikan kenderaan mereka di bahu jalan di atas Jambatan Pulau Pinang susulan ribut dan hujan lebat, semalam.

Situasi menakutkan itu dapat dilihat menerusi video tular yang dirakamkan pengguna jalan raya yang melalui jambatan berkenaan. Turut tular video ribut berkenaan yang diambil di bawah jambatan berkenaan oleh kaki pancing.

Juga baca: Jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Toyota Prius ditinggalkan di tepi jalan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seram, ribut paksa ratusan penunggang motosikal berhenti atas Jambatan P.Pinang! 01

Daripada video itu, dapat dilihat keadaan angin kencang dan laut bergelora membadai jambatan. Situasi dikatakan membahayakan pengguna motosikal yang dan mengakibatkan perjalanan mereka terpaksa dihentikan.

 

Memetik laporan BHarian, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh mengesahkan kejadian berkenaan.

Seram, ribut paksa ratusan penunggang motosikal berhenti atas Jambatan P.Pinang! 02

"Angin kencang menyukarkan penunggang motosikal dan bagi menjaga keselamatan, mereka terpaksa berhenti di bahu jalan," katanya.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan pengguna motosikal yang melalui jambatan berkenaan ketika ribut berlaku. 

Juga baca: Alza ditinggalkan di tepi jalan, pemandu e-hailing jatuh dari Jambatan Pulau Pinang

Seram, ribut paksa ratusan penunggang motosikal berhenti atas Jambatan P.Pinang! 03

Malah ada pengguna yang turut berkongsikan pengalaman mereka ketika kejadian berlaku dan menyatakan motosikal mereka tidak dapat bergerak susulan angin yang kuat.

Susulan ribut berkenaan juga, maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengesahkan terdapat hampir 20 laporan mengenai kejadian pokok tumbang dan kerosakan struktur susulan hujan dan angin kencang berlaku di negeri berkenaan.

Seram, ribut paksa ratusan penunggang motosikal berhenti atas Jambatan P.Pinang! 04

Antara lokasi yang terbabit ialah di Air Itam, Bayan Baru, Lintang Pangkor, Jalan Zainal Abidin, Jalan Sungai dan Jalan Masjid Negeri.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda