window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai?

Faisal · Mar 1, 2021 08:00 PM

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 01

Mereka yang lebih gemar membeli kereta terpakai berbanding baru sudah tentu ada penjelasan yang munasabah. Misalnya, "kenapa perlu beli Perodua Myvi baru kalau bayaran yang sama boleh dapat Volkswagen Jetta?". Ayat yang ringkas ini sebenarnya penuh dengan tanda tanya.

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 02

Untuk itu, mari kita kaji sedikit sebanyak mengenai Volkswagen Jetta memandangkan harganya telah turun ke peringkat yang cukup menarik. Tetapi apa isunya?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 01

Kami telah dapatkan tips dari beberapa pemilik dan pakar Volkswagen di VAGTechnik supaya lebih mudah untuk anda faham akan kereta kontinental yang laris di Malaysia seperti VW Jetta.

Masalah umum – Enjin

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 02

Enjin TwinCharger Volkswagen yang telah menang pelbagai anugerah

Pada awalnya, VW Jetta hadir dengan enjin 1.4L TSI TwinCharger yang menghasilkan 160 PS dan 250 Nm tork. Antara isu umum mengenai trenkuasa ini ialah piston yang retak. Oleh yang demikian, anda digalakkan buat compression test terlebih dahulu sebelum membeli unit yang hadir dengan enjin ini. Sekiranya tidak, kerja overhaul kelak boleh memakan kos sekitar RM 5,000 – RM 8,000, bergantung pada keadaan enjin semasa.

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 03

Kredit: VAGTechnik

Selain itu, enjin ini mempunyai beberapa isu yang lain tetapi ia tidaklah ketara seperti piston yang retak. Antaranya ialah:

Isu umum berkenaan enjin VW Jetta
Komponen Tanda-tanda Harga (RM)
Ignition coil Enjin 'misfire' 800
Water pump Enjin 'overheat' 900
Radiator Enjin 'overheat' 400
Motor kipas radiator Enjin 'overheat' 540
Gasket timing chain Kebocoran minyak 360

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 04

Kredit: VAGTechnik

Untuk model facelift yang hadir dengan enjin turbo 1.4L TSI (150 PS, 250 Nm tork), tiada sebarang isu piston yang pernah dilaporkan.

Masalah umum – Transmisi

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 05

Kredit: VAGTechnik

Isu mekatronik pada transmisi klac-kembar DQ200 kerap berlaku di kalangan pemilik. Untuk itu, dapatkan sejarah penjagaan. Kalau tidak, kos penukaran mekatronik boleh memakan belanja sehingga RM 2,300 termasuk upah.

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 06

Kredit: Amazon

Sewaktu menguji-pandu juga, pastikan klac masih dalam keadaan yang baik – tidak haus. Untuk itu, anda digalakkan buat pecutan penuh untuk pastikan klac tidak tergelincir. Menurut VAGTechnik, kos penukaran set klac yang baru berharga sekitar RM 2,650.

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 07

VAGTechnik

Tahun lepas, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memanggil semula beberapa pemilik VW Jetta untuk menggantikan hydraulic pressure accumulator. Oleh itu, pastikan komponen ini sudah dikemaskini pada unit tersebut.

Servis dan penjagaan

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 08

Kredit: Deautsche Motor

Bergantung pada minyak pelincir, kos servis yang biasa adalah sekitar RM 300 – RM 400. Penukaran minyak gearbox yang berharga dalam lingkungan RM 200 juga disarankan untuk setiap 30,000 km.

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 09

Kredit: Amazon

Sebagai model yang telah dikeluarkan sejak tahun 2011, beberapa komponen mungkin telah haus. Maka itu, beberapa perkara perlu diteliti. Antaranya seperti:

Komponen yang akan haus pada VW Jetta
Komponen Tanda-tanda Harga (RM)
Suspensi Sagat, bocor 1,600
Condenser A/C + cooling coil Penyaman udara tak sejuk 1,800
Sensor cooling tank Amaran suhu enjin 1,500
Kemasan siling Lapisan yang londeh 450
Wheel speed sensor Lampu amaran ESP/ABS 65/roda
Brake pad Brek kurang mencengkam 600/set

Varian mana yang patut dibeli? Bagaimana pula dengan harganya?

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 10

Model sebelum facelift hadir dengan satu varian sahaja. Di samping itu, VPCM pernah mengeluarkan edisi khas yang hadir dengan kosmetik unik – Jetta Sport, Jetta Club, dan Jetta AllStar. Berdasarkan pasaran terkini, model sebelum facelift berharga sekitar RM 30,000 ke RM 45,000.

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 11

Model facelift yang dikeluarkan dari tahun 2016 pula hadir dengan perincian visual yang lebih moden. Selain itu, ia didatangkan dengan ciri lampu xenon dan keyless entry & butang push start. Berdasarkan pasaran terkini, model facelift berharga sekitar RM 60,000 ke RM 80,000.

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 12

Walau apapun, perlu dimaklumkan bahawa enjin 1.4L TSI TwinCharger pada model sebelum facelift sebenarnya lebih mengagumkan. Malah keluaran awal yang didatangkan secara CBU turut hadir dengan paddle-shifter. Oleh itu, kami sarankan anda untuk cuba kedua-dua model.

Pada masa yang sama, kami galakkan anda untuk beli terus dari pemilik supaya anda tahu sejarah penjagaan kereta tersebut. Malah anda juga boleh terhindar dari penipuan pada perbatuan (mileage).

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 13

Untuk pengetahuan anda, gabungan enjin TSI dan transmisi DSG yang berpotensi besar cukuplah digemari di kalangan kaki 'tuners'. Oleh itu, cari unit yang belum diubah suai supaya jangka hayat trenkuasa tidak terjejas.

Konklusi

Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai? 14

Secara keseluruhan, VW Jetta telah mencetuskan beberapa kontroversi di Malaysia sehinggakan insan yang tidak pernah memiliki sekalipun menjadi bijaksana dalam berbicara mengenainya. Maka itu, dapatkan nasihat dari sumber yang bertauliah. Walau apapun, VW Jetta memberikan anda satu pengalaman kereta kontinental yang mutlak – laju, selesa, dan solid. Untuk RM 30,000 – RM 40,000, apa salahnya kan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Volkswagen Jetta 1.4 TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda