window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai?

Faisal · Feb 7, 2021 02:00 PM

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 01

Sebelum ini, kami pernah berkongsi panduan mengenai VW Jetta terpakai. Tetapi, bagaimana jika anda mahukan sebuah hatchback sehebat Jetta? Kali ini, kami akan bincangkan mengenai Golf TSI generasi Mk6 dan Mk7.

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 02

Uniknya, Golf Mk6 berkongsi mekanikal yang sama dengan Jetta melalui platform A5 yang terdahulu. Golf Mk7 pula menggunakan platform MQB yang lebih baru. Dengan itu, ia terasa lebih sedap untuk dipandu. Malah kabinnya juga terasa lebih berkualiti. Tanpa melengahkan masa, mari kita selami tentang perkara yang perlu anda teliti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 01

Dengan bantuan pemilik dan VAGTechnik, kami akan menjawab segala persoalan anda mengenai penjagaan Golf TSI Mk6 dan Mk7.

Masalah umum – Enjin

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 02

Enjin EA111 Volkswagen yang telah memenangi pelbagai anugerah

Golf Mk6 hadir dengan enjin Twincharger TSI EA111 (160 PS, 240 Nm tork). Seperti Jetta, beberapa batch (sekitar tahun 2011 ke 2012) mengalami isu keretakan piston. Sebagai langkah berjaga, anda digalakkan untuk membuat 'compression test'. Jika tidak, 'overhaul' perlu dilakukan dimana ia boleh memakan kos sekitar RM 5,000 – RM 8,000.

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 03

Enjin EA211 Volkswagen

Mengenai enjin turbo EA211 (150 PS, 250 Nm tork) pada Golf Mk7, pembeli tidak lagi mempunyai isu keretakan piston. Malah, kebanyakan isu yang terdapat pada enjin EA111 telahpun diselesaikan. Namun begitu, kedua-dua enjin mempunyai beberapa isu lain yang boleh didapati di senarai berikut:

Isu umum berkenaan enjin VW Golf
Komponen Tanda-tanda Harga (RM)
Ignition coil Enjin 'misfire' 800
Water pump Enjin 'overheat' 900
Radiator Enjin 'overheat' 600
Motor kipas radiator Enjin 'overheat' 540
Gasket timing chain Kebocoran minyak 360

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 04

Kredit: VAGTechnik

Sebagai enjin direct injection, ia tidak lari daripada pembentukan karbon. Oleh itu, pemilik disarankan untuk membuat rawatan karbon setelah perbatuan mencapai 100,000 km. Rawatan ini berharga di antara RM 300 – RM 500.

Masalah umum – Transmisi

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 05

Golf TSI Mk6 dan Mk7 menggunakan transmisi DCT 7 kelajuan klac kering DQ200. Sebagai transmisi dwi-klac, anda boleh mengesan kehausannya dengan melakukan pecutan penuh. Sekiranya tergelincir, itu bermakna klac anda perlu ditukar. Kerja menukar set klac yang telah haus menelan kos sekitar RM 2,650.

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 06

Set penukaran klac DSG

Di samping itu, kegagalan mekatronik juga sering berlaku. Jika pernah ditukar, anda bernasib baik kerana unit yang lebih baru sebenarnya telah dipertingkatkan. Kalau tidak, kos untuk menukar komponen ini berharga lebih kurang RM 2,300.

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 07

Untuk maklumat anda, transmisi pada Golf TSI keluaran tahun 2011 – 2015 pernah dipanggil semula oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). Perkara tersebut bertujuan untuk menukar hydraulic pressure accumulator. Sekiranya anda berminat dengan model tahun tersebut, pastikan kerja pemanggilan semula telah dibuat.

Servis dan penyelenggaraan

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 08

Bergantung pada jenis dan jenama minyak pelincir, servis yang biasa berharga dalam lingkungan RM 300 – RM 400. Pada masa yang sama, anda disarankan untuk servis gearbox pada setiap 30,000 km. Harganya lebih kurang RM 200.

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 09

Kredit: Minhs Automotive

Dari segi penjagaan, Golf TSi Mk6 lebih cenderung untuk mengalami kehausan komponen kerana ia adalah model yang lebih awal daripada Mk7. Walau apapun, isu kehausan umum buat kedua-dua generasi Golf TSI adalah seperti berikut:

Komponen yang akan haus pada VW Golf TSI
Komponen Tanda-tanda Harga (RM)
Suspensi Sagat, bocor 1,600
Condenser + cooling coil A/C Penyaman udara tidak sejuk 1,800
Cooling tank sensor Amaran suhu enjin 1,500
Kemasan siling Lapisan yang londeh 450
Wheel speed sensor Lampu amaran ESP/ABS 65/roda
Brake pad Brek kurang mencengkam 600/set

Varian mana paling baik? Harganya bagaimana?

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 10

Bermula dengan Golf TSI Mk6, keluaran awal sekitar tahun 2010 ke 2011 hadir dengan satu varian. Dari tahun 2012 ke 2013 pula, terdapat varian SE. Kami menyarankan varian ini kerana ia hadir dengan ciri kawalan pelayaran, bumbung suria, dan rim 17 inci (meningkat daripada 16 inci).

Berdasarkan pasaran terkini, harga untuk model tahun 2010 adalah serendah RM 33k. Untuk varian SE tahun 2012, harganya sekitar RM 48k sahaja.

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 11

Golf TSI Mk7.5 R-Line hadir dengan pelbagai ciri dan kelengkapan

Mengenai Golf TSI Mk7 pula, keluaran awal iaitu model tahun 2013 boleh dibeli dengan harga sekitar RM 53k. Jika anda ada bajet lebih, model facelift Mk7.5 R-Line juga berbaloi untuk dibeli kerana ia datang dengan pakej eksterior R-Line, keyless entry dan butang push start, roda 17 inci (meningkat daripada 16 inci), dan kluster instumen digital 12.3 inci.

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 12

Seperti biasa, kami sering galakkan anda untuk membeli terus dari pemilik supaya tiada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Tambahan pula, anda dapat mengetahui dengan lebih jelas akan sejarah penjagaan kereta tersebut. Di samping itu, kami sarankan anda untuk memilih unit yang belum diubah suai terutamanya remap ECU - cukup digemari di kalangan pemilik Volkswagen.

Konklusi

Serendah RM 33k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Golf TSI terpakai? 13

Masih kacak walaupun setelah beberapa tahun

Secara keseluruhan, VW Golf TSI adalah antara hatchback yang paling lengkap. Bukan setakat pengendalian yang solid, malah ia cukup selesa dan praktikal untuk kegunaan harian. Dengan harga yang kini jauh lebih murah, ia boleh menjadi pembelian yang berbaloi dan memuaskan hati.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda