window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Serlahkan Nissan Almera 2020 anda dengan aksesori tambahan rasmi!

Faisal · Oct 16, 2020 10:00 AM

Serlahkan Nissan Almera 2020 anda dengan aksesori tambahan rasmi! 01

Anda mungkin berasa sukar untuk menentukan sama ada Nissan Almera 2020 atau Honda City 2020 yang kelihatan lebih menawan. Yang pastinya, salah satu daripada mereka memiliki harga cukai jalan yang lebih rendah.

Serlahkan Nissan Almera 2020 anda dengan aksesori tambahan rasmi! 02

Dengan aksesori tambahan melalui Modulo pada Honda City, Nissan juga mempunyai aksesori tambahan rasmi tetapi bukanlah daripada Impul atau Nismo.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Serlahkan Nissan Almera 2020 anda dengan aksesori tambahan rasmi! 01

Kini, Nissan Almera 2020 didatangkan dengan pilihan Interior Styling Package yang berharga RM 400. Pakej ini merangkumi lampu kabin LED, bekas simpanan dan permukaan anti-licin di dalam but, dan plat stainless-steel untuk setiap pembukaan pintu dengan tulisan “Almera”.

Serlahkan Nissan Almera 2020 anda dengan aksesori tambahan rasmi! 02

Di samping itu, pembeli juga boleh memilih Exterior Styling Package yang berharga RM 950. Pakej ini didatangkan dengan pelindung tingkap (visor), sentuhan gentian karbon pada pemegang pintu, dan spoiler but dengan sentuhan gloss black. Menariknya, varian VLT hanya dikenakan RM 350 kerana spoiler but sudah didatangkan sebagai standard.

Serlahkan Nissan Almera 2020 anda dengan aksesori tambahan rasmi! 03

Selain itu, pembeli boleh memiliki Protection Package yang berharga RM 1,950. Pakej ini merangkumi filem penapis haba Solar Guard Armcoat dan perakam DVR untuk bahagian hadapan dan belakang. Pada masa yang sama, pembeli boleh menambah Protection Plus Package yang berharga RM 2,750. Pakej ini menawarkan filem penapis haba V-Kool Elite sebagai ganti.

Untuk maklumat anda, pilihan pakej yang ditawarkan boleh dimiliki secara spesifik sekiranya anda hanya berminat dengan sebahagian daripada aksesori yang ditawarkan.

Serlahkan Nissan Almera 2020 anda dengan aksesori tambahan rasmi! 04

Sebagai tambahan, semua aksesori didatangkan dengan jaminan (warranty) selama 3 tahun atau 100,00 km.

ETCM belum mengumumkan harga rasmi buat Nissan Almera 2020 tetapi anda boleh mengikuti laman kami untuk mengetahui perincian terkini mengenai Nissan Almera 2020.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda