window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50!

Mersita · Jan 12, 2023 09:00 AM

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 01

Masih ada yang tak berani ‘menyelam’ pasaran kereta terpakai, namun CARSOME menumpukan sepenuh perhatian dan dedikasi untuk merubah persepsi ini berfokuskan pada kepercayaan dan ketelusan di sepanjang proses pembelian serta pemilikan pelanggannya. Berbekalkan kepakaran dan komitmen dalam menawarkan pengalaman pemilikan kereta terbaik untuk anda, CARSOME kini menawarkan pelbagai perkhidmatan di CARSOME Service Center baharu supaya kereta anda terjaga dengan sempurna.

CARSOME Service Center (kini boleh dikunjungi di Petaling Jaya dan Ampang) menggunakan alat ganti, pelincir dan bendalir berkualiti dikendalikan oleh mekanik-mekanik bertauliah supaya anda boleh memandu kereta anda ke sana ke mari dengan yakin dan tenang. Atas dasar ketelusan perkhidmatan, anda juga akan diberi anggaran kos terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penyenggaraan dibuat.

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mungkin anda terfikir, “Saya tak beli kereta dari CARSOME pun. Boleh ke hantar servis kat CARSOME jugak?”

Mestilah boleh! Semua CARSOME Service Center terima apa saja jenis kereta walaupun ia bukannya dibeli dari CARSOME.

Juga baca: Nak dapat status CARSOME Certified, kereta wajib lulus cek 175 mata, pembeli menikmati jaminan wang dikembalikan 5-hari

Oleh itu, bersempena pembukaan dua cawangan pertama pusat servis ini, CARSOME ingin tawarkan diskaun RM 50 bagi kunjungan pertama anda. Tawaran ini sah untuk 20 tempahan pertama bagi janji temu servis dengan perbelanjaan minimum RM 98.

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 01

Kenapa jumlah minimum tu tak bulatkan sampai RM 100, ya? Ini kerana ia digandingkan dengan pakej-pakej direka khas untuk para pelanggan CARSOME Service Center. RM 98 adalah harga permulaan bagi pakej Essential yang merangkumi servis asas penting dengan gantian minyak hitam.

Pakej Essential ini disarankan bagi setiap 5,000 km atau 10,000 km dan ia merangkumi servis penggantian berikut:

  • Minyak hitam
  • ‘Oil filter’
  • ‘Oil drain plug washer’
  • Pencuci cermin ‘windshield’

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 02

Ada banyak lagi pakej-pakej servis komprehensif ditawarkan yang merangkumi penggantian ‘air filter’, cecair brek, minyak ‘gearbox’ dan ‘coolant’. Pakej-pakej ini pastinya lebih mahal sedikit daripada pakej Essential dan ia boleh dibuat berdasarkan selang waktu ‘mileage’ kereta masing-masing. Bagaimanapun, pelanggan juga boleh memilih servis-servis pembaikan terpilih mengikut kehendak.

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 03

Juga baca: Baiki 2,000 unit kenderaan sebulan, Carsome Certified Lab kini pusat 'refurbish' kereta terbesar ASEAN!

Jika anda kurang pasti tentang apa yang perlu ditukar atau dibaiki, usah risau – CARSOME Service Center menawarkan pemeriksaan 20 poin PERCUMA. Mekanik bertauliah di sana akan memeriksa kereta anda secara menyeluruh untuk mengenalpasti apa-apa masalah yang perlukan perhatian dan penyenggaraan.

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 04

Pemeriksaan 20 poin ini merangkumi segala-galanya di ruang enjin kereta anda termasuklah komponen-komponen elektrik, di ‘undercarriage’/bahagian bawah kereta jika terdapat kebocoran, tayar dan rim, brek, serta ruang dalaman kereta.

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 05

Setelah proses pemeriksaan selesai, pelanggan akan dimaklumkan tentang bahagian atau komponen spesifik yang perlu diganti atau dibaiki berserta anggaran kosnya.

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 06

Klik sini untuk buat tempahan

Nak cuba? Jika anda mahu menebus diskaun RM 50 yang ditawarkan di atas, anda perlu buat janji temu terlebih dahulu dengan mengikut 4 langkah mudah:

1. Klik sini untuk mendaftar

2. CARSOME Service Center akan menghubungi anda menerusi WhatsApp dimana anda akan menerima pautan tempahan dan kod baucar RM 50

3. Anda boleh tebus baucar berkenaan di pusat servis CARSOME

Jangan berlengah! Hanya 20 tempahan pertama bagi pakej Essential dan ke atas akan layak menebus diskaun RM 50 ini. Jika berjaya, anda hanya perlu bayar RM 48 untuk tukar item-item di bawah pakej Essential, termasuklah pemeriksaan 20 poin percuma!

Servis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50! 07

Tak sempat buat janji temu? Usah risau, CARSOME Service Center juga menerima pelanggan ‘walk-in’. Namun, untuk menjimatkan masa, sebaiknya tempahlah janji temu untuk mengelakkan menunggu lama.

CARSOME Service Center beroperasi dari Isnin – Sabtu dari jam 8.30 pagi – 5.30 petang, ditutup pada Ahad dan cuti umum.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda