window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

Mersita · Mar 30, 2021 08:00 PM

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 01

Nampak gayanya memandu 1,000 km dalam masa seminggu bukanlah sesukar yang kami sangkakan. Setelah dipandu dengan campuran pemanduan di bandar dan lebuh raya, kami berjaya melengkapkan sesi ‘run-in’ Perodua Ativa pada minggu lalu dan kami telahpun menghantar SUV ini ke pusat servis untuk pemeriksaan 1,000 km pertamanya pada Jumaat lalu.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 02

Kami tempah temujanji di Pusat Servis Perodua Sungai Penchala untuk jam 10.00 pagi. Semuanya berlangsung mengikut jadual dan Cik Tiva terus diperiksa setelah kami selesai berbual dengan penasihat servis di sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 01

Apa yang dilakukan dalam pemeriksaan 1,000 km pertama? Tak banyak pun.

Pemeriksaan ini dijalankan secara percuma, dan ia hanya mengambil masa kurang dari 15 minit.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 02

  • Kondisi dan tahap minyak hitam
  • Tahap air
  • Bahagian bawah kenderaan (‘Undercarriage’)
  • Tekanan angin tayar

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 03

Ada beberapa item tambahan yang anda boleh pilih. Bagi Cik Tiva, kami pilih item berikut:

  • Perangkap magnet (magnet trap)
  • Pelindung terminal bateri
  • Pembersih cermin hadapan

Perangkap magnet ialah satu pita (band) ringkas yang dipasang disekeliling penapis minyak. Pelindung terminal bateri pula ialah satu filem nipis yang dilekatkan pada terminal bateri, manakala pembersih cermin hadapan pula hanyalah air bersabun yang anda isi ke dalam tangki cecair ‘wiper’.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 04

Perangkap magnet yang dipasang pada keliling penapis minyak.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 05

Cik Tiva merupakan Perodua Ativa yang pertama diservis di fasiliti Sungai Penchala. Nasib baik, kami datang hanya untuk pemeriksaan biasa kerana mekanik yang bekerja di sana memberitahu kami yang sesi latihan mekanik secara fizikal dan menyeluruh bagi Ativa akan dijalankan pada bulan April. Disebabkan oleh pandemik yang melanda, beberapa acara terpaksa ditangguhkan.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 06

Pemeriksaan Perodua Ativa 1,000 km
Perkara Harga
Servis Pemeriksaan RM 0
Pelindung terminal bateri RM 3.80
Perangkap magnet (magnet trap) RM 57.00
Pembersih cermin hadapan (30 ml) RM 3.40
Jumlah RM 64.20

Dengan item pilihan yang kami ambil, kami terima bil berjumlah RM 64.20. Anda juga sebenarnya boleh jalankan pemeriksaan seperti biasa tanpa memilih item-item ini. Kami hanya mahu lengkapkan Cik Tiva dengan kelengkapan tambahan ini.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 07

Bahagian bawah Ativa

Apabila Ativa ini diangkat, kami sempat melihat bahagian bawah (undercarriage) SUV ini. Memandangkan ia kereta baru, segalanya masih bersih dan cantik.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 08

Torsion beam

Ada apa-apa yang menarik tak di bahagian bawah Ativa? Tak banyak pun sebenarnya. Selain daripada ketiadaan pelindung percikan (splash guard) enjin, anda boleh lihat ‘torsion beam’, tangki minyak, dan juga ‘muffler’ panjang. Kami juga nampak palam saliran (drain plugs) di bahagian bawah kereta, yang pada asalnya pelekap ‘jig’ untuk pemasangannya.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 09

Daihatsu

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 10

Semua palam saliran berada pada tempat yang sepatutnya

Kami menyesal tidak bertanyakan isu bunyi getaran yang kami dapati kerana kami fikir kami dah selesaikan masalah itu semasa kami ketatkan tayar ganti di belakang pada malam sebelumnya. Sementara menunggu sesi pemeriksaan yang seterusnya, kami perasan yang bunyi getaran itu masih ada di bahagian belakang Ativa.

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 11

Baca juga: Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Kami sudahpun menetapkan satu lagi temujanji untuk hari Rabu ini dan kami akan maklumkan pada anda punca bunyi getaran itu pada entri seterusnya. Ikuti Facebook WapCar – BM sekarang!

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri 12

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda