window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV?

Mersita · Nov 8, 2020 04:00 PM

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 01

Masanya telah tiba – kegilaan terhadap SUV semakin memuncak terutama sekali dengan pengenalan SUV mampu-milik seperti Proton X50 dan Perodua D55L yang akan muncul tak lama lagi.

Jangankan tidak, Proton X50 melangkau jauh daripada sasaran jualan dengan senarai tempahan yang berjela panjangnya walaupun harganya belum diumumkan lagi. Tambahan pula, Proton mengalami 55.7% peningkatan dalam jumlah jualan pada tahun 2019 disebabkan oleh kejayaan Proton X70 dan Proton Saga.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi Perodua pula, satu-satunya model SUV mereka iaitu Aruz menyumbang hanya 12.5% daripada jumlah jualan 2019. Namun, model SUV baharunya yang ditunggu-tunggu iaitu D55L dijangka akan mendominasi segmen SUV kecil sama seperti ketika Myvi mendominasi pasaran Saga.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 01

Tiada silapnya di sini. Kalau suka SUV, belilah sebuah. Tiada siapa yang melarang. Saya juga sukakan ketinggiannya dan betapa mudahnya keluar masuk kereta ini. Namun, saya agak skeptikal dengan tahap kebertanggungjawaban antara majoriti pemandu di Malaysia lebih-lebih lagi apabila mereka memandu SUV.

Bukan apa. Berapa ramai pengguna jalanraya kita yang memandu secara merbahaya – cucuk belakang kereta laju-laju, mencilok tiba-tiba tanpa signal, kereta cukup tinggi sikit dah parking atas divider, dan macam-macam lagi.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 02

Jangankan SUV, Myvi dengan Saga pun mampu panjat-panjat pembahagi jalan dan memandu macam orang tak cukup tanah. Bayangkan jika kita gantikan kereta-kereta ini dengan D55L dan X50. Naya pemandu kereta kecil-kecil di jalan raya.

Ya, kita tak boleh jangkakan setiap satu pengguna jalan raya untuk sentiasa patuh undang-undang. Pasti ada saja yang buat hal. Tapi, kita sebagai masyarakat yang bersopan-santun budayanya haruslah sentiasa beringat. SUV pula, secara semulajadinya, membuatkan kita rasa ‘sado’ sikit semasa memandu.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 03

Setiap kali kami memandu-uji SUV, ia terasa seperti kereta-kereta lebih kecil ‘lari’ ke laluan lain. Penunggang motosikal pun tak berani nak duduk dekat-dekat dengan kereta besar dan tinggi.

Ada sesuatu yang membuatkan posisi tempat duduk tinggi di dalam SUV yang membuatkan pemandunya rasa hebat. Perasaan selamat yang diperoleh dari kereta besar dan tinggi ini pastinya boleh mempengaruhi ‘mood’ dan menyuntik sedikit semangat apabila pemandu terasa seperti hendak beraksi.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 04

Tapi, perlu diingatkan yang perasaan “selamat” dan “terlindung” yang diperoleh dari memandu SUV adalah tidak benar. Selain daripada kesukaran untuk memberi respon pantas dalam keadaan mencemaskan, SUV pun boleh rosak lebih teruk apabila terlibat dalam kemalangan serta mengakibatkan lebih banyak kerosakan.

Di Amerika Syarikat, sebuah badan ‘non-profit’ bernama Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) mendapati yang SUV mempunyai kebarangkalian sebanyak 28% untuk menyebabkan kematian pemandu dalam kereta penumpang. Euro NCAP juga memperbaharui prosedur ujian perlanggaran mereka bagi tahun 2020 untuk mengambil-kira tahap bahaya SUV dalam kemalangan.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 05

Honda bertungkus-lumus dalam rekaan kereta kecilnya yang boleh melindungi pemandu dan penumpang yang berlanggar dengan kereta bersaiz lebih besar

Teknologi masa kini mungkin boleh mengurangkan impak kecuaian pemandu. Walaubagaimanapun, seperti yang kami pernah bincangkan dahulu, kelengkapan seperti ADAS tidak sepatutnya dianggap dan digunakan sebagai ganti untuk disiplin kendiri pemandu.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 06

Apa-apa pun, ia terpulang kepada pengguna jalan raya Malaysia sendiri untuk membetulkan tabiat pemanduan mereka dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pemandu kereta besar. Tak ramai yang ambil kisah tentang skor NCAP dan ketidakstabilan kereta tinggi ketika cuba untuk memandu seperti Dom Toretto. Kita terus-terusan membeli kereta yang tak cukup kelengkapan keselamatannya sehinggalah kerajaan Malaysia campur tangan dalam mewajibkan kelengkapan keselamatan asas seperti beg udara dan ABS.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 07

Kempen pembetulan etika pemanduan ini patut bermula dari sekolah memandu lagi. Silibus latihan pemandu yang terkini sangat tidak mencukupi kerana ia hanya menguji tahap kebolehan/kompeten yang sangat asas.

Pelatih lulus dapat lesen tanpa ‘mindset’ pemandu dan disiplin yang sebetulnya. Tambahan pula, sesudah dapat lesen, ramai lagi yang masih tak yakin memandu di jalan raya tanpa pelatih. Bayangkan saja betapa tak bersedianya pemandu-pemandu ini untuk terus beralih ke kereta besar seperti X70 sesudah siap latihan dengan di kenit Axia.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 08

Latihan pemandu yang serba-serbi cukup haruslah digandingkan dengan kuatkuasa yang ketat dan konsisten. Buat masa sekarang, usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengekang masalah ini masih belum mencukupi. Selagi undang-undang keselamatan masih lemah, jangan harap orang Malaysia nak ambil inisiatif sendiri untuk betulkan cara lama dan tabiat mereka.

Memanglah seronok, ada kereta. Lebih-lebih lagi kereta mahal dan model popular. Dah buat loan hampir sedekad, takkan tak nak tunjuk pula, kan? Tapi, mungkin kita letakkan ‘pelaburan emosi’ yang keterlaluan pada kereta kita. Oleh itu, kita pun semakin lama semakin angkuh dengan kehebatan yang kita ada.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 09

Kita suka pilih ‘tint’ gelap gelita (untuk sembunyi dari siapa pun tak tahu lah) dan kita pandu secara sambil-lewa di jalan raya. Kita tak bagi laluan untuk mereka yang dah bagi signal, kita mudah sangat terikut-ikut perangai mencucuk kereta mahal di jalan raya dan tunjuk di sosmed tentang betapa hebatnya kereta murah kita boleh kejar kereta mahal di lebuhraya. Perangai beginikah yang kita nak bawa bila kita memandu kereta besar seperti SUV?

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 10

Dengan melihat keseronokan, populariti dan ‘hype’ terhadap Proton X70 dan X50, ditambah lagi dengan minat yang agak tinggi untuk D55L, pasaran SUV akan kekal hangat sekurang-kurangnya hingga tahun depan. Tapi, janganlah kita nak tunggu undang-undang dikuatkuasakan dulu barulah kita nak ubah perangai buruk sebagai pemandu jalan raya Malaysia.

Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV? 11

Relaks lah, memandu di Malaysia kena ‘chill chill’. Pandulah dengan sabar penuh di dada dan bertolak-ansurlah dengan pengguna jalan raya yang lain. Tak lari gunung dikejar, jagalah tingkah laku dan jangan angkuh mahupun tamak. Dan jangan pula mendabik dada dan membanding-bandingkan kereta anda dengan kereta orang lain. Sebabnya bila nak membanding ni lah mula perangai menunjuk-nunjuk kehebatan di jalan.

Apa-apa kereta sekalipun, ingat, pandu selamat!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda