window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix!

Haris Β· Feb 22, 2023 04:00 PM

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix! 01

Toyota Indonesia telah mula mengeksport kumpulan pertama Toyota Innova Zenix Hybrid ke pasaran global. Ini berlaku kira-kira 4 bulan selepas Toyota Innova generasi baharu dengan platform TNGA ini melakukan penampilan pertama global di Indonesia.

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix! 02

Unit pemanduan sebelah kanan (RHD) 

PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) menyasarkan untuk mengeksport lebih daripada 8,000 unit Toyota Innova serba baharu pada tahun 2023 yang terdiri daripada 30% varian elektrik hibrid dan 70% varian enjin pembakaran dalaman (ICE) ke negara-negara di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah.

TMMIN juga menjangkakan eksport Toyota Innova Zenix akan meningkat secara beransur-ansur setiap tahun dan menyasarkan untuk meningkatkan angka itu kepada 17,000 unit keseluruhan menjelang 2025.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix! 01

"Eksport pertama kenderaan elektrik, bermula dengan Innova Zenix Hybrid, adalah sebahagian daripada usaha Toyota Indonesia untuk mengambil bahagian dalam mencapai sasaran Kerajaan penyahkarbonan, menjadi peneraju Ekonomi Hijau dan menyokong imbangan perdagangan negara," kata Presiden Pengarah TMMIN, Warih Andang Tjahjono.

Baca: Toyota Innova gen-2 di India masih diperbaharui, khas untuk mereka yang tak suka model Zenix

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix! 02

"Pencapaian eksport CBU ini termasuk bateri elektrik yang dipasang secara tempatan di kilang TMMIN kami di Karawang. Toyota Indonesia telah memperkenalkan pelbagai model kenderaan rendah karbon melalui strategi pelbagai laluan kami, daripada kenderaan cekap bahan api dan bio bahan api, termasuk kenderaan elektrik hibrid (HEV) kami seperti Toyota Innova Zenix Hybrid dan juga kenderaan hibrid plug-in (PHEV), dan kenderaan elektrik bateri (BEV). Kami akan terus mengekalkan kedudukan Indonesia sebagai pangkalan pengeluaran dan eksport utama kenderaan elektrik, terutamanya HEV," tambah Warih.

Baca: Bateri Indonesia ke persada global, Toyota Innova Zenix mula dieksport ke 13 buah negara tahun ini!

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix! 03

Toyota Innova bersusur galur daripada Toyota Kijang

Toyota Indonesia memulakan aktiviti eksport pada tahun 1987 dengan penghantaran pertama Toyota Kijang generasi ke-3 ke Brunei. Pengganti Kijang, Toyota Innova akan terus menjadi model penting bagi pasaran eksport Indonesia. Selain Toyota Innova, Toyota Indonesia juga mengeksport sehingga 9 model termasuk Toyota Fortuner dan Toyota Avanza.

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix! 04

Toyota Innova Zenix Hybrid mencipta sejarah sebagai model elektrik pertama yang dieksport oleh Toyota Indonesia dan akan menjadi faktor penting untuk meningkatkan sasaran jumlah kenderaan eksport syarikat sebanyak 5%. Selain daripada peningkatan volum, Toyota Indonesia juga berhasrat untuk mencapai lebih banyak destinasi eksport.

Sehingga 2022, Toyota Indonesia telah mengeksport ke lebih daripada 80 negara di Asia, Afrika, Amerika Latin, Oceania, dan Timur Tengah.

Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix! 05

Sementara itu di Malaysia, Toyota Innova generasi sebelum masih dijual secara pemasangan tempatan (CKD). Susunan pemasangan tempatan Malaysia ini juga mungkin akan dikekalkan. Ketika ini, Toyota Corolla Cross Hybrid adalah satu-satunya model Toyota elektrik yang dipasang secara tempatan, justeru tak mustahil jika Toyota Innova Zenix Hybrid mampu menyertai barisan pengeluaran.

Baca: UMWT acah pelancaran model baharu, petanda Toyota Vios atau Toyota Innova baharu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda