window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi!

Zamil Syaheer · Feb 28, 2023 09:00 AM

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 01

Setelah membuat kemunculan serantau pada penghujung 2019 yang membawa kita kepada pelancarannya di Malaysia pada penghujung 2020, sudah sampai masa untuk Honda City sedan mendapat kemas kini. Ihsan media Headlight Mag, kita sudah pun pandangan jelas pertama pada City yang dikemas kini.

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 02

Set imej ini mendedahkan perubahan pada bahagian luar serta dalaman untuk City sedan pasaran India sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 23hb Mac 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 01

Beberapa perubahan yang kita boleh lihat bermula dengan garisan krom lebih langsing yang terletak di atas gril baru yang kini memaparkan sisipan sarang lebah (honeycomb) serupa dengan City RS tetapi dengan corak yang lebih besar. Bukan itu sahaja, reka bentuk gril pun sedikit berbeza, dengan lekukan yang lebih berpetak.

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 02

Bampar depan juga mendapat reka bentuk baru, dengan corong pengambilan udara terbalik mengikut garisan model semasa dengan reka bentuk baharu . Malah, corong pengambilan udara di bahagian bawah juga telah berubah, termasuk lampu kabus yang nampak seperti mengambil inspirasi daripada Honda Civic FE.

Baca juga: BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 03

Di bahagian belakang, reka bentuk diffuser kini jauh lebih besar dengan sentuhan bersudut yang tampak lebih agresif. Akhir sekali, terdapat reka bentuk baru bagi roda aloi 16 inci untuk varian VL.

Baca juga: Honda City 2020 dilancarkan - 4 varian, enjin DOHC/i-MMD, dari RM 74,191

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 04

Pada bahagian interior pula, tidak banyak yang diubah. City untuk pasaran India mengekalkan bahagian dalam kuning air (beige) manakala kereta untuk pasaran ASEAN seperti Malaysia harus mengekalkan kabin serba hitam yang lebih elegan.

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 05

Terdahulu, beberapa portal automotif India mencadangkan City akan mendapat kemas kini seperti pengecas tanpa wayar untuk bersaing dengan pesaingnya. Imej yang bocor di sini memang menunjukkan pengecas tanpa wayar diletakkan di hadapan tuil gear. Sama ada itu ciri standard atau sesuatu untuk varian yang lebih premium masih lagi menjadi tanda tanya.

Bumbung suria semestinya ada untuk pasaran India.

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 06

Bagi trenkuasa, ia sepatutnya kekal sama dengan penawaran enjin petrol aspirasi semula jadi 1.5 liter yang menghasilkan 121 PS / 145 Nm, hibrid petrol-elektrik 1.5 liter dengan 109 PS / 253 Nm ataupun enjin pengecas turbo 1.0 liter 3- silinder dengan 122 PS / 173 Nm.

Di Malaysia, hanya dua jenis enjin sahaja yang ditawarkan. India juga mendapat enjin turbodiesel 1.5 liter dengan 100 PS dan 200 Nm. Pilihan transmisi terdiri daripada CVT automatik dan manual 6-kelajuan tetapi pasaran Malaysia hanya menawarkan transmisi CVT automatik.

Baca juga: Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru!

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 07

Jangkakan pelancaran global akan berada di India pada 23hb Mac 2023 seperti yang disebut, diikuti dengan pelancaran di Thailand sebelum ia menuju ke seluruh rantau ini.

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 08

Memandangkan Toyota Vios AC100 baharu hampir tiba lama lagi, kemas kini bagi City ini bukanlah satu kebetulan.

Setelah sekian lama, imej Honda City (GN) 2023 facelift tertiris di India sebelum pelancaran rasmi! 09

Harga semasa untuk Honda City sedan di Malaysia adalah seperti berikut:

  • City 1.5 S - RM 77,600
  • City 1.5 E - RM 85,600
  • City 1.5 V - RM 90,600
  • City 1.5 V Sensing - RM 94,600
  • City 1.5 RS - RM 108,800

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda