window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS!

Faisal · Aug 17, 2020 06:15 PM

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 01

Anda tahu Incredible Hulk? Hanya dengan pancaran radiasi gamma, dan Dr. Bruce Banner yang begitu lembut akan secara tiba-tiba menjadi si pembunuh hijau yang penuh dengan kemarahan.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 02

Mungkin ianya hanya "silver" tapi anda fahamlah maksud saya kan

Jadi apakah persamaan Incredible Hulk dengan Volkswagen Beetle ini? Sebut saja Volkswagen, kemungkinan besar anda akan memikirkan sedan (sport atau sebaliknya) dan mungkin juga beberapa SUV tetapi umumnya mereka mempunyai sikap doktor Jerman yang agak ganas.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 03

Nampaknya mereka juga berlumba dengan agak baik  

Sekali atau dua kali dalam sejarahnya, Volkswagen menumpahkan radiasi kelas senjata pada model sederhana mereka. Dalam konteks ini, model sederhana itu adalah New Beetle.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 01

"Nampak tak ni, Dieter? Sudah pasti ia dapat memuatkan enjin VR6..."

Pada tahun 2001, mereka mengambil Beetle yang comel, menukarnya dengan enjin yang lebih besar, memberikannya roda aloi yang ringan dan melebarkannya di semua tempat yang sepatutnya. Hasilnya adalah Volkswagen New Beetle RSi, yang juga dikenali sebagai the Incredible Bug.

Ikon Volkswagen yang tidak dapat dinafikan

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 02

Daripada menggunakan enjin standard, enjin 3.2 liter VR6 berkuasa 221 PS dan 320 Nm tork telah dimuatkan di hadapan. Cengkaman tidak menjadi isu kerana Volkswagen menggunakan sistem pacuan semua roda 4Motion. Dengan itu, pemandu dapat merasai sensasi 6-kelajuan manual dengan rancaknya.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 03

Anda mungkin dapat menyumbat sebiji epal ke dalam ekzosnya

Menambahkan banyak elemen yang gempak ialah sistem ekzos Remus Duplex yang didatangkan terus dari kilang. Melalui bunyi yang dikeluarkan, sudah tentu ia memecut macam pelesit dimana ia mencatatkan masa 6.4 saat untuk pecutan 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 225 km/j sekiranya pedal minyak kekal ditekan sampai ke lantai.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 04

Pasu bunga kecil yang ada pada New Beetle tiada dalam Beetle RSi

Mereka boleh sahaja berhenti disini tetapi tidak Jerman-lah sekiranya mereka tidak menggila dalam idea mereka. Volkswagen juga menggantikan sentuhan kabin dengan gentian carbon dan menanggalkan apa-apa yang tidak diperlukan. Oleh itu, pasu bunga (yang ada pada Beetle klasik) harus pergi.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 05

Kabin Beetle RSi ini dilengkapkan dengan kerusi Recaro berwarna oren cerah dan sentuhan trim aluminium dengan kemasan berlubang. Walaupun masih kelihatan serupa dengan Beetle standard, terdapat perincian yang menarik seperti bacaan tekanan minyak, suhu minyak dan alat pengukur voltan pada lokasi radio.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 06

Bambam atau apa dah yang budak sekarang sebutkan tu...

Ciri lengkungan pada bahagian roda diketengahkan lagi dan ia tidak mempunyai satu, tetapi dua spoiler di bahagian belakang untuk meningkatkan kestabilan aerodinamik.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 07

Brek besar yang terkandung di belakang roda OZ Superturismo yang bersaiz 18 inci dipadankan pada suspensi sport memberikannya rupa paras yang mengagumkan.

Permulaan revolusi hot-hatch

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 08

Mendiang Prof. Dr. Ferdinand Piëch adalah insan penting dalam pembangunan Beetle RSi 

Ketika RSi pertama kali dipaparkan sebagai konsep pada tahun 1999, media pada umumnya menolaknya kerana kajian reka bentuk yang unik hanya sesuai untuk pertunjukan semata-mata tetapi reaksi penonton menceritakan kisah yang berbeza. Orang ramai telah mengetepikannya. Mengejutkan hampir semua orang, Volkswagen mengubahnya menjadi kenyataan dua tahun kemudian.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 09

Daripada kesemua 250 unit, hanya 2 unit prototaip jenis cabrio dihasilkan

Kesemua 250 unit terjual semasa model ini dihasilkan dari tahun 2001 hingga 2003. Ternyata orang ramai sangat dahagakan hot hatch. Volkswagen kemudian menerapkan apa yang mereka pelajari daripada RSi dan menerapkannya ke platform Golf MK4. Dengan itu terciptalah Golf R32 dengan transmisi enam-kelajuan manual yang dikuasakan oleh enjin VR6 yang serupa.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 10

Fakta menarik: Transmisi DSG pertama Volkswagen adalah pada Golf R32

R32 menjadi kejayaan besar. Oleh itu, Volkswagen telah memutuskan untuk mengulangi kejayaannya dua tahun kemudian dengan model R32 Mk5. Jualannya sangat memberangsangkan, dan pada generasi keenam nombor '32' tidak lagi dipakai (kerana ia tidak lagi mempunyai enjin 3.2 liter VR6) dan hanya menyebutnya sebagai Golf R.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 11

Barisan raja hot hatch dari Eropah

Untuk tempoh yang agak lama, Volkswagen tidak ada pencabar sehinggalah Mercedes dan BMW tiba dengan Mercedes-Benz A35 AMG dan BMW M135i.

Setiap VW Golf R dan hot hatch dari Eropah perlu berterima kasih ke atas VW Beetle dengan enjin V6 220 PS! 12

Warna biru milik Piëch ialah satu-satunya di dunia

Sekiranya anda melihat Beetle yang biasa, ingatlah bahawa hanya melalui sepupunya yang gila, kita akhirnya dapat merasai semula kebangkitan era hot hatch pada zaman sekarang.

Video bonus!

Walaupun peluang untuk memandu Beetle RSi agak mustahil, sekurang-kurangnya kita dapat merasa model Golf R Mk7 yang padu baru-baru ini.

Ini klip video rakan kami yang sempat merasa kehebatan Golf R ini. 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Volkswagen Beetle 1.2 TSI Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda