window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry?

Zamil Syaheer Β· Sep 23, 2020 05:58 PM

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 01

Masalah utama dengan algoritma berita Facebook ialah ia hanya mempamerkan infomasi atau imej yang mempunyai pemikiran yang sama seperti anda, samaada ianya betul atau tidak. Lebih parah lagi, ada yang menggunakan ruangan komen sebagai sumber maklumat.

Benda ini juga berlaku di dalam dunia otomotif tempatan. Macam-macam benda merepek yang telah dimuat naik di kumpulan Facebook. Terdapat satu mitos yang disebarkan oleh pengguna ‘pandai’ yang perlu diperbaiki.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 02

Perbandingan segmen D AutoZeitung.de - VW Passat, Hyundai i40, Opel Insignia, Skoda Superb, Peugeot 508, 3 Series, C-Class, A4,

Ini adalah mitos bahawa anda tidak dapat membandingkan sedan segmen D seperti Toyota Camry dengan sedan premium seperti Mercedes-Benz C-Class, kerana menurut mereka C-Class adalah kereta segmen C premium.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekiranya C-Class duduk di segmen-C maka di manakah itu meletakkan A-Class?

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 01

C dalam C-Class bermaksud 'Compact', bukan segmen C!

Kami tidak tahu kumpulan mana yang mula menyebarkan kepercayaan salah ini tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan pengguna yang menegaskan bahawa ianya salah untuk membandingkan sedan segmen D dengan C-Class atau 3 Series.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 02

Anda akan mendapati pengguna sangat vokal mengenai C-Class / 3 Series sebagai kereta premium segmen C.

Malah ada yang mengatakan ia tidak dapat dibandingkan dengan sedan arus perdana (mainstream) hanya berdasarkan jenama premiumnya, seperti seorang ‘flat-earther’ yang menegaskan bahawa dunia sebenarnya berbentuk seperti cakera.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 03

Mungkin terdapat sedikit masalah ego di sini. Bayangkan anda sedang memberitahu orang yang berpikiran tradisional (yang dah lama percaya) bahawa Mercedes-Benz C200 / BMW 320i adalah sebuah kereta yang hebat, tetapi kini ia berada di taraf yang sama dengan Toyota Camry dan Honda Accord.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 04

Garis panduan pengelasan kenderaan oleh SMMT.

Senang cerita, inilah realiti baharu: Persatuan Pengilang Automobil Eropah (ACEA) dan Persatuan Pengilang dan Pedagang Motor UK (SMMT) mengklasifikasikan C-Class dan 3 Series sebagai kereta segmen D, menyatukannya dengan Volkswagen Passat dan Ford Mondeo (dua kereta yang setaraf dengan Toyota Camry dan Honda Accord).

Sebenarnya, tidak ada definisi khusus mengenai apa yang menentukan segmen kenderaan. Ini kerana segmentasi kenderaan berformat ABC hanyalah garis panduan untuk pengguna yang dibuat oleh Suruhanjaya Eropah.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 05

Definisi yang spesifik tidak diperlukan kerana homologasi dan peraturan kenderaan dilakukan dengan menggunakan segmentasi UNECE yang berbeza.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 06

Mana-mana kenderaan yang membawa penumpang dengan berat tidak lebih dari 3.5 tan dan tidak lebih dari 8 tempat duduk (pada dasarnya kenderaan yang boleh dibeli oleh individu persendirian) secara automatik berada di bawah kategori M1.

Jadi, boleh atau tidak nak bandingkan Toyota Camry dengan Mercedes-Benz C-Class?

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 07

Kitaorang confirm kena goreng punya kalau buat perbandingan sebegini.

Sebelum laman web kereta menjadi popular, saya rajin membaca majalah kereta. Salah satu daripadanya adalah majalah AutoCar UK. Mereka selalu membandingkan Ford Mondeo dan Vauxhall Insignia dengan BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class.

Logiknya mudah saja: kereta ini berada di dalam segmen yang sama walaupun posisi jenamanya berbeza. Tambahan pula, harga penjualan dan sasaran penggunanya lebih kurang sama sahaja.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 08

BMW 3 Series vs Ford Mondeo, AutoCar UK.

Autocar UK sering membincangkan perbandingan antara sedan arus perdana dan sedan premium kompak peringkat permulaan sebagai perbandingan kereta ‘businessman’.

Saya ingat lagi ketika BMW 3 Series memotong carta jualan Ford Mondeo sebagai kereta terlaris dalam segmennya di UK. Memang riuh masa tu. Secara dekad lamanya berita seperti ini telah dilaporkan.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 09

Perbandingan sedan segmen D oleh majalah AutoBild di Jerman.

Itulah sebabnya saya pelik kenapa tahap pemahaman sesetengah pembaca tentang topik ini merudum. Mungkin pembaca jadi lebih pandai apabila mereka harus membayar untuk kandungan yang ingin dibaca, jadi mereka menganggapnya lebih serius?

Hari ini, Ford Mondeo tidak lagi popular di UK. Di Jerman pula, Volkswagen Passat tetap sama popular dan penerbitan Jerman masih lagi mengadakan perbandingan diantara Passat dengan Mercedes-Benz C-Class, BMW 3 Series dan Audi A4.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 10

Perbandingan sedan segmen D oleh publikasi Auto Motor und Sport di Jerman.

Perbandingan sebegini bukanlah sesuatu yang biasa di negara luar Eropah kerana cara pemasaran kereta ini berbeza.

Contohnya, BMW 3 Series paling murah di Amerika Syarikat (AS) ialah 330i, sama juga untuk Mercedes-Benz dengan C300. Toyota Camry dan Honda Accord buatan Amerika Syarikat jauh lebih murah, jadi penerbitan di sana tidak membandingkan kedua kereta ini langsung.

Di Eropah pula, sedan ‘premium’ ini selalunya dijual dengan rim besi dan penutup rim plastik (!), lampu halogen dan pengguna di sana tidak kisah langsung. Kereta yang korang kata ‘premium’ kat sini, diorang anggap macam kereta Proton Persona je.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 11

Berbalik ke tanah air tercinta, situasi kita sebenarnya berada di tengah-tengah AS dan Eropah. Ini bermakna, harga sedan segmen D disini amatlah mahal.

Toyota Camry dan Honda Accord hampir mencecah harga RM 200k sementara Mazda 6 sudah jauh melangkau harga itu. Sementara itu, spesifikasi Mercedes-Benz C200 di sini cukup asas, dengan ciri yang lebih sedikit daripada Toyota Camry dan Honda Accord.

Harga transaksi sebenar C-Class dan 3 Series juga jauh lebih rendah daripada harga yang disenaraikan, jadi agak biasa bagi pembeli untuk melakukan ‘cross-shop’. Oleh yang demikian, kita perlu mengubah cara kita untuk membuat panduan pembelian.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 12

10 tahun yang lalu, jurang antara Toyota Camry / Honda Accord dan Mercedes-Benz C200 / BMW 320i dengan mudah melebihi RM 100,000. Hari ini, jumlahnya kurang dari RM 50,000.

Setelah anda memperhitungkan potongan harga yang biasa dilakukan di segmen premium, jurangnya tidak lebih dari RM 30,000. Ianya bukan jumlah besar bagi sesiapa yang sudah bersedia membayar lebih dari RM 200,000.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 13

Perbandingan segmen C oleh AutoBild.

Fahami ini: kereta seperti Audi A3, BMW 1 Series, dan Mercedes-Benz A-Class duduk di segmen C, di samping Volkswagen Golf dan Toyota Corolla. Model premium diletakkan di bawah kumpulan kereta eksekutif sub-kompak.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 14

Audi A4, BMW 3 Series, dan Mercedes-Benz C-Class diletakkan di bawah segmen eksekutif kompak, yang merupakan subkumpulan dalam segmen D, di mana Toyota Camry, Honda Accord, Volkswagen Passat, dan Mazda 6 berada.

Audi A6, BMW 5 Series, dan Mercedes-Benz E-Class duduk di segmen E bersama dengan Toyota Crown dan model khusus di AS seperti Toyota Avalon, Kia Cadenza, dan Nissan Maxima. Model premium dikelompokkan di bawah subkumpulan Eksekutif.

Siapa kata anda tidak boleh bandingkan Mercedes-Benz C-Class dengan Toyota Camry? 15

Kedua-dua Lexus ES dan Lexus GS (produksi dihentikan) juga duduk di segmen ini. Mercedes-Benz S-Class dan BMW 7 Series duduk didalam segmen F (Luxury).

Apa pendapat korang? Tinggalkan komen di bawah!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mercedes-Benz AMG C-Class AMG C 43

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda