Siapa kata tak berfaedah, perhimpunan gergasi Yamaha RX-Z 4.0 katanya jana jutaan ringgit!

Khairil · Aug 17, 2022 12:00 PM

Siapa kata tak berfaedah, perhimpunan gergasi Yamaha RX-Z 4.0 katanya jana jutaan ringgit! 01

Jika anda beranggapan acara yang menghimpunkan puluhan ribu motosikal tidak memberi sebarang faedah, ia salah. Kata kerajaan negeri Terengganu, Perhimpunan Yamaha RX-Z Members 4.0 2022 yang berlangsung minggu lalu memberi pulangan menguntungkan dari sudut ekonomi kepada rakyat negeri berkenaan. 

Memetik laporan Utusan Malaysia, perhimpunan mega itu dikatakan menjana pendapatan jutaan ringgit dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui gembira dengan perkembangan itu.

Siapa kata tak berfaedah, perhimpunan gergasi Yamaha RX-Z 4.0 katanya jana jutaan ringgit! 02

Menerusi laporan yang diperoleh oleh Dr. Ahmad Samsuri, dikatakan seramai 25,000 peserta yang berdaftar hadir ke acara itu tetapi jumlah keseluruhan yang datang dianggarkan lebih 40,000 orang dari seluruh pelusuk negara.

Dan sepanjang peserta yang terbabit berada di negari itu, mereka akan berbelanja termasuk untuk penginapan seperti hotel, homestay, makan serta membeli-belah.

Juga baca: Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya?

Siapa kata tak berfaedah, perhimpunan gergasi Yamaha RX-Z 4.0 katanya jana jutaan ringgit! 01

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir ke acara berkenaan

“Saya juga mendapat laporan banyak kedai-kedai, restoran penuh dengan mereka (peserta Himpunan RX-Z Member 4.0). Penduduk tempatan pun nak pergi membeli pun tak ada ruang.

“Jadi ini sebenarnya satu limpahan ekonomi kepada masyarakat di negeri Terengganu terutama peniaga-peniaga. Jadi, saya percaya ini adalah salah satu ruang untuk merancakkan ekonomi di negeri Terengganu."

Siapa kata tak berfaedah, perhimpunan gergasi Yamaha RX-Z 4.0 katanya jana jutaan ringgit! 02

Kepada yang tidak tahu, program Himpunan RX-Z Members 4.0 dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri bersedia menganjurkan program yang sama selepas ini berdasarkan manfaat serta sambutan luar biasa yang diterima daripada pemilik dan peminat Yamaha RX-Z," katanya.

Juga baca: Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal!

Siapa kata tak berfaedah, perhimpunan gergasi Yamaha RX-Z 4.0 katanya jana jutaan ringgit! 03

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa memaklumkan pihaknya hanya menerima dua laporan kehilangan motosikal Yamaha RX-Z sempena himpunan tersebut.

Menjawab dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan sebanyak 230 buah motosikal Yamaha RX-Z dicuri selepas acara berkenaan, Rohaimi berkata hanya 2 buat motosikal Yamaha RX-Z yang hilang.

Juga baca: Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi...

Sumber imej: FB RXZ Members - Official

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City 1.5V Sensing

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru